Kawan Baik Zaman Belajar Dulu Kahwin
Assallamualaikum..
Memori zaman belajar adalah suatu perkara yang tak mungkin dilupakan. Zaman mula belajar berdikari disebabkan oleh jauh dari keluarga. Disitu kita mula kenal erti sahabat dan belajar untuk berdikari. Walaupun mummy dah biasa duduk diasrama , tapi asrama dengan rumah mummy jaraknya hanya satu kilometer je. So memang takde keje lain ..kejap-kejap muncul dengan pintu rumah..hahaha memang tak feel langsunglah..hahhaa
So bila sambung belajar lepas habis SPM , merasalah berjauhan dengan keluarga dalam erti kehidupan sebenar. Keluarga mummy dulu susah, so nak mintak itu ini memanglah susah, so hiduplah dengan kengkawan sememangnya kita belajar erti berdikari. Buat keje part time , makan ala kadar dan sebagainya. Almaklum la dulu mummy belajar dalam bidang yang peralatannya boleh tahan harganya. Nak kena beli kamera, board itu, board ini, peralatan lukisan yang mahal dan sebagainya. So bab makan , makan je ala kadar. Pernah jugak mummy keje sekejap... so merasalah kejap belajar guna duit sendiri.heheh
Tinggal yang ni... Yang MIA sudah.. Cari gambaq lama zaman kolej tak jumpalah pulak. Kalo ada mummy tempek kat sini na..Confirm koranng tak kenai..hahaha
Alamak gambaq ni dah pi tutup terus muka mummylah pulak.. satg cari lain la..Gigih sangat tau! hahah :p
Waktu belajar ni jugaklah mummy mengenali beberapa orang sahabat.. Awien, Moon , Imah, Jiha , Min, Kak Watie , Dang, Bandee , Hendry, Sha, Bee Bee ( sama Course -Art and Design ) dan beberapa lagi kawan lain Course macam Multimedia , Management dan IT. Tapi paling rapat confirm-confirmla yang sama course . Duduk asrama pun dengan Moon dan Awien. Imah dan Jiha penumpang tetap bilik asrama kitaorang walaupun dorang ni ulang alik kejenya ke kelas. Tapi bila ada assignment nak hantar dorang berumah tangga la kat bilik kitaorang.. Sempit tau! hahhah Menggelimpangan tidurnya..hahaha :p tapi kitaorang okay je.. dah biasa . Layankan aje..hehe
Hari berganti hari, Tahun 2000 kitaorang tamat belajar dan masing-masing bawak haluan masing-masing kini dah jejak tahun 2017. Masing-masing dengan kehidupan masing-masing. Ada dah kawin , ada dah single in advance , ada jugak yang still single mingle dan yang penting masing-masing bahagia dengan kehidupan sekarang. Pernah jugak dulu , tetiba lost contact.. tapi tup tup jumpa balik.. Waktu tu mummy dah anak dua. Dari mummy gemoks ( Waktu belajar) dan kurus bila dan bersalinkan hero kecik.. " Dorang cakap kalo jumpa tepi jalan ni mesti tak kenal mummy..hehehe) lain benorr...
Baru-baru ni , Awien kawin.. Kitaorang berjumpa lagi untuk sekian kalinya. Awien ni roomate mummy.. Kalo takde duit kitaorang makan Telur ngan nasi dan cili padi ja. So banyaklah kenangan kat situ. Share secret admirer, share bilik, share peralatan melukis dan macam-macam la share. Pi kelas sama-sama even ponteng kelas pun sesama..ahhaa :p
Dari Penang ke Pendang Kedah bertemankan Anak Buah adan Adik Bongsu. Si Adel tengok Mak Long pun heran.. Kejap ada kat umah tok, kejap hilang ..hahhaa Mak Long duduk jauh sayang..
Mummy dan Room Mate zaman Kolej
Awat nampak mummy macam dukung anak ni..haishhh
Mummy , Awien dan Husband dan Imah.
Sekarang Awien dah kawin Merdeka aritu 31 Ogos 2017.. Selamat Pengantin Baru.. Moga kekal bahagia hingga ke syurga. walaupun zaman kawin tak akan sama dengan zaman bujang sebelum ni.. walaupun tak kan ada sesi buat ketupat lepas balik keja.. Takpa! kenang daku dalam doamu pun sudah mencukupi.hehhee Walaupun dulu kita ramai geng , la ni tinggal bertiga ja yang aktif Acu aka Mummy dan Imah, we still best friend forever..Love U!
Thanks for Reading! Wassallam..
6 Comments
Selamat menempuh alam berumahtangga buat mempelai
ReplyDeleteSemoga kekal bahagia selamanya.
Amin..Macehh WP.. :D
DeleteCantik pengantinnya
ReplyDeleteKann.. berseri-seri..hehe :D
DeleteMummy patut pinjam crown tu... Pastu nyanyi ayam mee... he he he...
ReplyDeleteeee saja je tau. Nak membahan mummy lerr tu..haip!
Delete