Pocket Show di Muzium Penjara | Mesej dari Penjara
Assallamualaikum..
Drup ... drap .. drup... drap.. Kaki melangkah lagi ke Muzium Penjara untuk kesekalian kalinya. Diusung bersama kali ini Hero besar , Hero kecik dan juga kawan sekolah hero kecik , Haikal. Nampaknya hero-hero mummy dah buat macam rumah sendiri , di jelajahnya setiap penjuru muzium tanpa menunggu mummy membawa dorang menjelajah mengikut susunan kronologi jalan cerita Muzium Penjara itu sendiri. Wahhh pandainya anak mummy..! Sel-sel otak sedang mematri antara satu sama lain nampak. takdenya nak berhubung-hubung bagai lagi dahh.... hahahaha :p
Jarum jam berputar pantas, tepat jam 11.30 pagi show bermula. Kawad berirama penjara dimulakan di ruang hadapan kantin dan juga surau. Menarik! Penuh aksi dan gaya yang cukup kemas dan menghiburkan.
Waktu ni sebelum show bermula. Posing dulu dek non oii... hahaha gediks! Bukan senang nak posing sorang-sorang ni.. asyik ada bodyguard je teman. Tak kasi can langsung! hahaha :P
nilah e-flyers poket show yang diwar -warkan tu...
Poket Show Muzium Penjara
Banda Hilir Melaka
Harga Tiket untuk Warganegara
Dewasa : RM 6.00
Kanak-kanak : RM 3.00
(7-12 Tahun)
Harga Tiket untuk Bukan Warganegara
Dewasa : RM 9.00
Kanak-kanak : RM 6.00
(7-12 Tahun)
Jadual Poket Show ( Sabtu dan Ahad Sahaja)
April - 23 &24 April 2016
Mei - 28-29 Mei 2016
Julai -23 & 24 Julai 2016
Ogos - 20&21 Ogos 2016
September - 24 & 25 Sept 2016
Oktober - 23 &24 Oktober 2016
November - 26 & 27 Nov 2016
Disember - 3 , 4 , 10 , 11 , 17 , 18 , 24 & 25 Dis 2016
Masa
11.00 pagi- 12.30 Tengahari ( Sesi Pagi)
3.00 Petang - 4.30 Petang ( Sesi Petang )
Sebarang Pertanyaan Lanjut boleh hubungi :
Tel : 06-281 3548
Fax : 06 - 281 4079
Alamat
Muzium Penjara Malaysia , Jalan Parameswara , 75000 Melaka
Facebook : Muzium Penjara Malaysia
Apa itu Poket Show ?
Ianya adalah lakonan semua daripada pegawai-pegawai daripada Unit Kebudayaan dan Kesenian Jabatan Penjara Malaysia tentang kehidupan sebenar dan juga kisah-kisah disebalik tirai besi banduan-banduan yang pernah dipenjarakan. Ianya bertujuan untuk memberi pengajaran , panduan dan nasihat kepada masyarakat diluar sana akan keburukan melakukan kesalahan-kesalahan yang melanggar undang-undang. Disebabkan oleh kesalahan itu mereka boleh dijatuhkan hukuman penjara samada hukuman itu didalam tempoh pendek mahupun panjang.
Alamak mummy nak upload video lain, tapi yang ni je lepas tuk paste kat sini.. Sorry. So ni jelah yang ada sebagai gambaran poket show tu. Lagipun kalau tempek banyak-banyak kat sini nanti, korang tak nak pergi. hehhehe
Waktu ni mummy dan hero-hero sedang menyaksikan salah satu kawad berirama daripada pihak Muzium Penjara.
Poket Show di surau. Baju Merah tu banduan. Baju putih ustaz
Masing-masing melopong bila mendengar dan melihat persembahan yang ditunjukkan.
Banduan yang dipenjarakan dalam tempoh 5 minit untuk berposing.. keh keh keh
Terima Kasih buat Tuan Ismadi yang sudi melayan kerenah mummy and the geng. Terima Kasih juga buat team penjara yang hebat dalam memperkenalkan poket show ini kepada umum. Moga ia mampu memberi iktibar kepada masyarakat diluar sana.
Team yang ikut mummy arini ... Farah dan juga Kak Zura.
Thanks for reading! Wassallam..
16 Comments
Rasa nak datang pula ke Muzium Penjara bulan ogos ni...ahhhahah...InsyaAllah jika di izinkan dan ada modal lebih..hihihi
ReplyDeleteDatanglah Muzium Penjara... amat dialu-alukan.
DeleteInsya Allah adalah rezeki duit raya tu nanti.. hehehe
alamak! kite pon x update lg ni :(
ReplyDeletehahahhaa.. kak jue draft lama , tapi tu la baru publish sbb rasa aritu baru update pasal muzium ni jugak... bagi jarak sikit.. hehehe :)
Deletebest ni, masa drama tu siap nangis. tp kejap je, hehe
ReplyDeleteoooo nangis ea.. kalo kak jue pasan, confirm kak jue rakam.. hehehe :)
DeleteWah bagusnya ada program mcm ni
ReplyDeleteaaa bagus Huda.. nanti mai la sini. Bole pi tengok.. :)
Deleteahakss..pe rahsianya mummy..dulu kecik2 mummy kasi dorang minum sus pe ni..sel2 otak mematri dah ni
ReplyDeleteTulah dulu bagi susu badan je.. tak sangka pulak boleh terpatri.. haru sungguh aihh. hahahaa :p
Deletemummy n pink berpisah tiada :-)...posing lentok tu cun!
ReplyDeletehahhahaa mummy dan pink terpatri sudah.. kah kah kah
DeleteMalu titew tau!
bagus jgk ni beri pendedahan kepada anak2
ReplyDeleteaaaaa syokk., banyak benda baru dorang bole explore..
Deletemummy n pink berpisah tiada :-)...posing lentok tu cun!
ReplyDeletehahhahaa mummy dan pink terpatri sudah.. kah kah kah
DeleteMalu titew tau!