10 Lokasi Wajib Dilawati di Melaka dalam sehari dengan cara paling murah

by - October 05, 2017

Assallamualaikum..

Mana tempat best nak pergi di Melaka yer ? Tulah soalan paling ramai tanya kat mummy bila tibanya musim cuti . Sebenarnya kat Melaka ni memang banyak sangat tempat yang menarik .Sampai tak tersenarailah!  Tapi kali ni mummy suggestkan beberapa tempat yang mudah untuk korang lawati dari pagi sehingga ke petang. Malam pulak, korang boleh melawat ke tempat lain pulak, so jimat masa. So dalam satu hari korang boleh melawat 10 lokasi di Bandar Hilir. Tak payah susah cari parking. Just parking satu tempat korang akan merasai betapa bestnya Melaka dengan beberapa landmark sejarah. Budget pun tak sampai RM 70 hengget gitewww .  Murahkan ! Kalau pergi lagi ramai , boleh share-share budget ...

Ni antara lokasi-lokasi wajib yang akan mummy cadangkan kepada kawan-kawan yang bercadang ke Melaka. Mostly dorang nak yang lokasi yang murah-murah je, tapi best! Tak perlu nak bayar sampai RM 30 hengget satu lokasi. Tapi lokasi tu akan memberi impak yang best dan hasil gambar yang manarik. Ni antara gambar-gambar dalam simpanan mummy. Moga bermanfaat !


10 Lokasi Wajib Dilawati di Melaka dalam sehari dengan cara paling murah ( RM 70 ke bawah)


1. Kota A Famosa / Porta De’ Santiago
Bila sebut Melaka memang tak sah kalau tak ke A Famosa. Terletak ditengah-tengah Bandar Melaka. Serba sedikit mengenai A Famosa. Ianya merupakan nama kubu yang dibina oleh orang Portugis selepas menakluk Melaka pada 1511. Sebaik sahaja mereka menawan Melaka, Portugis menggunakan buruh paksa untuk membina kubu sementara bagi menangkis serangan orang-orang Melayu, sementara mereka membina kubu utama yang digelar "A Famosa", atau secara rasminya Kubu Melaka (Fortaleza de Malaca). Kota A Famosa mengambil masa selama 5 bulan untuk di bina. Akibat suhu panas terik dan kekurangan makanan, ramai buruh paksa yang mati ketika membina kota tersebut. Bahan bagi membina kota tersebut diambil dari runtuhan masjid , dari kampung-kampung berhampiran dan bangunan lain disekitarnya. 

Waktu Operasi : Bila-bila masa
Harga Tiket : PERCUMA
Lokasi : Belakang Dataran Pahlawan


 Bahagian dalam Kota A Famosa

Bahagian tepi.  Kalau yang minat sejarah , berhampiran kota itu ada disediakan signage penerangan . So jangan risau, korang tak akan mensia-siakan lawatan ini. 


2. Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka

Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka yang mempunyai keunikan dalam seni bina ketika zaman Sultan Mansur Shah ini mempamerkan diorama mengenai Balairong Seri (tempat bersidang Sultan), diorama pertarungan antara Hang Tuah dan Hang Jebat, diorama Tun Kudu dan sebagainya. Selain itu, muzium ini juga turut mempamerkan pakaian dan perhiasan yang digunakan oleh Sultan dan Pembesar – Pembesar Istana seperti tengkolok, keris serta perhiasan yang digunakan oleh permaisuri.

Waktu Operasi : 9.00 pagi- 5.00 Petang
Harga Tiket : RM 5.00 Dewasa , RM 3.00 kanak-kanak
Lokasi : Bersebelahan Kota A Famosa

Dibahagian hadapan pintu masuk Muzium Istana. 

Diorama Pertarungan Hang Tuah dan Hang Jebat. 


Muzium yang penuh bercirikan Kesultanan Melayu Melaka yang unik dan menarik.


Tingkat atas Muzium Istana yang menempatkan pelbagai busana dan aksesori zaman kesultanan Melayu Melaka
Istana Kesultanan Melayu Melaka

3. Bukit St Paul
Bukit ini merupakan bukit yang sederhana tinggi dengan keluasan yang terhad. Kedudukannya bersempadankan sungai dan pantai Selat Melaka. Sebelum dibuka, bukit ini dan dipersekitarannya didiami oleh orang-orang selat (Orang Laut) yang kehidupan hariannya sebagai nelayan.

Bukit ini mendapat nama sebagai Bukit Melaka apabila Parameswara (Iskandar Shah) menjadikan kawasan persekitaran bukit ini sebagai pusat pemerintahan. Nama Melaka juga merangkumi keseluruhan tanah semenanjung. Selat yang memisahkan tanah semenanjung dengan Sumatera dikenali sebagai Selat Melaka. Diatas Bukit ini jugalah terbina Istana Kesultanan Melayu Melaka namun ianya telah musnah dibedil oleh kuasa Portugis. Pada zaman Portugislah Gereja St Paul dibina diatas tapak Istana Kesultanan Melayu Melaka .

Setelah 130 Tahun Postugis memerintah Melaka, ianya telah diserang oleh Belanda . Namun Gereja St. Paul. Fr. Francis Xavier tidak lagi digunakan setelah tertubuhnya Gereja Christ. Malahan Gereja St Paul hanya digunakan sebagai tapak perkuburan pembesar-pembesar Belanda masih di dalam ruang utama. Pada bahagian belakang gereja, pemerintah British membina rumah api mengantikan rumah api yang dibina oleh Portugis bagi tujuan sebagai panduan kepada kapal-kapal yang selalui selat Melaka.

So kalau malam-malam korang nak menaiki Bukit St Paul tu memang agak ngerilah jugak walaupun pemandangan dari atas Bukit ini amat cantik . Menggambarkan keseluruhan dan keindahan malam di Melaka

Waktu Operasi : Bila-bila masa
Harga Tiket : PERCUMA
Lokasi : Atas bukit ( Naik tangga bermula dari 
belakang Kota A Famosa)







Dikelilingi oleh Kubur-kubur Belanda


Betulkan tali kasut sat. Kasut Doodle Shoes by JA.


Busking diatas Bukit St Paul

4. Menaiki Beca ( 2 Orang)
Beca oh! Beca.. Beca kat sini lain dari negeri-negeri lain yang lebih antik dan formal . Di Melaka Becanya lebih meriah dengan pelbagai jenis konsep dan tak mungkin akan dapat dilihat dan dinaiki di negeri-negeri lain. Pelbagai tema yang terdapat bagi beca di Melaka ini. Antaranya Hello Kitty , Frozen , Batman , Spiderman dan pelbagai lagilah. Sewaktu menaiki beca ni, lagu-lagu yang bersesuaian akan dimainkan sepanjang perjalanan. 

Mummy menaiki beca ni bermula dari hadapan Muzium Rakyat  kemudia terus ke Bangunan Merah so bolehlah posing sekejap , seterusnya ke Muzium Kapal Flor De La Mar , Taming Sari dan seterusnya ke Muzium Rakyat kembali. Setiap check point akan diberikan beberapa minit untuk turun dan mengambil gambar. Semuanya berharga RM 50 sekali perjalanan. Mulanya rasa macam tak puas dengan harga yang diberi dan check point-check point tu. Tapi apa nak buat, dah malas berjalankan..hahaha So ni cara paling mudah untuk Si Pemalas berjalan macam mummy..hahaha :P


Waktu Operasi : 9.00 Pagi -11.00 Malam
Harga : RM 50 ( Pusing dari Muzium Rakyat- Bangunan Merah - Kapal Flor De La Mar-Taming Sari- Muzium Rakyat)
Lokasi : Hadapan Kota A Famosa / Hadapan Muzium Rakyat / Hadapan Bangunan Merah



5. Bangunan Stadhuys dan Jam Besar 

Bangunan Stadthuys yang bermaksud Dewan Bandaran dibina oleh pemerintah Belanda pada tahun 1650an setelah mengambil alih Melaka daripada Portugis pada tahun 1641. Bangunan setinggi empat tingkat mengikut teres Bukit St. Paul seluas 49,200 kaki persegi, menjadi kediaman Gabenor Belanda sehingga awal kurun ke 18 di samping menjadi pusat pentadbiran Belanda sehingga 1824. Pemerintah Inggeris menjadikan bangunan ini sebagai pusat pentadbirannya. Bangunan Stadthuys terus menjadi pusat pentadbiran negeri Melaka hingga akhir tahun 1979. Warna asal bangunan ini adalah putih. Ianya ditukar kepada warna merah pada tahun 1820an dan kekal disebut orang sebagai Bangunan Merah.  


Waktu Operasi : Bila-bila Masa
Harga : PERCUMA
Lokasi : Jalan Bendahara berhadapan
 Muzium Sejarah dan Ethnography ( Bangunan Merah)

Salah satu keunikan tangga yang terdapat di Bangunan Stadhuys. Ianya bukan pintu apatah lagi tingkap. Mungkin sekadar untuk posing kot..keh keh keh 



Dibawah jam besar.. Tepi tu ada Victoria Fountain.
Anw Panas weiii nak posing kat situ.


I Love Melaka 

6. Muzium Kapal Flor De La Mar


Muzium Samudera yang merupakan model kapal Nau Portugis yang berfungsi sebagai kapal dagang dan perang ketika abad ke 16 dan 17. Muzium ini telah dirasmikan oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad pada 13 Jun 1994. Muzium ini mempamerkan sejarah Kesamuderaan Melaka bermula


Selain itu, muzium ini turut mempamerkan replika kapal dagang, mata wang yang digunakan, sistem pertukaran barangan, diorama rempah ratus dan sebagainya. 

Waktu Operasi : 9.00 Pagi- 5.00 Petang
Harga Tiket : RM 5.00 Dewasa , RM 3.00 Kanak-kanak
Lokasi : Banda Hilir ( Berhadapan Medan Samudera)

Posing berhadapan Bilik Kapten


kena kuatkan sikit kaki tu kalau nak memanjat hingga ke tingkat atas. 


Dah dah meh balik meh..

 7. Menaiki Kereta Kuda 
Seronok sekali sekala menaiki kereta kuda ni, mummy ni walaupun dah banyak kali naik , still tak pernah lagi rasa bosan. hehhe.. Yang lagi best! Kereta kuda ni melalui beberapa kawasan di sekitar Jalan kota seperti Bangunan Memorial , Kota A Famosa, Muzium Dunia Melayu Dunia Islam , Muzium Setem ( Sekolah Gambar Pertama ), Muzium Rakyat , Muzium Umno dan juga Muzium Islam). Harga pun takdelah mahal sangat. 


Waktu Operasi : 10 Pagi- 6 Petang
Harga Tiket : RM 10 Dewasa , RM 5 Kanak-kanak
Lokasi : Jalan Kota berhadapan Muzium Dunia Melayu Dunia Islam  ( Bangunan Putih)


Wah nampak tak mummy fefeeling tourist walaupu hari-hari keje kat area tu.hahha
Bagi cann arr..hahha


Selfie ngan Abam Kacak


Hadapan Memorial

8. Keretapi / Kapal Terbang di Jalan Kota

Waktu Operasi : Bila-bila masa ( Better pergi waktu siang)
Harga Tiket : PERCUMA
Lokasi : Berhadapan Muzium Rakyat ( Ada Replika Dinasour hadapan Muzium ni)






9. Jonker Walk

Jonker Street ni sememangnya menjadi tumpuan bagi pelancong dalam dan luar Melaka. Malahan pelancong antarabangsa juga tak terkecuali. Bukan setakat itu sahaja , ianya menjadi tumpuan utama. Menariknya disini terdapat pelbagai jenis hasil kraftangan daripada warga Melaka , ada jual air kelapa yang sudah dibuat kulitnya , kuih tart, kuih buah Melaka, souveniar , dan macam-macam lagilah. Baik pergi sendiri , nak citer panjang-panjang pun tak reti. hehhehe

Waktu Operasi : Bila-bila masa tapi kalau nak best pergi hari JUMAAT, SABTU, AHAD sebab ada pasar Malam
Harga Tiket : PERCUMA
Lokasi: Jalan Jonker 

Jonker Walk

Terompah yang telah dikomersialkan

Waktu ni mummy pergi masih tak meriah lagi, tunggu malam.. nak jalan pun tak boleh. Cuma kalau macam tu berhati-hatilah dengan handbag korang. Takut ada yang kena toreh #tips

10. The Daily Fix Cafe 

Kat sini takdelah apa sangat yang menariknya cuma mummy selalu tergoda dengan barang-barang antik yang digunakan didalam cafe ini. Signage pintu masuk pun pakai televisyen antik. Belum lagi amik order segalanya nampak antik dan klasik. Menu? tak pernah pulak makan dan minum kat sini walaupun tengok orang selalu ramai masuk situ.hahaha.. Tapi korang bolehlah pekena secawan kopi bagi menghilangkan lelah setelah seharian meronda di Jonker Street. 

Waktu Operasi : 11.00 Pagi-10.00 Malam
Harga : PERCUMA kecuali order makan dan minum
Lokasi : Didalam deretan kedai-kedai di Jonker Street

Bahagian hadapan Cafe

Decor dalam Cafe

So bagi sesiapa yang ada merancang untuk ke Melaka bolehlah pergi ke tempat-tempat yang dicadangkan seperti diatas. Murah pun murah especially pergi secara berkumpulan mahupun berkeluarga. Malahan dengan cara ini juga dapat mengelakkan kita membuang masa diatas jalan raya dari satu tempat ke tempat yang lain. Almaklum la Melaka ni musim cuti boleh pengsan dengan kesesakkan lalu lintasnya. Ditambah pulak Melaka bukan sahaja terkenal dengan tempat-tempat menarik , malahan kaya dengan traffic light.hahah :p

Thanks for Reading! Wassallam..

You May Also Like

22 Comments

  1. oh ada naik kuda juga..biasa naik beca ..tq for sharing tmpt2 utk dilawati

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaa ada kuda.. Naiklah murah je jika nak dibandingkan dengan beca.. hehe

      Delete
  2. cafe tu je belum pernah pergi lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa2 aje cafe tu.. Suka pi tengok deco dia je..heheh Semua antik!

      Delete
  3. Kite nak g Melaka, tapi bila bab lawatan sambil belajar dgn budak2 ni rs renyah, mungkin boleh pergi satu/dua tempat. pergi bnyk2 kan, mak jadi tarzan, hahhah..
    tq for sharing :-))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Datanglah.. Ok je kalau nak bawak budak2.. Suh je dorang beratur sambil jalan. bab jadi tarzan tu memang mummy selalu je nampak,tarzan dikota..keh keh keh

      Delete
  4. Bila lah nak sampai Melaka lagi ni. Hahah. Banyak tempat yang teringin nak pergi lagi. Boleh lah lepas ni buat trip ke Melaka lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Datanglah Nanie.. Mummy ni pun lama dah tak meronda.. Dok umah makan tido je, tggu kawan2 luar dr Melaka dtg baru jenjalan..hehe

      Delete
  5. A Famosa tu pernah pergi sekali je. hahaha. nama je orang melaka , tapi tak nyinggah kemana pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. Ala A Famosa tu tempat tuk posing ja..hahaha Ala org Melaka bila2 masa je boleh dtg... hehe

      Delete
  6. Semua dah pegi... Kecuali no 10...

    ReplyDelete
  7. Mmg berbaloi laa area dekat2 je kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaa Senang ! save minyak dan senang parking.. hehe

      Delete
  8. Nak gi melaka tapi belum berkesempatan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe Melaka tak lari..Bila2 masa boleh mai sini..hehe

      Delete
  9. jonker walk tu nanti nak gi.
    tak pernah bwk anak2 lagi, MJ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mummy pun jarang bawak hero2 pi situ.. Sebab dorang ni kang dah macam pelancong semua nak beli.. Hadiah tuk awek la, gift kat org tu, org ni lah..adoii pitam mummy.. hehe

      Delete
  10. BANYAK TEMPAT MENARIK DEKAT MELAKA KENA RANCANG KALAU NAK G SANA NANTI

    ReplyDelete
    Replies
    1. Datanglah Ekin.. Melaka selalu menanti-nantikan kedatangan Ekin..hehhe

      Delete
  11. Melaka memang banyak tempat menarik tapi tak terkunjung..hahaha...anatara tempat di atas ada beberapa saja yg pernah dtg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah byk sgt.. nak berkunjung pun tak larat..ehhe

      Delete