Captain America : Civil War... Best ker?

by - May 03, 2016

Assallamualaikum...

Sepanjang perjalanan balik dari tengok Captain Amerika : Civil War ni , aku pun war jugak .. war dalam hati. Dok monolog sorang diri. Awat macam ni? awat macam tu?  Okay review pasal movie ni, aku citer last sekali ea..


Actually ni kali pertama atau dah berkurun lamanya aku tak tengok Movie kat MBO.. ni semua gara-gara semua seat kat GSC full house.. Wow nampaknya sambutan begitu hebatkan. ! sampai semua waktu dan semua tiket weekend full house.. Takpelah ada hikmat kot. Apa lagi terpaksalah survey Cinema lain. Dapatlah kat MBO Melaka Mall ni. Panggung besar, seat pun best , iklan pun Malaysia style.. keh keh keh  Banyak jugak benefit kat MBO ni kan. 

Harga tiket tuk aku dan anak-anak baru RM 28.30 termasuk GST dan bla bla bla. Tiada charge beli online pun macam GSC. Save! Nampaknya jauh lebih murah dari GSC dan juga TGV. Disebabkan aku beli tiket online aku dapat free member card setelah register secara online. Kumpul point banyak-banyak , bole dapat tiket free. yeahhh! 



Aku dapat design Angry Bird untuk member card.. hua tak suka! tak suka! Aku nak Captain Amerika, tapi apakan daya tak ada , dah memang tak ada..nak buat lagu mana kan. Sob sob sob. Balik nangis peluk teddy bear. Arghhh so gedik kan. hahahhaa :p  Selain itu juga setiap pembelian Combo Pop Corn ( Small) dan air ( Large)  berharga RM 29.70 korang akan dapat Mug Iron Man. Wow tepuk tangan ciked..! So cukup sesuai untuk aku yang suka kumpul mug dan botol air pelik-pelik ni. hehehehe . Cuma mug Captain Amerika je dah kehabisan stok, mug aku ni pun tinggal satu je . Fuhhh selamat...!

Set Combo bersama Mug Iron Man

Mug Iron Man.. Yeah! Mummy suka.. Anak-anak tak excited , mummynya pulak yang over. Hahahaha

Sinopis

Ianya mengisahkan perang antara dua pihak iaitu Iron Man dan juga Captain Amerika bila mereka tidak bersatu hati untuk menandatangani  satu persetujuan Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu. Ianya digesa bagi tujuan menggelakkan lebih ramai orang awam yang terkorban sewaktu mereka berjuang menyelamatkan dunia. So banyaklah aksi-aksi pergaduhan sesama sendiri. Team Iron Man lain.. Team Captain America lain. Nak sebut nama sorang-sorang  dalam tu aku tak henggat. Mungkin dorang kurang menderma agaknya... tu yang susah nak sebut tu. hehehhee . Cuma apa yang aku ingat, Spiderman telah diundang untuk membantu team iron man. Gelagat Spider Man dalam movie ni yang banyak membuatkan panggung yang pada mula agak sepi kembali bergegar disebabkan oleh aksi -aksi lucu oleh Spiderman yang tak berhenti-henti bercakap even tengah bergaduh bagai.... 

Ianya bermula apabila kemunculan Winter Soldier sewaktu kes pengeboman sewaktu persidangan dan ini telah menyebabkan Raja  telah terkorban sewaktu persidangan di bandar raya. So pelbagai sesi membalas dendam diatas  berlaku termasuklah  flash back memori yang menyebabkan segala rahsia mulai terbongkar seperti  siapa pembunuh dan dalang sebenar diatas kematian ibu bapa Iron Man-Stark. Nak tahu lebih lanjut sila tonton ye.  

Bagi aku lah, movie kali ni okaylah sebab banyak sangat omelan antara ahli Avengers. Aksi-aksi ganas seperti movie-movie Avengers sebelum ni jer pun kurang sikit la. Tiada raksasa pelik-pelik yang membuat aku senak perut menghadap.  Balik -balik gaduh sesama sendiri. Yelah disebabkan peperangan kan memang akan banyak nyawa terkorban dan tercipta dendam baru oleh ahli keluarga yang terlibat. So kesimpulannya mummy bagi 3.5 bintang daripada 5 bintang! 

Intro .. Satu  #teamironman satu lagi #teamcaptainamerika


Mummy and the geng.. Sorry ! pic blurr macam biasala bila hero-hero ambil gambaq. Bertabahlah!

Thanks for reading! Wassallam.

You May Also Like

32 Comments

  1. Comei jugak mug iron man tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn.. tu yg buat mummy tergoda tu.. hehhe :D

      Delete
  2. Lama dah rasa tak bawak anak2 gi tengok wayang...(padahal baru bulan lepas...hihi)

    ReplyDelete
    Replies
    1. apalagi jom tgk wayang... biasalah cam mummy bila selalu bwk tp bila sekali tak bawak..adoiii rindu nak jejak panggung..ehhehe :D

      Delete
  3. Replies
    1. Kitaorg org 1st masuk..hehhehe Excited katakan.hehehe :D

      Delete
  4. Kalo pi pun maybe sb nk tgk Robert Downey je kot hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeahhh makkk... Kita geng! tu sebenarnya yg kita cari..hehhehe :D :D

      Delete
    2. Ceh ... apsal mak2 semua sokong Captain A ni... ha ha ha...

      Delete
    3. Huda... Robert Downey tu Iron Man la.. Steve Rogers tu baru Captain Amerika..

      hehehheehe..

      Nampak tak mak2 suka lelaki kacak dan juga kaya..hahhahaa :P

      Delete
  5. Kak Sham & boys tak sempat nak pi lagi.
    9th ni dah mula exam.. cikgu-cikgi mula dah dok bekal macam-macam revision.
    Silap-silap kena tunggu CD pirate jugak la nanti ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la musim exam dh nak dekat.. hero kecik je 17hb ni, tp semua dh siap kat transit school . Senang keje mummy nya..heheh :D

      takpe takpe.. takde yg pirate , online pun bole.. hehehe :D

      Delete
  6. Mumy kan geng captain A... so mug tu bagi i lah... i geng iron man sebab dia #kaya #hensem...
    ha ha ha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takleh takleh... mummy team Iron Man la ngan hero besaq.. Hero kecik je team captain Amerika tu...

      Yup agree.. Iron Man! kacak , encem, sado , kayoooooooo! hahahaha :P

      Delete
  7. Kita kena tinggal... kids went for this movie yesterday...sungguh2 promote cakap best ... siap cakap "kalau makde nak pergi kiteorang boleh temankan sekali lagi... dua tiga kali lagi pun boleh" ...

    Nampak tak permainan diaorang... hihihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahahahaha.. permainan tu cukup hebat tp kenapa Huda still pi tengok lagi.

      Nampaknya godaan itu tak cukup hebat la maksudnya kan.. Kena cuba lagi kids! hehee :D

      Delete
  8. Sekarang mmg trend citer super hero bergaduh ke?

    Habislah galaksi ni... hi hi hi...
    suh depa p gaduh kat planet lain p...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn aritu Batman dan Superman.. skrg Iron Man dan CAptain A.. ni bukannya apa, penjahat semua dh habis kena bunuh sbb tu dorang gaduh..hehehe :P

      Galaksi apanya.. Galaksi panggung wayang je tu..keh keh keh :P

      Delete
  9. Pernah tengok kat Melaka Mall, tak ingat cerita apa... sebab GSC and TGV dah penuh.. bantai p lah.. MBO pun penuh jugak.. dapat seat belakang.. tapi, nanges ! tak best.. seat sama level.. kena duduk mencangkung kat atas kerusi, kalau tak nampak kepala orang depan ja.. letih

    ReplyDelete
    Replies
    1. La awat jadi lagu tu.. tapi hall mummy hokay je..

      Sabaq na, lain kali request panggung lain tau...

      Delete
  10. Nak tengoooook ! Tapi tak tau bila nak pergi. Ticket sokmo full jer. Huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe.. mummy pun jenuh cari panggung yg tak full.. tak pun beli online awal-awal

      Nanti jangan lupa nonton ya.. syokk bangat!

      Delete
  11. baca laju-laju sebab tak nak spoiler..dah plan memang nak gi tengok nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada macam train ETS tak lajunya.. hahahaha

      Selamat Menonton Sal!

      Delete
  12. Nak nanges sebab tak dapat nengok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala nangid tepi bucu ka? tepi tingkap ka? bawah meja ...? hahaha :p

      Delete
  13. kalau cite camni JM x layan sgt..lebih suka tgk cite romantik hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak minah jiwang rupanya.. mummy layan gak kadang2 tp kat umah. kat panggung takleh, nanti hero2 tidooo..

      Delete
  14. dah lama x masuk panggung wayang..ada yg nk teman kan tak ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada ada.. ramaiii ! offer je kat entry. Berduyon-duyon bak kata Juliana Barnos.. hehehe :)

      Delete
  15. kad kita sama !!!! :)
    eksaited nyer.
    time aida gi tu memang pack mbo tu.
    hu hu hu ijat bising dlm panggung.
    "lawan dia" "tumbuk dia" ha haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehh sama ea...
      samalah ngan hero2 ni.. buat panggung macam rumah sendiri...

      takpe tengah feel lebih tu.. :D

      Delete