Kisah 30 Syaaban
Assallamualaikum..
Tengahari tadi..
Tengahari tadi..
Korang kat mana tu? Pasar Borong? Giant? Tesco? Jaya Jusco? tak kisah la kat mana pun.. mesti tengah siap-siapkan barang-barang nak sambut puasa kan..
Aku? Dok lepak depan tv sambil makan-makan tengok citer Ola -Ola bola ngan Hero kecik ni.. Banyak pulak cakap cina dalam citer ni. Jenuh nak suh Hero Kecik translate
" Mummy takde pulak subtitle dalam citer ni kan"
Ujar Hero kecik lepas dua tiga kali aku suh dia translate ..
" Ala adik kan ada, translatekanlah untuk mummy"
Jawab aku .. pantas!
" Bole aje , Satu perkataan seringgit "
Cisss hero kecik membalas..
Kejam! Aku ignore je malas nak layan, sambil sambung makan.. Nasi ngan Ikan Pindang , Yang hero kecik malam tadi la.. Sedap gakkk.. Semalam aku tak makan.. diet ma! test hujung lidah je.. kikiki
" Adik esok puasa tau! Jangan lupa niat!"
Pesan aku pada hero kecik
"Macamana? "
Ni ha Niat Puasa...
Niat puasa untuk sehari
Niat puasa untuk sebulan
Sambung sembang lagi..
" Adik malam ni kita pi surau terawih ok.. "
"Eh malam ni terawih ea mummy..? yeahhh! "
suka hero kecik , nak jumpa klik-klik ngaji dia kat surau la tu.
" Arini Terawih Pertama tau dik.. Semua dosa-dosa akan dihapuskan umpama ianya baru dilahirkan . Best tau dik.. Jangan lupa solat ok"
Pesan aku
" Macamana nak sembahyang terawih mummy.. Lupa la?
Soal Hero kecik..
Terawih ada 8 rakaat (4 kali salam) , witir 3 Rakaat ( 2 kali salam)
Niat solat terawih
Niat solat witir
Tulah aktiviti aku pada petang -petang ni sebelum ramadhan menjelma. Ntah la, aku lagi suka duduk rumah dari berhimpit-himpit dengan orang ramai kat pasar tu.. Ala sahur dan esok bukak puasa, makan je apa yang ada.. Nanti orang dah slow down barulah aku keluar beli barang dapur... hehehee
Apa-apa pun sempena Ramadhan yang bakal menjelma ni. Aku nak pohon maaf atas segala ketelanjuran bahasa dan perbuatan aku ... mohon dimaafi , samada ianya dilakukan secara antara sedar atau pun tidak. Moga ramadhan kali ini akan memberi seribu erti untuk kita semua.. Amin
..…...........................................................................................................
1st Terawih Hero Kecik 2016
Selesai je Terawih pertama, aku dah melangut dengan pintu, menunggu hero kecik.. ish tak muncul-muncul..
Hati Geram.. " Pergi main ngan kawan-kawan dia la ni " huh!
Tak solat terawih la ni.. Bisik aku dalam hati
So aku balik la jalan kaki sorang-sorang ke rumah.. Tiba waktu nak tutup pagar..
Tiba-tiba...
"Mummy! "
Jerit Hero kecik dari surau.. (jarak rumah ngan rumah sejengkal je pun)
Adik pergi mana hah? Aku dah hangin sebab tak nampak kelibat dia waktu kat surau..
" Mummy.. Kenapa mummy tak tunggu Adam.. ?! Apa Adam tak terawih.. ?! Mummy.. Adam ni tolong lipat sejadah tau, pastu Adam salam semua orang tau! "
Adam memberi ulasan atas tuduhan palsu aku tu..
Aku diam.. Kikiki menyesal jugak tuduh hero kecik secara melulu... padan muka aku! kan dah terkena. Suka sangat tuduh melulu tanpa menyoal siasat macam detective conan tu.. Anak aku ni baik rupanya , ingat notty! kikiki So bersangka baiklah. nak nak bulan puasa ni kan...
Sambung dengar Hero Kecik mengomel...
" Mummy lamanya kena solat terawih..
Lepas solat.. solat lagi.. pastu solat lagi.. Adoiii matiklahh Adam.. "
Hahhaahha.. Gelak aku dibuatnya. Macam-macam la! Dah dah , esok nak bangun sahur... Jangan lupa niat ye.. Good Night! Sweet Dreams..
Thanks for reading! Wassallam
18 Comments
Salam , hihihi ... Comel je Adam . Orang yang membaca conversation adam dgn mummy pun dpt bayangkan celoteh Adam comel .... Salam ramadhan mummy dan salam perkenalan =)
ReplyDeleteWslm Thanks Nadiah cos drop by na..
DeleteAaa Adam comel ikut mummynya.. hahhaha :p haru biru umh kalo dia ada.. kikiki
Salam Ramadhan jugak Nadiah dan salam perkenalan.. :)
Ramadhan Kareem,
ReplyDeleteMaaf jugak segala salah silap,
moga memperoleh keberkatan ramadhan Aamiin.
Salam Ramadhan jugak Yana.. kita 0-0 okay.. muahhss
Deletekami dah shopping 2 minggu belum puasa tu pun ramai aih orang
ReplyDeletewow awalnya... kalo mummy tu , stok dh habis dah kalo shopping awal.. hehee
Deleteorang la ni banyak duit , xyah tggu posa hari2 dorang shopping.. kikiki
comei aih hero mummy ni :)
ReplyDeleteMacam mummy .. keh keh keh :p
DeleteSemalam bunda pergi Myden jer beli barang mentah untuk sahur n berbuka nanti.
ReplyDeleteBunda nak masak apa tu arini... jangan lupa pos kat mummy sikit na..
DeleteAnw Selamat Berpuasa bunda.. :)
alhamdulillah ramadhan kareem puan. wiken lepas pun bz buat saya dengan macam2 hal nak settle sebelum puasa.
ReplyDeleteSalam Raihanah.. Moga dipermudahkan segala urusan.. Dan selamat berpuasa.. :)
DeleteSlamat poce eh mummy... Jgn ukak piuk... He he he
ReplyDeleteSelamat Berpuasa jugak SS! Mummy tak bukak pon.. takut SS je bukak.. kikiki :p
DeleteHa ha ha... mampu gelak je baca ni
ReplyDeletehahaahah :p gelak jangan tak gelak.. :p
Deletesalam ramadhan dan selamat berpuasa mummy...dah plan ke nk masak pe ptg ni ke nk mkn luar lagi
ReplyDeleteSlm ramadhan dan selamat Berpuasa jugak JM.. hari2 masak la, makan luar susah ada orang rajin komen.. kikiiki
Delete