Pertandingan Bot Berhias 2015

by - June 03, 2015

Assallamualaikum.. Tak jawab dosa.. Hehheeehhe


Hari ni baru la dan nak jenguk blog yang makin bersawang.. Sebenarnya banyak jugak entry yang berlegar-legar dalam kepala aku ni.., cuma kengkangan masa yang agak menyekat aku untuk menulis.. But aku cuba ye.. 

Program kali ni adalah seperti biasa, seperti tahun-tahun yang lepas ianya diadakan pada setiap 30 dan 31 Mei 2015 dan sesi raptai pada 29 Mei 2015. huh! banyak sungguh dugaan untuk projek kali ni.. Naik pening kepala aku dibuatnya.. kononnya bila melantik sebuah syarikat yang membuatnya, settlelah masalah aku.. Tapi hurmmmm berbala-bala menimpa.. Tapi takpelahh dah  nasib aku.. Redha je la... 

Nilah lakaran asal design hasil perbincangan aku dan team... Actually dah tak tau nak create design apa dengan budget yang diberikan... Hehrhhee almaklumla zaman GST bak hang...




Pada mulanya semua nampak macam smooth je baik dari segi perbincangan design, justifikasi kewangan dan size  props . Tetapi.. Ada tetapi hokay.. Bila kerja-kerja ditapak bermula semuanya jadi kelam kabut.. Bos dah mula kejaq aku.. Aku mulalah tak cukup langkah!  Pening! Yup aku penin..  kerja bermula pada 28 mei 2015.. design semua dah siap print.. Aku and team ke site.. Arghhh design aku lain dari asal.. Ehhh awat jadi lagu ni.. Aku cuba berlagak tenang sebaik yang mungkin..  Mula berbincang step step supaya semua berjalan dengan lancat.. Minta diubah suai sebaik yang mungkin sebelum kerja di body bot bermula.. Okay.. Nampak mcm ok.. Kununnya... Tapi....************

28 Mei 2015

Sewaktu kerja-kerja di Ayer Keroh.. tengok semua dah print tapi print tanpa mengikut kehendak dan permintaan sepertimana yang dibincangkan sebelum ini.



29 Mei 2015

Tengahari jumaat.. Bot dah ada kat tepi sungai Melaka, tapi sorang makhluk tak dak.. Ehhh... Mana depa pi.. Sabaq.. Try call.. No answer.. ...  Hati aku mula berangin.. Sabaq.. Petang ni pulak ada sesi raptai.. Bot lain kebanyakkannya dh siap berhias .. Tak banyak pun takpe , dapat suku pun jadilahhh.. Ni tak?! Kontang! Raptai petang settle... Hasill??? Zero! Aku datang petang, datang malam.. Tapiii.. Hampehhh!  Nothing.. Dok tggulah aku and team sampai pukul 1.45 pagi pada aritu... Oklahh ada hasil.. Tampal design body bot bentuk ombak kat bodynya.. Tu je.. hasil tunggu sampai tengah malam..


30 Mei 2015

10 pagi..  aku ke site .. Tengok manalah tau ada miracle yang berlaku waktu aku tidoq malam td.. Ermmm... oksigen semakin kurang dibawah panas terik mentari.. Sabaq... ! Tu je yg aku mampu..
Bila petang menjelma bot masih tak siap lagi.. Padahal Majlis perasmian akan bermula tak lama lagi ni.. Aku mula kecut perut.. hadoii matilah apa aku nak jawab nanti ngan bos.. Lagi beberapa jam nak berarak barulah dorang kalut nak pasang lighting , tu pun asal bole je.  kesudahannya??? bot berjalan hanya lampu sekadar suku siap, tanpa  ada sikit -riak penyelasan dan mohon maaf atas segala kelewatan. Aku mula mual dengan telatah dorang.. Hati mula terdetik menyesal... " kalo aku tau pengakhirannya begini , confirm aku wat sendiri".  Majlis Perasmian malam tu menyebabkan aku menerima ayat-ayat cinta yang cukup menyengat telinga dan jiwa ragaku. Sadis.. Cian Aku! Balik malam tu ngan penuh perasaan hampa walaupun aku masih mengharapkan ada perubahan pada design dan lightingnya sebelum aku pulang.. Tapi keciwa lagi...


31 Mei 2015

Hari pertandingan...Rupa bot mula kelihatan setelah tu pun setelah penat memantau dan membebel kejap-kejap.. sesungguhnya banyak yang aku tak puas hati... Tapi apakan daya sampai petang bot masih gitu-gitu dan tangkap muat aja.  Okaylahh malas nak citer panjang lagi.. Yang pasti akan ku Black Listkan Company ni!


 Malam perasmian dan juga malam pertandingan.. Sedih tengok bot sendiri.. 

 Staff yang berada didalam bot semasa majlis pertandingan. 

Botku yang berarak pada malam itu.

Okay cuci mata jom layan bot-bot berhias dari jabatan dan agensi luar yang terlubat pada malam tu...

 Bot Perbadanan Sungai dan Pantai Melaka

 Bot Jabatan Pertanian Negeri Melaka

 Bot UTEM

 Bot  Jabatan Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Melaka

 Bot Jabatan Ketua Menteri Melaka

 Bot Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah

 Pejabat Tanah Jasin

 Majlis Perbandaran Melaka Bersejarah


 Bot SAMB 

 Jabatan Ketua Menteri Melaka

 JKR Melaka

 Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Melaka

 MPHTJ

 Pemasaran Melaka

 Majlis Perbandaran Alor Gajah


Wassallam

You May Also Like

0 Comments