Pulau Nangka Melaka , Pulau Harta karun yang penuh misteri - PART 2
Assallamualaikum...
Sambungannya entry sebelumnya klik disini..
Selepas puas menjelajah, masing-masing sibuk dengan aktiviti petangnya.. Hah?! Apa aktiviti petangnya?
Aktiviti petangnya adalah BEBAS! hahaha :p
Mandi , main masak-masak serta makan dan makan lagi.. hahaa sampai kembong. Ada yang masak nasi goreng, masak makanan dalam tin cecah roti , kambing bakar, ayam bakar dan lain-lain lagi. Tak lupa jugak yang melakukan aktiviti apungan badan persis ikan dugong ditengah laut.. kah kah kah
Start dari petang tu lah semua lelaki yang hadir take over memasak. Kitaorang tukang makan je. hahaa Ada korang camping rasa pengalaman macam ni. hahahhhaha :P
Start dari petang tu lah semua lelaki yang hadir take over memasak. Kitaorang tukang makan je. hahaa Ada korang camping rasa pengalaman macam ni. hahahhhaha :P
Ni lah tukang bakor-bakor petang tu.. Ada yang bakar kambing dalam tanah, hurmmm hangit! Seketui pun takleh makan..hahhhaa Ada yang bakor ayam atas api..perghhh jenuh asap masuk mata tapi ayam dia bakorr sedap weyyy...tapi syukur malam tu memang ada seekoq nyamuk ja..yang lain dah lari nyorok sebab mata dah pedih! keh keh keh :p Sorang lagi bakor kambing atas dapur gas.. hah! tu sedap...nyaman je masuk tekak... Apa-apapun terima kasih semua , kenyang mummy petang tu..
Kambing Bakorr
Siput Timba.. Ada orang tu kutip takmo, tapi bila dah rebus.. habis dia sorang je hadap sebekas..hahahhaa Baru hang tau penangan Siput Timba. Mummy pun 1st time cuba..nampak cubaan itu telah mengenyangkan perut mummy. Rasa dia macam siput sedut je pun..hehhe :D
Ni namanya Teh Tarik Dawai.. sebab ikat pakai dawai teh-teh bebanyak tu... Sib baik sedap.. hehhe
Bab mandi pulak kitaorang mandi pakai mata air je..ala-ala gadis melayu berkemban tepi sungai mencedok air mengguna timba. adehh ! sadisss.. tapi seronok... yelahhh suatu kelainan dari kebiasaannyakan. hehhee Tapi kalo nak melabur saham yang besar cangkul ada disediakan pastu gambuslah balik. hhahaha :p tapi kitaorang simpan kedap kedap balik ke darat je nanti.kikiki
Bila Malam Menjelma..
Head lamp siap! Wisel Siap! Torchlight Siap! Tongkat Sakti lagilah siap.. Peace yo! Lebih kurang dalam pukul 9.00 malam kitaorang mula mendaki puncak bukit belakang tu. Gelap bakhang!
Aktiviti meredah hutan melawat beberapa makam yang terletak diatas bukit dan disedekah al-fatihah pada pejuang yang telah pergi. Ada jugak berlaku beberapa peristiwa ala-ala manja sebagai tanda salam perkenalan. Syukur Alhamdullilah takde apa-apa yang berlaku hehhee Biasalah lumrah masuk tempat orang. Selain itu juga kitaorang sempat meninjau batu-batu yang dipercayai batu yang menutup pintu masuk ke Gua yang dipercayai tersimpan harta karun tu. Terbelah dua , namun telah diselak dengan batu besar ditengahnya. Kalo nak angkat dengan kudrat manusia ..ishh tak termampu gamaknya. Badang je boleh kot yang boleh angkat hehhee.
Makam
Pintu Masuk Gua Harta Karun atas bukit. Nampak macam pernah dipotong batunya, tapi ditutup semula dengan batu yang lain ditengah.
Selfie dalam kegelapan. Nak welfie ramai-ramai takut dari bersembilan jadi 10, 11, 12..adoiilah! Aktiviti menjelajah tu berakhir lebih kurang sejam setengah. Waktu nak balik je macam tak jumpa jalan keluar sebab dipenuhi dengan pokok bakau yang tajam-tajam tu. Tapi syukur alhamdullilah semua selamat
Selesai aktiviti melawat tu, apalagi makan lagi lerrr..Lagiii...hahhaha tak tau la awat camping kali ni, asyik makan je kejenya. Rasanya 2 kilo kot badan mummy naik.ishhh!
Abam sado masak Murtabak maggi
Ni hah! Roti pintal. Kayu tu pakai ranting-ranting kayu yang telah dibuat segala kekotorannya. Pastu adunan roti dililit-lilitkan dan bakar sampai masak, bila dah siap cari kari Ayam atau daging.Cicah!! Sedap! Pastu minum ayaq kopi..hurmmm baru teringat patutlah mummy tak boleh tido malam tu..minum ayaq kopi rupanya..hahhaa :P
Malam tu juga mummy takleh tido .. sebab biasalah rasa macam tempat baru, belum lagi rasa macam orang jalan belakang khemah maybe budak-budak lelaki menjaga keselamatan kitaorang kot. Lebih kurang dalam pukul 3 pagi, riuh sekejap sebab hujan lebat dan ribut bakal muncul , dikhuatiri ada ranting atau pokok yang bakal tumbang. Syukur Alhamdullilah kejadian tu tak berlaku. Okay sambung tido balik.. sempat la tido dalam barang sejam dua. hehehe
Esoknya aktiviti ronda-ronda pulau, mandi persis ikan dugong, kutip siput timba dan mengemas pun bermula. Sebab boat akan datang pick-up kitaorang dalam pukul 11.00 pagi.
Esoknya aktiviti ronda-ronda pulau, mandi persis ikan dugong, kutip siput timba dan mengemas pun bermula. Sebab boat akan datang pick-up kitaorang dalam pukul 11.00 pagi.
Bukak bukak khemah nak solat subuh nampak ni dulu. MasyaAllah cantiknya ciptaan yang Maha Esa.
Test air dulu sejuk ke idak.. Ok tak sejuk.Jom jadi ikan duyung..fefeling giteww..hahaha :P
Kita mandi dulu!
Diapung-apungan. Tak berani nak takut sangat mandi kat sini. Sebab air dia jernih je.
Ada jugak aktiviti mengorek pasir..hah! nak buat apa ni melabur saham ker..?
Taklah nak amik gambo je pun..hehhee LOVE!
Bintang-bintang hati
Selamat Tinggal Pulau Nangka. Kami balik dulu na
So selesai sudah aktiviti perkhemahan group pertama ke Pulau Nangka. hehhee
Kalau ada yang berminat nak join atau terdapat sebarang
pertanyaan bolehlah menghubungi :-
En. Nurman : +6011-1514 9607
En. Kamal : +6013-692 5598
Thanks for reading! Wassallam
23 Comments
berjalan jeee keje mummy ye. eh bru perasan header baru. omelnyee!
ReplyDeletehehehehehe.. Jom Farah jomm! Macehh omelkan.. 😊
Deleteteh tarik tu memg mengan cam giler.mesti kaw2 pun rasa.terus teringin nak minum tejh tarik buih la mummy,,,,,
ReplyDeleteaaa memang dap dap teh tarik tu Zie.. Apalagi lekaih pi pekena teh tarik.. yummy!
Deletekemain mummy temgelam timbul main air laut..
ReplyDeletehahha
hahhahhaa.. best wooo!
Deleteseronoknya....
ReplyDeletehehhehee.. best nieyl!
DeleteWah! Bab bbq tu paling best. Dah la disajikan dengan keindahan alam kan. Phew!
ReplyDeletekannn... BBQ dan camping memang tak dapat dipisahkan..hehehe :D
Deletemummy .... best nya ...
ReplyDeletenext time nak ikottt boleh tak...
hihihi
Best Huda.. Jom jom
Deletewah best bermalam di pulau nangka...pengalaman yang menarik....
ReplyDeleteaaa best Arz.. nanti try la pi camping. Best!
Deletebestnya brmalam dpantai..:)
ReplyDeleteHi Kak Nor.. aaa best.. :)
Deletebestnya mommy.. lama da tak g bersantai cm ni sejak kawen.. hehe.. ayam bakor tu menggoda. lawa semua gmbr.suka tgk
ReplyDeleteAa best UA. Nanti try la bawak hubby ngan anak2 pulak.. mesti lg best.. hehehe
Deleteseronoknya mummy dapat g aktiviti mcm ni..dapat tdo khemah bbq..adehh rindu nk buat aktiviti mcm ni
ReplyDeleteaaa memang best! Nanti cubalah best.. !
DeleteDah lama x pi camping ni...macam menarik je...
ReplyDeleteMemanh best! Cubalah nanti., :)
Deletesyok mummy pergi holiday ya.... berapa ucang teh dia guna hahahahhaa
ReplyDelete