Hari Kraft Kebangsaan 2015

by - April 01, 2015

Assallamualaikum...

Selasa lepas aku ditugaskan tuk melawat Hari Kraft Kebangsaan 2015 kat Jalan Conlay, Kuala Lumpur tu. Kununnya bos nak kasi rehat la tu.. padahal paper kat atas meja tu dah tinggi menggunung mohon disiapkan.. Tapi takpelahh dah ada yang offer, apalagi lajulah langkahnya...hehehheehe

Hari Kraft Kebangsaan ni merupakan Hari Kraft yang ke 13 yang disertai oleh 600 usahawan kraft seluruh Malaysia . Kebanyakan pameran yang dipamerkan menampilkan keunikkan  produk kraft tempatan tradisional dan juga kontemporari . Pengunjung yang hadir turut dihiburkan dengan pelbagai aktiviti seperti jualan , demonstrasi kraft dan berbagai lagi.

Hari Kraft Kebangsaan 2015
" Penerokaan Kraft Malaysia"

Tarikh : 26 Mac -7 April
Masa : 10.00 pagi - 10.00 malam
Lokasi : Kompleks Kraft Kuala Lumpur, Jalan Conlay, KL

Lokasi pertama yang aku tuju pabila sampai disini adalah Muzium Kraft la... dah nama pun orang muzium kan...hehehehehehehe. Setelah mendaftar nama dikaunter dihadapan Muzium Kraft  , sesi penjelajahan pun bermula..yeahhhhhh..


Ni adalah demonstrasi Masyarakat Sabah yang sedang memakai perhiasan diri. Perhiasan diri ini biasanya akan dipakai oleh wanita-wanita  bagi menghadiri sesebuah perayaan, perkahwinan dan sebagainya.


Posing lagi. Ada gak kenangan ngan budak praktikal Brunei ni.. Siti.

Salah satu masyarakat yang terdapat di Dusun Sabah menggunakan tembaga sebagai salah satu hiasa untuk kencantikkan. iatu Gelang tembaga.  Dipasang sama ada di leher , kaki dan juga tangan.

Perhiasan yang bakal dipasang dikaki. Ianya selalunya dipakai oleh kaum wanita.



Wanita bidayuh yang menjadikan tembaga sebagai alat perhiasan.

Salah satu ruang pameran yang berada ditingkat atas Pusat Kraft Negara ni. 

Anyaman rombong atau lebih dikenali sebagai anyaman gila. Sebab cara pembuatannya yang agak rumit dan hanya yang pakar sahaja bisa membuatnya.

Diorama pembuatan keris.

Demontrasi Anyaman rotan. 

Diorama pembuatan Pua Kumbu. Tenunan turun temurun masayarakat di Sarawak.

Salah satu ruanng pameran  yang terdapat disana. Diorama dan demontrasi perubatan melayu atau nama glomournya bomoh la. Mula-mula macam seram gak nak masuk . Dengan bertiraikan kain hitam dan ditambah pula bau-bauan kemian. hadoiii tapi masuk jugaklahh nak amik feel dan ilmu.

Tok bomoh layan handset..hehhehehe

Bahan-bahan yang sering kali digunakan bagi tujuan perubatan. 

Sering pusing-pusing di Ruang pameran dan demontrasi kami pun bergerak ke booth-both yang terdapat dikawasan Kompleks Kraft ni. Macam-macam ada,. 

Diantara kraftangan yang terdapat sempena Hari Kraft tu.Ukiran Kayu. Booth ni amat menarik minat aku sebab semua ukirannya berbentuk kasut. Cantik dan halus sangat.


Key chain ukiran kayu.



Ruang pameran bagi jualan keris dan lain-lain senjata.


Motor pun jugak tau tapi motor yang telah diconvert menjadi kerusi dan meja makan taman. Unik dan amat menarik.  So bagi aku yang minat kraft ni  ianya memang best untuk dilawati, Bawalah family sekali. Banyak benda yang boleh kira pelajari disini. Sekian Wassallam...





You May Also Like

0 Comments