Kenali : Masyarakat Chitty Melaka

by - January 08, 2016

Assallamualaikum....

Kali ni mummy nak berkongsi cerita tentang Masyarakat Chitty yang jarang sekali disebut tentang cara hidup dan kehidupan mereka. Hari tu ada sorang geng blogger bertanya tentang masyarakat Chitty..Jom mummy kongsikan serba sedikit yang mummy tahu...


Siapa itu Masyarakat Chitty  ?

Masyarakat Chitty merupakan satu kelompok yang paling kecil dan yang paling sedikit diketahui oleh masyarakat umum yang terdapat di Melaka malahan di Malaysia. Masyarakat ini mula mendapat perhatian selepas kerajaan Negeri Melaka mula menekankan industri pelancongan untuk menampilkan keunikan masyarakat tempatan dan membina sebuah muzium Chitty di perkampungan Chitty. 



 Kaum Chitty dan pakaian tradisinya.

Masyarakat Chitty ini sering kali disalah tafsir dengan menganggap bahawa mereka adalah golongan manusia yang terkenal di bidang meminjamkan wang iaitu Ceti. Kalau refer balik cerita P.Ramlee dulu kala, pasti korang akan perasaan akan seorang lelaki berbaju putih , misai tebal , pegang payung dan sedang kutip hutang.. tulah Ceti yang dimaksudkan. Tapi itu sekadar dalam filem je .. tapi dorang takdelah macam tu. Yang mummy kenal semuanya baik-baik belaka.




Gambar-gambar mummy bersama kawan-kawan berbangsa Chitty


Asal Usul Masyarakat Chitty...

Melihat kepada sejarah awal kedatangan masyarakat Chitty ke Melaka, asal-usul mereka adalah keturunan kaum pedagang India yang memainkan peranan penting dalam bidang perdagangan antarabangsa yang bermula sejak zaman pemerintahan Kesultanan Melaka dalam kurun ke-15 Masihi. 

Malah catatan sejarah membuktikan pemenerima tokoh – tokoh dari ‘Benua Keling’  ke dalam Istana. Istilah Chitty yang merupakan gelaran masyarakat ini berasal daripada perkataan Sresthi dalam bahasa Sanskrit yang bermaksud ‘orang kaya atau pedagang’.

Pedagang – pedagangan ini berasal dari Klingga Partanam atau Benua Keling yang terletak di Pantai Koromadel dan kemudian menetap di Kampung Keling. Cuma kaum lelaki sahaja dibenarkan belayar keluar dari tempat asal, mengikut agama Hindu. Oleh itu ada antara mereka berkahwin dengan perempuan tempatan dan memulakan keluarganya disini. Bertitik tolak dari sinilah, masyarakat ini berkembang sebagai penduduk minority di bumi Melaka.

Pada peringkat awal kedatangan mereka perdagangan adalah punca mata pencarian mereka. Apabila Melaka mulai merosot sebagai pusat perdagangan antarabangsa yang dikatakan bermula sejak zaman penjajahan Belanda lagi, maka golongan Chitty mengubah pekerjaan mereka daripada pedagangan kepada pertanian dan perusahaan kecil seperti mengilang batu bata dan sebagainya untuk menyara hidup. Ini seterusnya mengakibatkan perpindahan penempatan mereka dari Kampung Keling ke kawasan lain (Tengkera).

Dipercayai juga Masyarakat Chitty banyak membantu pihak Portugis menawan Melaka agar mereka mudah menjalankan perniagaan jika Portugis memerintah Melaka. Apabila pihak Portugis berjaya menawan Melaka, Masyarakat Chitty menjalankan perdagangan bebas. Walau bagaimanapun Belanda Berjaya menawan Melaka, daripada Portugis, perniagaan Masyarakat Chitty mula merosot disebabkan pihak Belanda memonopoli kebanyakan perdagangan.


 Keluarga Chitty

Dalam masa kuasa Inggeris memerintah Negeri-negeri Selat, masyarakat ini mula meminati kerja makan gaji di bawah pentadbiran kerajaan tempatan hingga sekarang. Mereka kemudian membuka penempatan baru iaitu di Tengkera Pantai sebelum berpindah ke Kampung Budaya Chitty, Gajah Berang, Melaka. Inilah penempatan mereka yang kekal hingga sekarang dengan kira-kira 50 buah rumah manakala 23 buah rumah milik kaum Chitty dari jumlah keseluruhan populasi masyarakat ini sekarang di anggarkan seramai lebih kurang 400 hingga 600 orang sahaja.

Masyarakat Chitty kebanyakannya mengamalkan agama Hindu (Mazhab Siva) yang ortodox. Nama mereka diberi mengikut agama Hindu. Bahasa perataraan dalam masyarakat ini ialah Bahasa Melayu yang banyak persamaan dengan bahasa yang dituturkan oleh kaum Baba Melaka kecuali perkataan yang berkaitan denga agama dan adat istiadat yang terus menunjukkan pengaruh bahasa Sanskrit. Mereka menggunakan Bahasa Melayu di kuil.  Masyarakat ini masih mengenali kasta mereka menurut pencacahan kasta dalam agama Hindu. Kasta-kasta yang masih ada ialah :Chitty, Rajah, Pillay, Nieker, Padayachi, Mudaliar, Pathairdan  Konar.


Perkahwinan Masyarakat Chitty dulu

Cara pakaian mereka, terurama kaum wanitanya tidak jauh berbeza dengan pakaian masyarakat Baba dan Nyonya. Wanita Chitty berkebaya labuh atau pendek dengan kerongsang dan sanggul manakala kaum lelaki pula berkain pelekat, berbaju cekak musang, sehelai selempang di bahu kiri dan memakai talpa (sapu tangan).


Pakaian Perkahwinan Masyarakat Chitty

Masyarakat Chitty Melaka yang tak pernah berenggang dengan Joget Lambak. Mummy tak join hokay, almaklum la mummy kan pemalu. hahahaa :p

Hiasan pelamin perkahwinan Masyarakat Chitty.

Dalam penyediaan makanan, masyarakat ini menampakkan banyak unsur assimilasi tempatan dengan cara India seperti Lauk Pindang Iris, Lauk Pindang, Gerang Asam, Lauk Haram Jadah (Lauk Sayur Campu-campur), Lauk Lada, Kuah Lada Cina, Gerago Pindang, Cencaluk dan lain-lain lagi. Kuih muih masyarakat Chitty seperti Dodol Hitam,/putih, Wajik hitam/putih, kuih Bongkong (ubi), Kanda Kasturi, Sesagun, Bahulu, Kuih Ros, Kuih Kacang Koya, Pulut Tekan, Bubur Cacar, Bubur Terigu, Pengat dan halwa adalah santapan kegemaran mereka. Masyarakat Chitty tidak makan daging lembu dan khinzir sama sekali kerana agama Hindu melarang.



Gambar kiri : Mummy bersama salah seorang anak masyarakat Chitty .. Comel Sangat!


Dari segi rupa, pencampuran antara rasa dalam warna kulit dan alis muka dapat diperhatikan (sawo matang). Masyarakat ini juga  tiada sebarang lagi pertalian dengan nenek moyang/saudara mara di India. Bagi mereka Kampung Chitty Melaka yang merupakan kampung asal mereka.


Kini telah terdapat sebuah muzium Chitty Melaka telah dibina pada tahun 2003 oleh Kerajaan Negeri Melaka di Perkampungan Chitty, Gajah Berang. So kepada sesiapa yang nak tahu lebih lanjut akan masyarakat Chitty ni bole lah datang ke Muzium Chitty ni. Macam-macam info kita bole tahu.

Thanks for reading! Wassalam..

You May Also Like

39 Comments

  1. mummy bila nak bersanding atas pelamin camtuuu., ammvoiii baru dok atas pelamin pon mummy dh berseri2 chantek ghituuu ., ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hamvoiii wak.. Mummy nak bersanding tahun 2020 da.. Hahahhaa.. Gambar lama wak.. La ni kedut penuh sana sini... Hehehehe :)

      Delete
  2. pergh..power betul mummy!thanks share info berguna macam ni..yang penting, pakai kebaya pun meletup macam anak dara tu

    p/s:lama x update blog..sibuk ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaa ada info-info sikit macam ni kita kongsilah kan., sedekah di hari jumaat.. Hahhaa pic lama la Sal.. La ni dah mengembang .. Kikiki

      Delete
    2. Sibuklahh jugak.. Tapi sibuk yang dicari.. Kikiki :p

      Delete
  3. MummyJ.. waaah macam baca artikel kat museum.. baguih2.. CT ada pernah baca gak sikit pasal Chitty ni..
    tu pun terjumpa while selak2 buku kat lib.. pengajian malaysia biasaaaalah hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sumber dari muzium pun + buku2 rujukan.
      .
      Sebenarnya kat Melaka mcm2 msyrkt ada utk dikaji sejarahnya., syokkk ooo!

      Delete
  4. mummy, melaka ni kaya dengan kepelbagaian budaya dan adat kan, kak ana pernah terbit entri tentang baba dan nyonya melaka, sangat unik dan indah sekali peradaban mereka :) good sharing dear .

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaa kan Kak Ana..macam2 ada di Melaka. Thanks Kak.. :D

      Delete
  5. Salam mummy tak tahu pon pasal ni , nice sharing mummy :)

    ReplyDelete
  6. wow.. nice info mummy... kaum chitty dgn ceti sama ka mummy... saya pun baru tahu psl ni... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi Sheila... Yup sama. cuma dorang takdelahh kejenya kutip hutang je... :D

      Delete
  7. wow.. nice info mummy... kaum chitty dgn ceti sama ka mummy... saya pun baru tahu psl ni... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi Sheila... Yup sama. cuma dorang takdelahh kejenya kutip hutang je... :D

      Delete
  8. Baru aiza tahu.. Selalu dengar ceti.. Kalau cerita lama, ceti mesti kutip hutang pegang sekaki payung.. Chitty ini macam peranakan ke mummy?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. tu yg mummy share kat sini supaya semua orang tau. hehhehe Tu Ceti dulu je la ni dorang dah moden dan ramai yg bekerja dibahagian professional. Yup lebih kurang macam tu la.. :D

      Delete
  9. info baru ni..ala mummy julia nape tak menarinya...baru nak tengok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehhee.. tu yang nak share tu. :D ala mummy kalo nari alamatnya ribut taufan la.. hahhaha :P

      Delete
  10. mummy Julia,
    unik tau kaum chitty ni, suka tgk kebaya singkat diorang hehehhehe nak cuba confirm tak muat hahahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Julia.. ehh julia jugaklah pulok..kikiki :P

      Aaa memang unik... tapi Chitty kebanyakkan pakai kebaya labuh.. yg singkat tu asalnya masyarakat baba nyonya.. takpe ada free mummy tulis pasal baba nyonya pulak k..

      Delete
  11. hihi tol tu mami...kalau sebut ceti mesti ingat hutang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn bila sebut Ceti mesti ingat hutang..hahahah :p

      Delete
  12. owhhh chitty rupanya...kita dok sebut ceti hahaha

    ReplyDelete
  13. muka depa pun tak nampak india sangat...kalau pakai baju melayu boleh ingat melayu dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kebanyakkan diorang ni dah mix dah.. kalo ori pun tak nampak sgt pun indiannya.. macam melayu jugak.. cakap melayu pun fasih. :D

      Delete
  14. Ooo dorang tak keje kutip hutang dah yer. Sekarang ahlong amik alih kan ^-^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn... Hahahaha Along dah take over daa...

      Delete
  15. apesal mummy berkebaya nyonya pula ... pakai sari lah mummy :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak taklehh nanti nampak pusatt.. Ouchhh.. Tak sanggup!

      Delete
  16. menarik kalau dapat join acara macam ni kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaa best sgt.. ! Mummy suka. Macam2 ilmu kita dapat. Bestt woo!

      Delete
  17. penah tahu pasal masyarakat ni masa tengok majalah3
    hebatlah mummy elaborate pasal diorang
    suka cara ulasan...sampai noktah akhir saya baca

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehheheh Macehh YY.. Ala apa yg ada kita kongsikan lahh bersama.. Tak giteww.. :)

      Delete
  18. Menarik mummy....MD pun baru tau tentang masyarakat chitty ni....tq yer mummy atas perkongsian ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macehh MD sbb suka entry ni.. Berkongsi ilmu apa yang ada. Hehehe macehh MD.. Muahh

      Delete
  19. baru taw pasal ni tq mummy bagitaw ni

    ReplyDelete
  20. seronok baca entry ni ...kebetulan ade assignment tentang masyarakat chitty ni untuk semester ni...entry mummy snagat membantu...btw..thanks mummy...

    ReplyDelete