Kitaran Hidup di Hari Lahirku
Assallamualaikum....
Dah langkau satu hari usia mummy arini.. 20 Disember kan birthday mummy...Lupa la tu. hehhehee (Cehh memang takde sapalah nak ingatkan..hang ingat hang retis!..haha :P)
Rabu 20 Disember 2017
Genap usia mummy ..tut tut tut.. Ok mummy dah tua. Wrinkle semakin membiak dengan jayanya. Dah mula tak ingat tarikh birthday dan kadang-kadang hampir lupa dah makan ke belum, hahaha ( Lupa-lupa pun tak kurus jugak) ..Simpthom tua dah makin hampir. Rambut pun dah makin gugur dengan jayanya. hahaha Semalam tiada apa yang istimewanya. Pagi pergi check-up , nurse wish birthday. Sehari sebelum check-up gaduh dengan bos sebab dia merungut asyik pergi check up je katanya. #boskejam
Balik makan bungkus sebab hidup bujang (hero-hero dengan daddy dorang) , balik keje makan maggi ramen. Layan kucing yang asyik minta diberi perhatian dan kasih sayang. adoii drama sangat kucing mummy ni tau! Gitewlah kitaran hidup dihari lahirku.:p
Doodle gambaran kitaran dan juga perasan birthday gurl giteww..phewww
Kadang-kadang terfikir gini gamaknya bila mummy dah tua kan.. Duduk sorang-sorang , makan bungkus dan layan kucing! hahahaa #thinkfuture katanya..hahaha :P Hero kecik pulak jarang nak duduk berjauhan dengan mummy , tapi lepas mummy suruh dia duduk asrama terus kecik hati. (dia dapat offer duduk sekolah berasrama) . Tapi mummy acah je.. Eksen sikit tu pun dah majuk.. oh! anak mummy dah bujang rupanya makin sensitif. Balik kampung baru ni pun Tok dengan Wan puji sangat behave balik kali ni.. Kembang setaman anak mummy.
Thanks buat family , hero-hero, kengkawan dan BBF wish ( ada 2 orang BFF tak wish, orang dah bahagia mana nak wish mummy kan) sobbssss gitewlah gamaknya kehidupan kan. Akan tiba satu nanti cepat atau lambat kita pasti akan dilupakan ( emosi sikit lepas tengok Movie COCO kat panggung aritu..Best weiii! ) Dah tengok cerita tu korang akan paham erti diingati dan disayangi . Gitewwww!
Apa-apapun tahun ni asyik emosi sikit entah kenapa.. Simptom penyakit mummy kot gamaknya. hahaha Apa-apa pun azam birthday kali ni mummy kepilkan dihati mummy. Masukkan dalam peti besi. Kemudian kunci! Moga-moga ianya tercapai Amin. Moga kebahagian menjadi milik kita selamanya. Amin
Thanks for Reading! Wassallam
4 Comments
Happy birthday mummy..yg penting kita rs bahagia dan content walaupon sorg tul tak
ReplyDeleteMummy beli hadiah utk diri sendiri..mesti rs happy hehe
ReplyDeletehappy birthday..
ReplyDeleteHappy belated besday mummy..simptom tua bukan rambut gugur mummy tu sbb rambut x sihat salah guna shampoo..simptom tua ni rambut beruban kulit berkedut..mummy muda belia lagi la 😬
ReplyDelete