Tempat menarik di Pulau Pinang I Pulau Aman ... kecil tapi menarik!
Assallamualaikum... JKalo jawab muah ciked! hehehhe
Yeahhh Balik kampung!.. Sebenarnya banyak kali dah berjanji ngan hero-hero ni nak balik kampung, tapi tulahh asyik busy je... kali ni bila tiba Cuti Melaka Bandaraya Warisan Dunia , apalagi berdesup mummy amik cuti tambahan dan berangkat pulang ke Penang! Oh.. kampung halaman ku yang dirindui gitewww... eee overnya! hahahaha :p
Lagipun balik bukan waktu cuti umum satu Malaysia ni best.. Jalan tak jem, bawa kete pun smooth je.. heheheh I like!
Destinasi percutian pendek kali ini... jeng jeng jeng
Pulau Aman
Merupakan sebuah Perkampungan Nelayan yang terletak didaerah Seberang Perai Selatan yang mempunyai keluasan 288 ekar sahaja. Kenderaan utama yang terdapat disini hanyalah motosikal dan juga basikal, tapi kalau jalan kaki pun tak ada masalah , jarak dari rumah ke satu rumah yang lain pun dekat je. Penduduk pun bole dikira dengan jari. Dulu waktu zaman sekolah mummy selalu je lepak ngan kawan-kawan kat sini. Tido pulak kat rumah kawan mummy , Si Nanie tu.. hehhehehe Panjat Bukit secoet kat Pulau Tu.. Mandi manda .. ehhh! terimbau kenanganlahh pulak.. kikiki.
Tiket Bot
Dewasa : RM 6.00
Kanak-kanak : RM 3.00
(Bot di Jeti Batu Kawan )
Untuk ke sini dari exit Tol Bukit Tambun.
Lepas bayar tol jumpa simpang belok ke kanan ( Bukit Tambun / Pulau Aman )
Terus je, jumpa traffic light belok kiri, terus lagi .. ikut je signage ke Jeti Pulau Aman.
Masa/ Operasi Bot
10.00 pagi , 1.00 tgh , 4.00 ptg, 7.00 malam ( Weekday)
Lebih kerap ( 10 minit sekali ( Weekend)
(Jarak perjalanan mengambil masa 10 minit je.. Tak sempat pun nak lelap mata.)
Selfie dulu sebelum naik bot...
Dalam bot.. waktu ni semua okay lagi, bila balik ada orang tu mabuk laut. hahahhaa
Ngalahkan pompuan! sapa dia? Sila baca sampai habis ye.. keh keh keh :p
Yeahhh dah sampai.. Ni lah Pulau Aman..
Jeti Pulau Aman.. comel je
Souveniar Shop.. Banyak hasil kraft penduduk kampung.
Apa yang bestnya kat Pulau Aman selain pantainya... ? Ni hah petanya.
Ada Telaga Emas, Batu Payung dan lain-lain lagi.
Jalan-jalan sekitar kampung ke pantai tuk bermandi-manda.. hehehe :D
Sila pakai sunblock , nanti rentung!
Pokok yang paling banyak terdapat di Pulau Aman ni. Pokok Sukun.
Ish buat sukun goreng pun sodap ni. Pastu cicah ngan sambal kicap... perghhh marvellous!
Kat tepi-tepi pantai ni ada je chalet tapi chalet tepi hero besaq berposing ni macam dah uzur . No phone pun takde.. So susah sikit mummy nak suggest tido kat sini. balik hari pun dah ok. Sekejap je nak explore pulau ni.
Suasana dipantai. Ramai gak family yang berkelah kat sini walaupun matahari terpacak tepat atas kepala. Merelit merelap la jawabnya! panaih aihhhh...
Pastu sepanjang jalan ada je tempat-tempat excersice kat tepi-tepi pantai ni.
Hero-hero mummy suka la termasuk uncle dia ni.. hehhehe
Jalan punya jalan.. finally jumpa port yang kitaorang nak.. yeahh! dulu pegi tempat ni ada orang chop dah. Apalagi bila dapat port ni lompat bintang lima(5) kali la mummy. Mummy suka sikit sebab bole mandi bawah rimbunan pokok. Tak kena panas. Kulit pun tak sun burn. hahahahahaha redup je... kikikiki Pastu kat tepi tu ada Telaga Emas. Bole bilas badan nanti dengan air sejuk. Tak masin pun walaupun bersebelahan dengan air laut. Lagipun port ni ada buaian. Bole lah feeling -feeling jadi bawang putih kejap..hahahahah :p
Sebelum mandi kita main buaian dulu..hehhee :D
Hero-hero mummy dan unclenya. Kunun nak jadi macam uncle badan ketak-ketak keding tapi lupa diri gamaknya makan tiga (3) pinggan... hahhahhahaaha Bertabahlah !
Mak Usu ngan Hero kecik feeling ombak rindu pulak..hahahahah Macam-macam peel adik-adik mummy ni..hahahhaha
Ni namanya bergayut monyet. hehhee
Geng berkelah aritu. Tok ngan Wan hero-hero tak join sekali. Ada keje katanya. Pak Ngah pulak busy je memanjang so dia tak dapatlah balik kampung tuk join sekali.
So buat Pak Ngah sila santap mata jelah ea...hehhehe :D Ala kalo Pak Ngah ada pun bukannya nak ikut. Suka sangat dok umah memerap dalam bilik macam pompuan. Hahahahah gelak sedas!
Tempat berkelah weols! Bumbung biru tulah Telaga Emas.
Kisahnya dulu ada seorang penduduk kampung sedang berjalan-jalan ditepi pantai untuk mencari punca air untuk dibuat perigi tuk kegunaan penduduk kampung. So dia terjumpalah mata air ni.. apalagi gali dan galilah dia. Tiba-tiba... jeng jeng.. Dia tergali ada satu benda keras..... korek-korek punya korek kelihatanlah sebuah telaga emas. Apalagi dipanggilnya orang kampung untuk menyaksikannya sendiri. Tapi apabila orang kampung muncul yang ada hanya sebuah batu yang berwarna kuning sahaja. So sebab itulah Telaga itu diberi nama Telaga Emas.. :D
Dah habis bilas badan dan puas badan berendam kat pantai. So kitaorang pulanglah ke tempat asal. Adalah 3, 4 jam jugak kitaorang berendam.. hahahahaha Biasalah sekali sekala jumpa ayaq laut . hhehehe Eh!lupa lak nak cakap, Pantai ni bukannya pantai pasir, ni pantai batu... so standby la mandi pakai kasut ea takut kaki berlubang je pijak batu-batu kat laut tu..hhehehe
Hero lecik tumpang buaian di tepi pantai yang ada kat situ.
Mummy dan kekasih terang-terangan.
Pemandangan di Pulau Aman.
Yeahhh berakhir sudah short trip ke Pulau Aman. Nak amik gambar ramai-ramai dah tak bole dah sebab Uncle Ejoy dorang mabuk laut.. hahahaha jenuh dok pakat gelakkan Uncle dorang ni. So mummy titipkan gambar hero besar lompat sebagai penutup ngomellan kali ni..hehheheehe
Thanks for reading! Wassallam...
8 Comments
Rekomen tak mandi pantainya? sb nmpk pasir mcm kasar sikit..dan batu byk
ReplyDeleteRekomen mandi sebab pantainya bersih tapi mandi pakai selipar takut sakit kaki kena batu. Kalo nak berenang kena ke tengah sikit. hehhee :D
DeleteNampak jambatan PP yg baru tu..malam mesti lawa
ReplyDeleteaaaa dekat ngan jambatan baru..
DeleteMestilah lawoo..Pulau Pinang kan..hehhee :P
wah seronoknyaa. boleh mandi redup redup tu. memula tgk gambar laut yg terik tu seram jugak. terbakor la kulit kang hehhe
ReplyDeletememang syok, yg taknya syok tertelan air masin je..heheheh :P
Deleteala ni seram-seram manja je.. dah berendam dlm redup, sampai kecut jari2 baru naik.hehehhe
Kena bijak cari port baru la tak terbakar kulit tu..hehhehe :D
ala... tak ajak ! tak besa p jugak...
ReplyDeleteala... tak tau nak ikut. lain kali habaq na...hehheh :D
Delete