Hotel budget di Melaka Costa GuestHouse and Spa Melaka

by - December 08, 2017

Assallamualaikum..

Melaka sememangnya terkenal sebagai destinasi percutian yang cukup popular terutamanya apabila tibanya musim cuti sekolah. Terutamanya bagi pelancong dari Singapura , Johor , Kuala Lumpur , Selangor malahan negeri-negeri dibahagian utara juga tidak terlepas daripada melawati negeri  Melaka ini yang terkenal juga sebagai Bandaraya Bersejarah dan Bandaraya UNESCO . 

Disajikan dengan pelbagai tarikan pelancongan  seperti tinggalan bangunan-bangunan bersejarah , masyarakatnya yang berbilang kaum ( Baba Nyonya , Chetti, Portugis, Baba Nyonya , Melayu, Cina dan India) , Bangunan Stadthuys, Clock Tower, Istana Kesultanan Melayu Melaka, Memorial Kemerdekaan , Jonker Street , Bukit St Paul, Kota A Famosa dan pelbagai lagi. 


Baru-baru ini mummy dan hero-hero telah menginap di sebuah guest house yang terletak ditengah-tengah Banda Hilir memandangkan keesokkan harinya mummy perlu menghadiri aktiviti berbasikal di office mummy.  Alasan perlu menghadirkan diri seawal 6.30 pagi di lokasi dimana aktiviti basikal bermula, saja je mummy membawa hero-hero menginap disitu. Saja memberi mood seronok kepada anak-anak.Malam tu sempatlah jugak mummy lepak kat Dataran Pahlawan dan ke Uptown Pahlawan yang berhadapan dengan Taming Sari tu.Jalan kaki je okay... Seksa nak hadap jem kalau hujung minggu kat area ni.  So kalau mummy stay kat sini boleh jalan kaki je ke muzium . Senang sikit. Lagipun harga kat sini cukup berpatutan.



Hadapan Costa Guest House and Spa . Terletak bersebelahan Bee Museum dan berhadapan dengan Updown Side House Melaka .

Pintu masuk Costa Guesthouse and Spa yang penuh kehijauan.

Kaunter pendaftaran /receptionist

Bukan itu sahaja lokasinya yang terletak di tengah-tengah kesibukkan dengan kepelbagaian produk pelancongan , Costa GuestHouse and Spa merupakan pilihan yang cukup sesuai .Strategik! Disajikan dengan kepelbagaian kemudahan disekelilingnya seperti Uptown Bazaar pada Sabtu dan Ahad, Taming Sari, Muzium Kapal Flor De La Mar , Muzium Istana, Jonker Street dan Pasar Malam Jonker Street ( Jumaat , Sabtu dan Ahad) , River Cruise , Bangunan Stadhuys , Mahkota Parade , Dataran Pahlawan dan pelbagai lagi tarikan pengunjung yang hanya memerlukan 5 hingga 10 minit sahaja jarak perjalanan samada berjalan kaki mahupun berkenderaan. 

Ok jom kita intai antara bilik-bilik yang ada disini.Oh! lupa nak bagitau , Costa Guesthouse dan Spa ini juga mempunyai beberapa bilik spa ditingkat bawah dan tingkat atas. So kalau korang penat berjalan mengelilingi Melaka boleh mendapatkan khidmat urutan kat sini. Ok ni antara bilik-bilik spa yang terdapat kat sini.

Yang ni kat tingkat bawah sekali. Boleh urut kaki. Ruang menunggu pun luas.

Ni tempat cuci kaki sebelum urutan kaki dilakukan.

Ni untuk bilik spa pasangan untuk suami isteri .

Ni untuk bilik seorang


Costa Guesthouse dan Spa ini merupakan sebuah guest house yang selesa , bersih dan harganya cukup  berpatutan .Malahan bilik yang terdapat disini berkonsepkan spa yang cukup mendamaikan. 



Terdapat 4 Jenis Bilik di Costa Guess House dan Spa ini. Antaranya :-



1. Deluxe Room ( King Size)

Weekdays : RM 100.00
Weekends : RM 120.00


Katil King.

Hanya bilik jenis Deluxe sahaja disekalikan dengan bilik air dan tandas. 


2.Standard Room ( Queensize + Bath Tup)

Weekdays : RM 60.00 - RM 70.00
Weekends : Rm 80.00 - RM 90.00










3.Standard (Single Twin)

Weekdays : RM 60.00- RM 70.00
Weekends : RM 80.00- RM 90.00






4.Family ( Queen Size + 2 Single Matress)

Weekdays : RM 100.00
Weekends : RM 140.00



Untuk pengetahuan korang juga bilik-bilik yang terdapat disini tidak disertakan dengan tandas tetapi hanya disambungkan dengan bilik mandi sahaja.  So tandas terdapat diluar bilik. Agak pelik tapi tulah mummy pun tak pasti kenapa. Tapi takdelah jauh sangat dengan bilik. tak sempat tarik nafas dah jumpa tandas.


Tandas di luar.

Koridor/Ruang berjalan kaki

Ruang menonton televisyen juga tidak disekalikan didalam bilik bagi memberi mood yang lebih selesa kepada pengunjung yang tinggal disini.


Untuk Maklumat Lanjut dan Pertanyaan mahupun tempahan boleh menghubungi :


Pn. Faridah Binti Ismail

016-896 5116 / 016-332 5449

Lokasi: 

Costa Guess House and Spa 

Jalan PM7, Plaza Mahkota ,
75000 Melaka
Tel : 06-281 666 Ext 8260



Waktu Operasi : 
12.00 pm- 12 .00 malam


 Thanks for Reading! Wassallam.

You May Also Like

14 Comments

  1. bestnyaa. syok kalau dapat lokasi strategic kan, boleh menapak je kemana mana. sana dah la area jem

    ReplyDelete
    Replies
    1. aa best... Senang je kalo dok sini nak menapak kemana-mana area Banda Hilir, boleh pi Mahkota Parade, Dataran pahlawan, muzium , Taming Sari dll..semua dekat je, jalan kaki pun boleh.. :D

      Delete
  2. Murah tu sb lokasi tgh bandar dan strategik..nmpk lawa dan bersih

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaa murah. Bersih lak tu.. Nanti Mak dtg sini , boleh stay sini.. Dia berhadapan dengan Upside Down House Melaka

      Delete
  3. Bwk ank2 tido hotel walau tak jauh mana dh rs feel cutikn..bilik air kt luar utk save cost buat bilik satu2 kt tiap bilik. Sb tu bilik murah..mak selalu jgk dok hotel murah yg bathroom tak attach dgn bilik..takde rs susah ke apa..ank2 pn ok

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaa mummy selalu je buat mcm tu.. senang sikt. Dok hotel je dah holiday..hahaha

      Delete
  4. wow.. bath tup ada tirai je... huuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cekci! Sesuai tuk Zaf yang masih dalam mood honeymoon..hehhee

      Delete
  5. hotel budget ada bathtub..murah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn.. bukan takat murah, bersih lagi..hehe

      Delete
  6. oo..tandas tu di belah luar bilik ke?maksud kena keluar dari bilik ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaa Tandas kat luar... tempat mandi je dlm bilik.. so memang keluar bilik, tapi tak jauh mana dekat je ngan bilik.

      Delete
  7. Nampak kemas,cantik dan selesa.. cantik jug hotel budget ni <3

    ReplyDelete