Mango Float Royale Melaka Viral
Assallamualaikum...
Di Melaka , sememangnya terkenal dengan pelbagai jenis makanan dan minuman yang viral. Macam dulu Ice Cream Pasu la, Coconut Sake Klebang la, Steamboat Api-api, Satay Celop dan pelbagai menu lain. Ada yang sedap dan ada jugak yang tidak. Tapi disebabkan pegaruh media sosial, ianya menjadi sebutan dari mulut ke mulut sehingga viral. Apa-apapun ianya semua bergantung pada tekak masing-masing sebab rasa "SEDAP" itu subjektif... So kalau mummy kata sedap, maksudnya sedaplah tekak mummy tapi ianya tak semestinya sedap pada tekak orang lain ..Tak giteww.. kann
Nanti kalau rajin mummy akan listingkan antara-antara lokasi kedai-kedai makan viral di Melaka.. Dasyat nau Melaka ni kan. Banyak sangat tempat viral sampai kena buat listing.. ehhehe
Mango Float Royale Melaka ini juga merupakan salah satu kedai atau menu viral yang terdapat di Melaka. Percaya atau tidak ini juga merupakan kali pertama mummy kesitu. Alasan tak pernah pergi? Sebab mummy memang jenis manusia yang malas nak beratur dan jenis manusia yang tak suka dengan tempat crowded macam tu especially musim cuti sekolah la. Bezanya kali ni mummy pergi waktu office hour yang belum melepasi pukul 5 petang. So orang tak berapa ramai la..
Mango Float Royale Melaka ni bagi mummy sedaplah.. Cuma yang tak berapa puas nak minum , ais dalam itu tak di blendedkan .. seketul-seketu! mummy kena minum. Adeh tak suka betui! Kalo dia blended kan lagi syok dan sedap tekak ni nak terima macam Coconut Shake tu. Dasat malas nak kunyah 44 kali la tu kan..hahha :p
Mango Float Royale Melaka
Lokasi Mango Float Royale Melaka ni terletak di Sungai Putat , Batu Berendam Melaka.
RM 5.00 satu bekas bersaiz giant. Kat sini dia dah siap-siapkan pack, just amik dan bayar. Tak payah penat-penat nak melanggut kat kaunter. Bayar dan blah! Hahhaa dan kata nama sopannya self service. Hehehe
Selain Mango Flood terdapat pelbagai menu lain yang terdapat di situ. Antaranya Laksa Sarang Telur , Mee Sup , Meat Ball, Churros dan pelbagai menu lain yang mengelilingi Gerai Manggo Float ni. Just pilih dan bayar. Then angkat la makanan tu kat mana-mana korang nak duduk.
Yang ni Min order Cendawan goreng dengan Mayonis. RM 10.00 Kurang tepung , isi banyak.. So makanlah mummy dengan klik makan mummy, Min sampai mengah! Hahaa 😝
Kesimpulannya.. kalau nak datang cuba boleh datang bukan waktu musim cuti , tapi kalau nak datang pada musim cuti.. jangan merungut kalau kena beratur panjang.. Rasa.. Sedap! Manggo tu banyak.. sampai penat nak kunyah! Kunyah ais.. hahaha
Selamat Mencuba ye! Thanks for Reading! Wassallam..
16 Comments
sekarang ni mcm2 jenis minuman sedap ... nak memilih tu kadang2 sampai tak tau nak yg mana satu ... nampak minuman mango ni mcm sedap , dah lah cuaca panas ni ...hehe.
ReplyDeleteKan.. byk sgt dah air yg creative2 ni , tapi sekali sekala bolehlah.. Mau bankrap hari2 minum ..hehhee
DeleteTapi memang sedap pun air ni..yummy!
ada tgk kwn2 yg p melaka singgah kt tmpt ni...ada rezeki ke melaka bole la try
ReplyDeleteha..boleh lah try.. dekat ja Melaka ni..hehhe
DeleteAlaaaaaa........nak jugak..mesti sedap sejuk je lalu kat tekak..x jumpa lagi kat KL nie...ish...mommy Julia ni...neka kena ni tayang kat sini...
ReplyDeletesedap SA.. mai mai sini rasa. Lgpun Kl takdak kan..hahaha... :p
DeleteSedapnya.. kebetulan mama kat Melaka ni. Kalau terjumpa bolehlah rasa
ReplyDeleteMama dah rasa lom? Sedap.. rasa penuh mangga tu jelas terasa ditekak..haha
Deleteassalamualaikum mummy...
ReplyDeletelong time no see.
masuk2 terus nampak makanan
Wslm Huda Comey... Tulah mai la sini. hahaha tulah nanti kalo mai lagi Melaka , boleh la pi .. :D
Deletemummy sihat?
ReplyDeleteSyukur Alhamdulillah dah sihat sikit.. Huda sihat?
Deletepos pi joho leh tak mummy? ha ha ha
ReplyDeleteTakleh..Nanti posmen minum ..ahhaa :p
DeleteWah.. Nmpk sedap. Nnti kalau pergi Melaka boleh try ni..
ReplyDeleteKann.. Nanti mai Melaka jgn lupa try tau Cik la..Yummy!
Delete