Pulau Nangka Melaka , Pulau Harta karun yang penuh misteri - PART 1
Assallamualaikum..
Berpeluang menjelajah ke sebuah pulau terpencil hak milik Perbadanan Muzium Melaka ni, sebenarnya telah mengundang rasa teruja disaat rakan-rakan yang lain menolak. Walaupun hakikatnya agak 50-50% nak ikut. Puncanya disebabkan oleh tiada sumber air yang bersih dan juga tenaga letrik. Lagipun pulau tiada berpenghuni.. sapa yang nak kan. Kemudahan boat pun hanya atas permintaan, kalau ada yang request adalah boat, kalau tak korang kenalah buat rakit untuk ke darat. hah! Sanggup ker idok .. :p
Perjalanan mummy dan rakan bermula jam 9.00 pagi di Jeti Umbai Melaka yang terkenal dengan Ikan Bakar Parameswara tu.. Senang je nak cari. Dengan menaiki speed boat, jarak perjalan hanya mengambil masa lebih kurang 15 -20 minit sambil disajikan dengan pemandangan pulau-pulau disekeliling yang indah sekali .
Ni lah Jetty Umbai.. Kebetulan matahari baru nak naik..cantekklah pulak pemandangan..
Ok done upload kat instagram.. keh keh keh
Pastu kitaorang singgah sarap kat gerai makan tepi food court Ikan Bakar tu.. Nasi Lemak dia perghh terbaeklahhh! Mak Cik Kedai tu siap boleh speaking omputih lagi. kerlassss ko jah!
Yeahh.. Sampai sudah!
Sampai je.. hah! Wow jernihnya air , hijau je.. Boleh nampak ikan berenang-berenang keseronokkan eh! hhahaha. Keadaan Pulau.. sunyi jelah , bukan ada penempatan pun. Lagipun ianya bukan Pulau pelancongan kan. Nak masuk pun tak boleh sesuka hati.. sekeliling pulau banyak signage -signage yang bertulis " Penceroboh akan didakwa" ok. Nasib baik mummy dah minak permission kat bos besar. Fuhh selamat.. ! Kalo tak naya kena hambat..
Pulau Nangka ni pernah digemparkan dengan misteri harta karun sebenarnya. tapi disebalik kemisterian ini , suasana dan keindahan pulau ni memang menakjubkan , sejuk je mata memandang.
Ianya penuh dengan terumbu karang yang cantik sekali , tempat penyu-penyu singgah, kalo bernasib baik dolphin aka ikan lumba-lumba pun ada tau, gamat , ikan warna warni, siput timba yang enak sekali jika dimakan.. ish macam-macam laa.
Aktiviti pertama sesampainya kami disana adalah aktiviti gotong royong. Dimulakan dengan membersihkan kawasan perkhemahan bermula. Settle kemas yang peserta lelaki mula pasang khemah , tempat masak , tempat lepak dan juga bilik air untuk kitaorang. Kat sini sumber air bersih hanya menggunakan sumber mata air je.. tu pun warna teh tarik.. ala mummy bole je, nama pun camping kan. Kalo nak mandi shower baik dok umah je. Tak gitewww!
Pacak khemah dulu na
Khemah gegurl!
Dapur kitaorang. Canggih tak? Siap ada Set Periuk lagi.Padahal dok semalam je. Tulah kalau suh yang lelaki prepare kan barang. keh keh keh :p
Toilet. Amacam ada bran tak ?
Tengahari tu ,
disebabkan hanya tiga orang peserta wanita termasuk mummy yang ikut, nak tak nak kitaoranglah yang kena masak #nangis. Masak simple-simple sudah. Sardin, ikan bilis goreng , kentang , telur dadar dan juga nasi.. Hahahhaa.. nasi jelatah lah pulak tapi sikit je pong. Biasalah dah biasa pakai rice cooker ceginilah jadinya. Syhhh jangan bagitau orang okay :p Nasib baik semua yang datang ni semua jenis tak kisah. Hehehe Telan je apa yang terhidang depan mata. Ala-ala pasrah gitu! hahhaa
Tempat makan kitaorang. Pemandangan hadap laut. Sebab tu la makan asyik bertambah-tambah aje kejenya.hehhee
Settle makan dan solat lebih kurang jam 2.30 petang giteww, kitaorang mula menjelajah sekitar pulau menyaksikan sendiri kesan-kesan cari gali harta karun yang terdapat disitu. Fuhh disini barulah kita dapat lihat kerakusan manusia mencari harta karun. Batu laut sebesar-besar alam pun boleh terbelah dua untuk mencari pintu masuk gua yang dipercayai tersimpannya harta karun tinggalan Istana Zaman Kesultanan Melayu Melaka sebelum ianya terbakar.
Sebelum menjelajah dan menyingkap rahsia alam.. Kita posing dulu! Semua peserta yang mengikuti camping ni seramai 9 orang semuanya. 3 wanita dan 6 lelaki.
Posing lagi.
Antara tinggalan-tinggalan oleh mereka-mereka yang menjalankan kerja-kerja cari gali harta karun. Dah gali tak reti tutup pulak tu.hish! Batu yang besar pun boleh berbentuk-bentuk jadinya.
Batu yang telah digerudi.
Kesan-kesan batu yang telah dipotong
Ni hah kena mendaki batu-batu besar ni..fuhhh jenuh.
Ehh ada ker harta karun tu?? Bagi mummy ianya ada. Cuma sebagai manusia .. kita banyak cacat celanya ni memang susahlah nak jumpa. Nak jumpa hati kena bersih. Lagipun sesiapa yang menjumpai harta ni , banyak tanggungjawab yang perlu dipikul. Sebab ianya dipercayai " Sesiapa yang menjumpainya wajiblah menzakatkan harta-harta yang dijumpai ini kepada fakir miskin dan orang-orang yang tidak bekemampuan. Ala kalo ada yang berniat nak amik tu, mesti cakap ala bole je, senang je.. tapi tu sebelum dapat, dah dapat habis amanah yang diberi tu dilupakan saja.. nak beli itulah , nak beli inilah.. biasalah dah fitrah manusia mana tak pernah cukup dan puas. Tak gitewww.. hehhehe Kang bila dah jumpa dilanggarnya pula pantang larang.. hah? Bencana lain pula yang muncul., tak ker susah. Biarlah harta itu disitu.. Insya Allah kalo diizikan akan muncullah ia pada yang benar-benar mampu menjalankan tanggungjawab itu. Amin
Antara trek-trek yang landai.. Banyak daun-daun kering yang licin disetiap cerun bukit. Kena berhati-hati lebih sikit. Kalau jatuh memang bersembam mencium batu la jawabnya. Sila abaikan mummy yang semakin gelap kulitnya sebab asyik berjemur je kejenya lately ni . Kalau ada yang nak sponsor cucuk vitamin C ker, laser treatment ker dll PM PM lah mummy.. hahahhaa :p
Susah tak nak menjelajah Pulau ni? Sebenarnya ada je jalan senang tuk menjelajah pulau ni, tapi katanya yang pergi semuanya adalah geng hiking.. Apalagi ketua kontijen bawaklah kitaorang menjelajah pulau menggunakan trek yang agak mencabar sikit. Tiada trek yang cantik ok. Mental tak kuat.. rabakkkkkk..Tapi takdelah serabak naik Gunung Kinabalu ker, Everest ker? .hahhaa :p Ni rabakkk ala-ala manja je. Oh! Lupa nak dingatlan kalau nak datang sila pakai kasut getah je tau.. kasut mahal-mahal tak laku kat sini.. jumpa batu licin dan berlumut, menggelongsorlah korang seperti kanak-kanak ribena. kikiki :p Comel gituu!
Batu yang telah dipotong-potong
Dipercayai nenas hutan. Tengok je mampu, makan takut beracun . hehhe
Gamat. Besor-besor bakhang. Nak pegang geli. Licin dan berair je badan dia.erkk memang tak sangguplah mummy nak pegang.
Ni hah gamat. Mamat sebelah mummy tu relax je pegang. Yang belakang tu takyah cakap lagilah penggeli.hahaha :p
Batu-batu karang yang terdapat disitu-situ. Semangat-semangat saiznya. Apalagi gamat sukalah dok menumpang sebelah dia.
Batu yang dipercayai berbentuk lukisan peta Pulau Nangka .
Batu-batu karang berwarna emas. Cantik sangat!
Habis sudah kitaorang round satu pulau. Kaji tempatlah, Kaji jumpaanlah, Kaji lokasilah untuk berposing bagai sebab tu , tempoh pengembaraan menjadi 3 jam walaupun dianggarkan pusing keliling pulau hanya 2 jam sahaja.
Apa aktiviti seterusnya? tunggu next entry okay sebab panjang sangat dah entry ni..
Thanks for reading! Wassallam..
27 Comments
Sarung tangan mummy tu lawo... nak pi carik jugak... serik berpanas... itam legam sampai skrg tak ilang...
ReplyDeleteMummy beli kedai 2 hengget ja... samala ngan mummy selalu pakai sweater cover panaih, ni masuk hutan ...sweater ? panas? oh tidak..so pakailah sarung tangan ni..hehhee
DeleteSS nengok gamat tu geli amat.... tu pasal dinama gamat kot.. kah kah kah....
ReplyDeleteTu baru tengok.. belum lagi pegang. Memang gamatlah donia nanti..kah kah kah :p
Deleteha ha ha... yer ke asal usul nama gamat tu macam tu...
Deletefirst time tengok nenas hutan,gitu rupa ye
ReplyDeleteaaa itulah rasanya kot nenas hutan. Mummy pun 1st time tengok.. hehehe
Deletebab gamat tu,eeee geli tgok mcm belut gergasi pun hado..
ReplyDeletemummy tak bawak blik utk komersial sendiri ke
hahhha
aaaa itulah gamat. Belut haluih ni beso.. tgk je dah geli apatah lagi pegang.. geli geli geli.. hahhha :p
Deletebatu karang tu,mula2 zie ingat tenggiling, mcm tenggilang je
ReplyDeletehahah lepas tu baru nmpak gamat keliling batu karang tu..eee geli sekali lgi
hahahha tenggiling dlm hutan la Zie.. takkan dia dok dlm air.. kikiki :p
DeleteOooo tak ada air n letrik ea...
ReplyDeleteerrrr nnt fikir balik - nak ikut ke tak.
hi hi hi
aaa takde.. lari dari kebiasaan kan lagi best! hehehe :)
Deletecantik pulau nangka ni
ReplyDeleteaaaa memang cantik Arz..
Deletepernah masuk majalah 3 hari tu kan...
ReplyDeleteaaa masuk majalah tiga.. dan semua paper aritu. gempar la kejap. hehhee
Deletebanyaknya gamat...ingat ular tadi yang kat batu tu
ReplyDeleteaaa gamat. beso beso gamatnya. tak yah pi Langkawi lagi lepas ni. hehhe
Deletebuah nangka ada x?
ReplyDeleteAaaa lahh nangka takde kat situ., keh keh keh :p
Deletegamat tu gamat tu..eeeeeeeeeeeeeeeeeee
ReplyDeletehahahhhaa
Deleteohh..ada harta karun..tapi bukan Ahmad Albab yg punya kan hehehe
ReplyDeleteaaa ada harta karun.,.. tapi bukan Ahmad Albab yg punya tapi Sultan Melaka yg punya.. hehhee :)
DeleteBila ada laginaktiviti cenggini...nak ikut boleh x?seronok tgok korang semua...
ReplyDeleteInsya Allah bole. tapi memang best la aktiviti cengini..
Delete