Bajet 2018 Negeri Melaka

by - November 29, 2017

Assallamualaikum..

14 senarai bajet telah diumumkan oleh Ketua Menteri Melaka bagi tujuan pembangunan dan pengurusan termasuk bekalan dan sebagainya sekaligus menjadikan ianya bajet surplus yang memperuntukkan RM373.67 Juta .Bajet ini diumukan merangkumi bajet meliputi kumpulan B40 , penternak, nelayan dan juga guru-guru bersara.




14 Senarai Bajet itu adalah :

  1. RM 2.8 Juta bagi Pembaikan rumah bagi golongan kurang berkemampuan secara berterusan untuk tahun 2018.
  2. Sumbangan RM 250 seorang bagi Pesara Tentera yang tidak berpencen (Anak Melaka)
  3. Sumbangan RM 300 (one off) kepada Anggota RELA yang tidak berpencen dan berumur 60 Tahun ke atas ( Anak Melaka)
  4. Ganjaran sebanyak RM 300 Nelayan.
  5. Sumbangan 10,000 unit cermin mata kepada warga emas yang kurang berkemampuan.
  6. Ganjaran sebanyak RM500 seorang kepada pelajar lepasan SPM,STPM,STAM yang mendapat keputusan cemerlang bagi menampung keperluan untuk melanjutkan pengajian.
  7. Ganjaran kepada pelajar UPSR yang mendapat A dalam semua mata pelajaran (RM100)+ RM 150 (Bagi keluarga berpendapatan B40 iaitu RM 250 keseluruhan).
  8. Sumbangan one off sebanyak RM 500 kepada guru pendidikan /guru KAFA yang bersara mulai Disember 2017 hingga 2018.
  9. Sumbangan RM 500 kepada jemaah haji berusia 60 tahun ke atas untuk kali pertama mengerjakan haji.
  10. Sumbangan SSPN-i RM 50 bermula bagi kelahiran 2018 (Peningkatan dari RM20)
  11. Sumbangan RM 300 diberikan kepada Ibu Tunggal yang tidak berpencen berumur 69 tahun ke atas , golongan B40 & anak yang tidak bekerja tetap.
  12. Bayaran RM 300 diberikan kepada buruh PBT (Bergred 11) yang telah berkhidmat 25 tahun ke atas tidak berpencen dan berumur 70 tahun ke atas (one off) dibayar pada Januari 2018.
  13. Orang muda bawah umur 30 tahun yang terlantar sakit lebih 1 tahun akan dibayar RM 500 seorang.
  14. Bonus kakitangan awam negeri Melaka akan menerima RM 1500  dan tambahan RM 500 yang akan dibayar pada awal Januari RM 1000 dan RM1000 pada musim perayaan mengikut kaum yang menyambut perayaan masing-masing.

Thanks for Reading! Wassallam

You May Also Like

3 Comments