Rooftop Poolside Barbeque Dinner at Straits Hotel & Suites
Assallamualaikum...
Sabtu lepas sempatlah mummy dinner kat Rooftop Poolside Barbeque Dinner di Straits Hotel and Suites Melaka yang terletak di Melaka Raya ni. Actually ni pengalaman pertama dinner kat tingkat 23 . Perghh gayat mummy... Makanan pula dihidangkan ditepi-tepi kolam renang, serius memang menarik-narik mummy untuk mandi..eh bukan mandi tapi makan..hehhehe.
Dinner di tingkat 23 ni bukan setakat menjamu perut sahaja, tetapi mata pun turut serta. Best! Korang patut cuba. Waktu cuti-cuti umum macam ni Melaka memang penuh sesaklah kan, so pemandangan malam tu lebih berkisar tentang keseluruhan Melaka dan juga kesesakan kenderaan yang nak masuk ke Banda Hilir dan juga Melaka Raya. Disamping disajikan dengan lampu -lampu neon sepanjang Jambatan Melaka Raya. hehehehe.
Kesesakan ini juga mungkin disebabkan oleh penutupan jalan di hadapan Medan Samudera, Bastion Middleburg dan juga Muzium Kapal Flor De La Mar. Untuk makluman ianya ditutup sehingga akhir bulan ini iaitu 31 Mei 2016 akibat baik pulih jalan.
Kesesakan ini juga mungkin disebabkan oleh penutupan jalan di hadapan Medan Samudera, Bastion Middleburg dan juga Muzium Kapal Flor De La Mar. Untuk makluman ianya ditutup sehingga akhir bulan ini iaitu 31 Mei 2016 akibat baik pulih jalan.
Posing tepi kolam tapi jauh sikit dari tepi bangunan. Gayat sungguh mummy. Tapi pemandangan kat belakang tu memang cantik sangat.
Lokasi
The Straits Hotel & Suites
No. 1B Jalan Melaka Raya 2,
Taman Melaka Raya ,
75000 Melaka
Tel No
+606-2898 5555 / +606 2898 588
Email
Website
Berbalik kepada topik asal , dinner kat sini untuk Dewasa /Senior Citizen berharga RM 50 seorang dan Kanak-Kanak berharga RM 25 seorang . Ianya dibuka mulai jam 6.30 petang sehingga 11.00 malam. Dinner Rooftop Poolside ini hanya dibuka pada hari Sabtu sahaja, patutlah penuh je meja kat situ. Nampaknya ramai yang tak nak melepaskan peluang .Makanan laut yang dihidangkan pula fresh-fresh belaka disamping kepelbagaian menu . Jom mummy belanja gambar dinner malam aritu.. Hehhehee
Makanan-makanan yang dihidangkan di tepi kolam renang.
Dessert.. Kek Coklat dia sedap bangat!
Salad dan juga pasta. Selain itu juga ada disedangkan Nasi , Masak Asam Pedas Melaka, Mee Goreng dan lain-lain lagi.
Ikan Bakar. Perapan tuk ikan bakar tu yum yum!
Seafood. pilih je nak makan apa.
Satay Celup
Scallop
Kambing Bakar, Udang Bakar, Ikan Bakar yang menjadi pilihan mummy tuk malam tu. So jangan lupa cuba makan kat sini ye.
Thanks for reading! Wassallam
26 Comments
ahaaa.. Melaka memang cantik time malam...
ReplyDeletewow ! makanan tu lagi cantik dok dalam perut dari dok dalam gambar.. ehehehe
Kannn... untungkan badan dok Melaka walau selalu kena hadap jem.. hehehee
Deletehahahhaha... cantekkk sgt! keh keh keh :p
Untung nyer la Mummy.. makan mcm2 pun.. bdn maintain mcm tu jer..
ReplyDeletehahhaaha... ni kira ikut nasib, kadang-kadang kembang..kadang-kadang kuncup! keh keh keh :P
DeleteBest nya Mummyyyyyyyyyyyy ! Jelous kita. Hihihi.
ReplyDeleteMakanan semua, okay perfect superb sangat. Makan tepi kolam pulak tu bersaksikan langit yang super duper indah, huuuuuu nikmat terasa sangatttttt. Best ! =)
hehhehe... ala jangan la jeles Ain.
Deletekaannnnn.. Ehh! rasa mcm Ain la kat sebelah mummy tengah makan sambil dok skodeng bintang...hehhehehe :D
first time tau pasal tempat ni.thanks for review. nak ajak husband pergi pukak. i mmg suka yg bakaq2!
ReplyDeleteHi Gja tq sbb sudi singgah sini...
DeleteSila-sila.. boleh makan sambil menikmati pemandangan yg indah.. best!hehhee :)
Menu yang sangat mengancam ^-^
ReplyDeletekannn.. mengancam sgt!
DeleteWow berbaloinya, Rm50 kupang, scallop semua ada
ReplyDeleteKann Mak.. berbaloi baloi..
DeleteBelanja gambo je?? air liur dah menjejes ni..
ReplyDeleteBelanja gamboolahh dulu mak.. nanti ada rezeki lebih kita pi makan sama-sama na.. hehehe :)
DeleteMelaka ni mmg femes amos bab makan bab berjalan bab pemandangan.. eh serba serbi dia meriah la. No wonder pantang cuti panjang skit mesti jem!... hehe. Btw, kemain meriah makanan nya hah. Terliur!
ReplyDeleteSalam perkenalan sis. =)
Hi Aina.. Thanks sudi singgah blog mummy..
Deleteaaa kat Melaka memang macam2 ada.. antara sanggup ngan tak sanggup bila hadap jem jelahh.. hehhehee :)
pheewwittt! kita nampak ada orang pakai pink lah
ReplyDeletewewittt jugaklah.. hahahhaa..
DeletePink tu wajib la JM! hehhee
kalau makan byk cenggitu RM50 utk DEWASA murah sgt tu..dorang ada buat buffet Ramadhan tak
ReplyDeletekannn..bole makan sampai lebam!
DeleteAda rasanya.. kalo ada nanti mummy update okay .. :)
murah sgat..mcm2 ado
ReplyDeletekan kann.. yum yum!
Deleteaduhh terliur..bila mummy nk belanja JM mkn kat sini heee
ReplyDeletehehheeh... Mai la sini.
Deletemenarik ni :)
ReplyDeletetq for sharing.
ada plan dah dlm kepala otak aida ni.
yeszaaa.... tq tq tq mummy...
Sama-sama Aida.. hehhee..
DeleteWahh plan apa tu? hehehhe jeng jeng jeng :D