Melawat Pameran Racun dan Bisa di Muzium Negara
Assallamualaikum...
Hamboii sakan meronda mummy na..! hehehee Kali ni aku berkesempatan melawat Pameran Racun dan Bisa. Padahal dah tau lama pun pasal pameran ni.. tapi tak teruja mana pun... tapi lepas tengok Kak Ana pi melalui entry NI.. terus teruja nak pi tengok.
PAMERAN RACUN DAN BISA
Tarikh :
31 Julai hingga 31 Oktober 2015
Lokasi :
Muzium Negara Malaysia , Kuala Lumpur
Tiket :
FREE hokay!
Pameran ni terbahagi kepada beberapa bahagian antaranya Haiwan Beracun dan berbisa, Medusa Si Ratu Ular, Kisah Haiwan Berbisa didalam Al-Quran,Ular, Paltipus , Ulat Gonggok, Ulat Bulu, Semut Kayap, Kumbang Bombardier, Kumbang Lepuh, Katak dan kodok, Hidupan laut berbisa, Makanan Eksotik beracun, Lipan , kala jengking dan macam-macam lagi lah.
Kebanyakkan tumbuhan , haiwan dan mikro organisma ni menghasilkan toksin untuk menghalau atau membunuh pemangsa. Organisma hidup yang membawa toksin di panggil organisma beracun atau berbisa samada tumbuh-tumbuhan , bakteria dan juga haiwan. Racun boleh didapati pada tumbuh -tumbuhan cendawan atau haiwan. Namun bisa hanya terdapat pada haiwan . Organisma beracun atau berbisa boleh ditemui didarat , didalam air atau di laut.
Sebelum masuk pameran kita posing dulu ngan kala jengking ye anak-anak..hehhe :P
Replika Kapal yang ditenggelamkan dengan sotong kurita gergasi.
Medusa Si Ratu Ular.
Raksasa Medusa merupakan salah seorang daripada adik beradik Gorgon dan juga anak perempuan kepada Phorkys dan Keto, anak-anak kepada Gaea (Bumi) dan Oceanus (Lautan). Dia memiliki wajah yang amat hodoh dan kepalanya dilitupi ular dan bukan rambutnya. Barang sesiapa yang melihat ke arah matanya akan bertukar menjadi batu. Medusa adalah seorang mortal.
Pada asalnya , dia berambut keemasan dan cantik. Sebagai paderi wanita Dewi Athena , dia mengabdikan dirinya dengan tidak berkahwin. Bagaimanapun , setelah digoda oleh Poseidon dan jatuh cinta kepadanya, dia lupa akan janjinya dan berkahwin. Kesalahan ini menyebabkan beliau dihukum oleh dewi tersebut dengan cara yang kejam. Setiap gelungan rambutnya yang cantik , yang pernah memikat hati suaminya telah bertukar menjadi ular berbisa. Wajah asalnya yang lembut dan matanya yang menawan telah bertukar menjadi terjojol dan berdarah, hingga menimbulkan rasa takut pada sesiapa sahaja yang memandang. Sementara itu warna kulitnya yang putih susu kemerahan bertukar menjadi hijau yang begitu menjijikkan.
Melihat dirinya bertukar menjadi makhluk yang menjelikkan , Medusa melarikan diri dari rumah dan tidak pernah kembali. Dia bertukar menjadi watak seperti rupa parasnya yg hodoh tu. Medusa yang berputus asa melarikan diri ke Afrika dan setiap kali dia mengembara tanpa arah dari satu tempat ke satu tempat yang lain, manakala anak-anak ular akan jatuh dari kepalanya. Begitulah menurut lagenda Greek Kuno bagaimana Afrika menjadi sarang reptalia beracun. Akhirnya penderitaan hidup Medusa ditamatkan oleh Perseus yang berjaya membunuhnya.
Posing ngan anak-anak ular yang comey. Ular ni berani la.. ulaq besaq mapuih cek lari tak cukup tanah..hehhehe :P
Labah-labah gergasi...
Hi nama saya lipan... Comey tak saya...hehehe
Setiap aquarium ditempat satu replika tengkorak yang menempatkan haiwan-haiwan yang berbisa seperti kala jengking dan lain-lain.
Jangan tak tau..lebah pun berbisa jugak tau.. lebah baju putih yang dok sebelah tu kadang-kadang bisa kadang-kadang tak..hahhaa :P
Spesis cicak berbisa /beracun yang dipamerkan .
Sesetengah haiwan beracun kelihatan amat cantik dan menonjol dengan warna-warna yang menarik. Ia buka bertujuan untuk menarik perhatian , tetapi untuk memberi amaran kepada pemangsa dan haiwan lain termasuk manusia akan bahaya .
Haiwan beracun tidak mempunyai alat /organ khas untuk menyampaikan bisanya , tetapi sebahagian tisu dan organ tubuhnya beracun kepada pemangsa. Ia juga tidak mempunyai mekanisme pertahanan yang agresif , namun boleh memberi kesan kepada haiwan lain apabila ia menggigit atau dimakan.
Cantik kan katak ni..tapi aduhh beracun!
Hidupan laut juga ada yang berbisa dan beracun.
Settle menjelajah , duduk sebentar melepaskan lelah di segmen makanan yang berbisa dan beracun.
Sudut interaktif untuk kanak-kanak pun ada.
Sebenarnya banyak lagi benda-benda yang dipamerkan untuk pelawat. Antaranya haiwan-haiwan berbisa yang diawet dan dipamerkan seperti ular tedung selar. Ada juga dipamerkan hidupan-hidupan laut seperti Ikan Batu yang paling berbisa didunia.
Ikan Batu
Ular Tedung Selar yang telah diawet.
Macam-macam lagi lah.. ada semut kayap dan juga ulat gonggong yang juga merupakan serangga kecil yang berbisa dan memberikan impak besar pada tubuh badan kita. Okay jangan lupa pergi tengok tau... Pameran berakhir pada 31 Oktober 2015 ni di Muzium Negara Kuala Lumpur.
Thanks for reading! Wassalam...
58 Comments
ishh! gerun bunda tengok gambar2 tu...bunda memang geli tengok ular, walaupun sekadar gambar...meremang bulu tengkok...
ReplyDeletehehhehee... Bunda pun macam mummy gak..tapi kadang-kadang la geli tapi selalu takde lah geli, kalo pegang tu baru geli...hehhee
Deletewahhh chanteknyer model kat Sudut interaktif untuk kanak-kanak tuuuu., hehe2
ReplyDeletehamboiii yang beracun & yang berbisa banyak..yg kat sudut interaktif jugak wak nampak..hahhhaa :P
DeleteHahahah wak teropong dia memang special sikit!
Deleteteringt fantun dulu2., pesan org tua:
Deletebesi ditimpa mnjadi keris,
keris beracun ular berbisa,
putus cinta jgn menangis,
org tak cinta apakan daya., bolee mummy??
Kannn Farah... Ni bukan teropong special dah ni, ni namanya teropong berbisa. Hehehe
DeleteRatu Medusa nama diberi,
DeleteAmat beracun juga berbisa,
Apa barang menangis bagai, ,
Ala cari je jejaka kat luar , yg lagi berbisa.
Hahahaha testing testing..
ammvoiii mummy ;)
DeleteHahahaha :p
Deletewow menarik! tapi geliiii ;-))
ReplyDeletememang menarik Dieyana... mummy pun geli gak, tapi perasaan nak tau tu tinggi, hilang kejap geli tu..heheheh :D
DeleteKatak pun ada yg beracun! Unsangkarable!
ReplyDeletebanyak sebenarnya binatang kat dunia ni kita tak sangka kan Akak.. besar sungguh ciptaan Allah..
Deleteeh kak farrah tak tahu ke?
Deletebanyak benda yang beracun, cicak, katak, ikan,
orang pun ramai beracun...wahaha
Aaa Farah.. Katak pun beracun ye, nak nak yg lagi cantik dipandang.. :)
DeleteAaa.. Mcm2 benda yg kita tak tahu sebenarnya... Tetiba rasa kerdilnya diri
DeleteYY... Kannn sebenarnya manusia la yg paling ramai..,hehehhee
DeleteAdakah katak beracun itu putera yg disumpah? Haha
ReplyDeletekamu kena cium dia dulu syida...baru dapat jawapan
Deletedak mummy julia...hehe
Ala apa kata syida cium katak tu dulu, mana tau boleh bertukaq bole jadi putera raja yg kacak bergaya.
DeleteKannnn YY.. Mummy sokong!
Deletewah bagus entry ni! suka saya baca
ReplyDeletebuat nak pergi sana juga
Cepat pergi best woo...31 last day last day... :p
Deletehehe, sampai juga mummy ke sini ye, kak ana kan bila sampai kat hat reptilia tu tak dekat dah..geli geleman je rasanya :)
ReplyDeletekannn teruja lepas baca entry kak Ana. Hahhhaha reptilia tu comel2 la kak Ana , awat geli.. Hehehehe :p
Deleteberbisa juga pameran ini
ReplyDeleteHehehehe .. Sebab berbisa lah i pergi tengok.. :D
DeleteWah...posing sakan :)
ReplyDeleteDone follow sini mummy
Hehehehe.. Mummy memang suka posing.. :P ..
DeleteThanks Fidah..:)
wah mummy tomey dan sweetsss sngt
ReplyDeletewalaupum dikelilingi binatang beracun sana sini
Aduhhhh malu mummy kak Noor! Hehhhehee :D
Deletekenyataan tu apa nak malu pulak Mummyyyy
Deleteterimaalah hakikat nya hehee
Adehhh macehhh Kak Noor... ;)
DeleteSalam singgah sabtu mummy....seramnya tengok binatang2 yang berbisa tu....
ReplyDeleteWassallam Mar...bisa bergambar je.. Yg lain tu semua dalam showcase... So bisa tu kurang berbisa la.. Hhehehe
DeleteThanks sudi singgah blog mummy.. :))
gelinya tengok ular tu.. kala jengking pun aiza geli tengok.. hehe..
ReplyDeleteHahahaha.. Tapi takat tgk pameran ok lagi.. Jgn tengok dekat2 tanpa showcase.. Mau lari sebatu mummy.. Hehheehe :p
DeleteSeksinya ratu ular...
ReplyDelete* tutup mata
Ouchhh! Hahahaha :p
Deletewaaa menarik. tapi saya lagi suka masuk museum :D
ReplyDeleteHehehehe.. Masuk muzium dah selalu, ni pameran khas yg dibuat kat muzium.. Penambah seri muzium gitu.. :)
DeleteMenariknyaaa pameran ni...tapi wa memang tak leh gi..sebab Wa ni fobiaaaaa sangat dengan ular.
ReplyDeleteHahahhaa... Ramai na dok geli tgk ulaq dlm gambaq.. Lom tgk dekat2 lagi.. Jenuh nak dok ligan ni, sbb lari tak cukup tanah.. Hehehe
DeleteSinggah hujung minggu...
ReplyDeletePucuk pauh delima batu, selamat berhujung minggu ...
DeleteHehehehe Enjoy weekend bunda.. Muahhss
hi singgah sini.. xpernah lg masuk muzium negara. byk juga tempat best2 dlm tu.
ReplyDeleteHi Amanina... Nanti leh try masuk, macam2 ada kat dlm muzium disamping mengenal sejarah asal usul kita... :D Best!
DeleteAku tertanya apa yang lebih menakutkan dari seekor labah-labah .
ReplyDeleteLabah-labah gergasi .
Hahahhaha.. Mungkinkah itu yang ditakutkahh?! Mungkinkahh?! Jeng jeng jeng :P
Deletegeli geleman tengok katak tu..beso betul
ReplyDeleteDalam gambo je Yan.. Luar takdak la besaq mana, mummy amik pic close up ni..saiz normal..hehehe
DeleteMula nengok tajuk macam lucu pun ado... sekali nengok entry, gerun iii... hahaha..seram nengok haiwan2 berbisa ni erk.. takott plak... kena kenal pasti haiwan2 ni... mcm manalah rupa semut kayap tu kan? huhuhu...
ReplyDeleteHahahhaa tang mana yg lucu kat tajuk tu Atiey..
DeleteGerun kejap je.. Pastu enjoy mengeksporasi tempat tu.. Macam2 ada!
Bagus kak :D
ReplyDeleteTerima kasih Eksa.. :)
Deletetiket masuk FREE? adusss hari ni last day sob sob sob..hero2 x ikut mummy?
ReplyDeleteAaa free .. Rugi tak pi. Hero2 tak ikut. Pi atas urusan keje. Singgah sat kat sini., hehehe takdan nak bawak hero2 dorang busy memanjang.. Kena buat appointment dulu.. Heehe :p
Delete