Aktiviti hero-hero weekdays
Assallamualaikum...
Lately ni anak2 semakin busy dengan aktiviti -aktiviti harian dorang, apatah lagi mummynya .. Berbusy-busylahhh! Siang malam semua aktiviti pasal anak.. memandang Mukhriz dah nak UPSR tahun ni dan Adam dah darjah 4, so pihak sekolah masing-masing dah mengeluarkan jadual aktiviti masing2. Adam dah wajib hadir ke kelas tambahan setelah tamat waktu sekolah , aktiviti co-curiculumnya (Art Class, U'su, Bola sepak) dan tuisyen aka transit school (personel). So yuran tak yahlah tanya memang melambung-lambungla huhuhu. (Termenung kejap... ) Mukhriz pulak dengan kelas tambahan kul 7.15 pagi dan lepas habis kelas.. Memang padat. Aku busy apa?? Busy memasak dan mencari pendapatan tambahan.. Sebab hero-hero ni sekarang semua nak bawak bekal. Dulu Mukhriz tak nak bawak bekal sebab tak mancho kununnya (almaklumla sekolah semua hero2 belaka.. ) ... Tapi skrg hari-hari nak bawak tau. Punca? Sebab kawan-kawan dia puji mummy dia masak sedap..hahahha sedaplahh sgt (mata keatas dan tangan dibahu.. Ouchh!) Siap ada yang nak tempah bagai... so memang taklah nak terima.. Nak masak tuk dua orang ni pun dah tak larat, inikan pula tuk orang lain.. Adam lak memang bawak bekal tuk sekolah petang dari dulu lagi. Almaklum la dia kan sekolah cina. So tak bolelah beli makanan kat kantin macam abangnya. Bezanya kuantiti masakan kena lebih banyak la.
Itu citer siangnya.. malam lak sibuk dengan kelas agama. Belajar solat, ilmu-ilmu agama dan juga mengaji. Nak harap aku yg ajar , alamatnya aku tido berdiri la jawabnya. Tak mampu mak! lagipun aku sendiri pun masih mengejar ilmu yang tiada titik noktah ni.
Ada diantara aktiviti sekolah Adam yang paling aku suka adalah Art Class. Hhehehehe kenapa?? Sebab ni juga sebahagian dari minat aku yang dah lama aku tinggalkan.. Dengan harapan ada yang mewarisi minat aku ni. Almaklum la dunia IT sekarang makin moden. Kesibukkan kerja tidak mengizinkan aku memegang brush, colour pencil dan lain-lain tapi aku kini lebih sibuk memegang mouse dan menghadap komputer sampai naik juling bijik mata ... Hahahaha
Ok berbalik citer pasal Art Class Adam , meh aku kongsi sedikit hasil lukisan Art Class oleh Adam ni... Jeng jeng jeng
Hasil dari 1st class Adam. Lukisan abstrak.Serius aku tak tau anak aku bole mewarna. Sebab dia memang tak de kesabaran bermain dengan ton color. kalau melukis bole la .. Bagi 10 helai lukisan pun dia bole lukis dalam waktu yg singkat.. Dengan cara dan gaya dia yang tersendiri .
Ni hasil tuk second class dia.. Arini la. Perghh bagiku ianya cukup cantik. Hasil kanak-kanak berusia 10 tahun yang tak reti duduk diam dan jarang bole fokus pada aktiviti mewarna sebelum ini.
Actually Art Class yang dianjurkan oleh pihak sekolah Adam ni takdelah mahal sangat yurannya jika nak dibandingkan dengan Art Class swasta.
Art &Craft (1/2 tahun pertama ) RM 15
Printing dan paper Fee : RM 12 setahun
Art Fee setiap bulan RM 38
So Total bagi permulaan Fee RM 68.
So bg aku murah la jika nak dibandingkan dengan yang swasta kat luar sana yang beratus-ratus tu.
Opsss tidak lupa sediakan Crayon 48 pcs/70pcs , poster color, pencil 8B ( mata besaq macam charcoal gak tapi dia pencil dan pekat hasilnya), flourocent crayon , colour water plate, set brush dan bahan-bahan yang berkaitan.
Tu citer pasal Adam , berlainan pulak dengan Mukhriz yang lebih suka pada aktiviti melibatkan sains, ujikaji , robotik dan repair-repair. Nasib takde aktiviti tu kat sekolah kalau tak confirm aku registerkan Mukhriz. Dengan harapan Mukhriz akan ciptakan aku satu robot yang bole buat design dan juga membuat keje rumah. So aku bole tidoq awai ...takdela mata den lobam2 poie koje.. Hehehe.. oklahhh sampai sini je entry aku tuk kali ni.. Dapur dah panggil2 aku tu suh diasapkan.. See u next time.. Hehhehhe byeee
Wassallam.. Thanks for reading!
0 Comments