Uncle Joy Kawin sudah
Assallammualaikum....
Syukur Alhamdullilah selamat sudah adik aku ejoy berkahwin ngan pilihan hatinya, Aena.. So secara rasmi aku tambah lagi satu adik pompuan. Sebab tu la lately ni aku kerap kali balik Penang, nguruskan apa yg patut. Almaklum jadi Along ni kena bantunya lebih. Cian tengok mama yang macam-macam yang nak kena difikiirkan, lagi pun abah bukannya sihat sangat pun.
Kalo ikutkan busy memanglah sgt busy, lagipun tengah tahun kan, event pun melambak. Pulak tu Mukhriz tengah busy ngan kelas tambahan UPSR dia so aku kenalah susun jadual sebaik yang mungkin . Nasib baik semuanya dipermudahkan. Syukur Alhamdullilah..
Bunting dan kad kawin yang aku buat sendiri. Semuanya last minit. Nasib baik pandai wat design. Senanglah sikit, nanti upah orang susah lak, dah la aku ni cerewet amat. Hehhehe
Bab hantaran aku wat sikit demi sikit, ada yang aku beli waktu ngan mama, ada yang aku ukir idea kat Melaka , realisekannya di Penang.. Ala macam nasi kandaq kasi gaul deyy... Syukur alhamdullilah.. Settle cuma tepak sireh je kelam kabut , almaklum la masa nak gubah suntuk sangat... Carca merba sikit la jawabnya.. Nasib la ko Ejoy!
Rewang oh rewang! meriah...
Kelihatan angah sedang mencucuk bunga manggar.. Sekali cucuk sekali tengok.. Hadoiii bila mau siap deyyyy..!
Majlis rumah perempuan pada sabtu 6 Jun 2015, Rumah aku 7 Jun 2015 pada esok harinya. Kat Umah pompuan tema biru dan dua pengantin iaitu kakak Aena , Shark dan jejaka pilihan hatinya dari negara matahari terbit, Jepun. Tema biru. Sweet2 gitu...
Hero-heroku bersama unclenya.... Hero-hero yanng cukup baik tingkah lakunya sebaik majlis berlangsung sebelum dan selepas majlis. Sampai Tok dan Wannya puji.. Rajin sangat .. mana taknya sebelum balik aku dah warning siap-siap, kali ni balik kampung, kita balik untuk menolong bukan menambah beban dan haru biru orang sekeliling. Syukur Alhamdullilah nasihat berkesan , baik dari segala segi tak kiralah dari tolong bubuh barang dalam goodies bag, tukaq langsir, basuh lantai, pasang cadar dan lain-lain pertolongan dari masa ke semasa. Thanks sayang-sayang mucuk macam mummy! Cuma mulut je masih tak dapat dicover akan kelancarannya... hahahhhaa
Aku dan family tersayang...Kelihatan anak-anak aku semakin membesar dengan sihatnya dan bakal juga bakal membesar mengalahkan semua ahli keluarga ku yang comey-comey ni..hehhehehe
Posing lewat petang.. semua dah lemau... hehhehee Family aku yanng cukup susah nak amik pic formal.. We are the happy family!
Kakak pengantin yang ceria sokmo..
Aku , mak sedara dan juga cousin-sousin dari Perak..
Cousin oh cousin! hah ni baru satu family.. Belum yang lain lagi.., hah?! Baru hampa tau besaq ke idak family aku.. Hehehe
Ejoy dan Aena
Rumah aku pilihan tema semua mama yang pilih, kitaorang ikut aje dan bantu mana yang perlu. Baik dari pelamin, khemah, goodies bag, design bunting dan kad, baju family semuanya warna coklat. Peberet color mama. Bab color ni sensitif sikit so kita follow big bos je la ye. kang cakap banyak kang, nanti ada yang majuk.. Hadoiii jenuh!
Sebenarnya mama suh aku je yang amik pic kawin ni, so aku amik lahh. Kelam kabut jugak dibuatnya. Sebelum ni kalo amik pic orang kawin, aku ok je sbb job rasmi, yang ni ...,,, errmmm hamik hang! Macam nak pengsan!
Sesi outdoor aku wat kat Jetty Pulau Aman je, tu pun dah lewat , almkalumlahh pengantin sibuk melayan kawan-kawannya yang datang sampai petang. So outdoor malam la jawabnya ditambah pulak hujan renyai-renyai.. huh! dugaan sungguh.... Sib baik semuanya dah berakhir. Soo??? Akhir kata buat Ejoy dan Aena .... Along doakan korang bahagia hingga ke jannah . Amin
Wassallam...
0 Comments