Apa itu "Neem" yang digunakan oleh Produk Himalaya ?

by - January 11, 2018

Assallamualaikum...

Sebenarnya lately ni mummy sering terlihat dan terbaca  mengenai produk Himalaya dari India ni. Katanya bagus.. Malahan ramai kawan-kawan mummy juga menggunakannya. Harganya pun boleh tahan jugak. So mesti ada yang menarik mengenai produk ini yang kian menjadi sebutan ramai , malahan cukup berkesan dalam mengatasi masalah dalaman dan luaran tubuh badan kita ni kan.. Jom tengok apa yang mummy jumpa bagi menjawab segala persoalan mummy ni. Oh lupa ni bukan entry berbayar ye.. Ni cuma sebuah entry yang menjawab kemusykilan mummy.


Sumber Gambar : Mr Google

Pokok Neem sebenarnya dalam masyarakat kita lebih dikenali sebagai Pokok Mambu ( atau Pokok Semambu) yang selalu digunakan oleh masyarakat  India mahupun melayu bagi mengatasi masalah demam , gatal-gatal badan terutamanya ketika mengidap penyakit " Chicken Pok". Tu je sebenarnya Neem ni. Selalunya pokok ni terdapat dirumah kawan-kawan kita yang berbangsa India. Pokok ini selalunya tumbuh dinegara-negara yang beriklim tropika mahupun semi tropika seperti India, Malaysia, Bangladesh, Myanmar, Pakistan dan juga Sri Lanka.

KEGUNAAN DALAM MAKANAN
  • Bunga di masukkan kedalam masakan kari Di India, 
  • bunga pokok mambu/neem dan gula merah dibuat gula gula. 
  • Pucuk muda dan bunga pokok ini dijadikan sayur di India, Vietnam dan Myammar

Pokok ini juga dikenali sebagai pokok berubatan yang mampu merawat 40 jenis penyakit. Namun menariknya kini produk himalaya telah menggunakan pokok(daun) neem ini secara moden dengan menjadikannya sebagai produk dalam bentuk kapsul, syampoo, produk kesihatan, kecantikan secara moden bagi memudahkan kita untuk menikmatinya dengan kandungan 100% herba tanpa bahan kimia yang membahayakan kita sebagai pengguna. Antara khasiat "Neem" atau Poko Semambu ini adalah:-

1. MENGURANGKAN BERAT BADAN

Tak perlu gigih berusaha untuk kurus dengan mengambil pil, kopi atau apa jua jenis produk pelangsing yang dijual tanpa mengetahui kandungannya secara klinikal. Adakala produk-produk ini tidak diuji secara klinikal dan mengandungi pelbagai jenis bahan kimia yang mungkin akan memudaratkan kesihatan atau lebih teruk lagi maut. Untuk cara yang lebih mudah dan selamat, ‘neem’ boleh digunakan untuk mengurangkan berat badan kerana ia berkesan dalam meningkatkan kadar metabolisma badan secara efektif dan membantu memecahkan sel-sel lemak di dalam badan.

2. MENJAGA TAHAP GULA DALAM DARAH


Kalau anda menghidapi penyakit diabetes atau kencing manis, mungkin ‘neem’ adalah salah satu alternatif anda kerana ia merupakan penawar semulajadi terbaik untuk mengawal penyakit diabetes. Daun ‘neem’ dapat mengurangkan kadar gula di dalam darah dan meningkatkan sensitivity reseptor insulin di dalam badan. Daun-daun yang penuh khasiat ini juga dapat membantu untuk mengawal kadar gula di dalam darah serta mengurangkan kebergantungan anda kepada dadah dan ubat-ubatan yang kerap diambil sepanjang mengalami penyakit diabetes.

3. MEMBANTU MERAWAT KANSER

Terdapat sel protein asli di dalam daun ‘neem’ yang dipanggil sebagai ‘Neem Leaf Glycoprotein’ atau NLGP, diketahui mampu untuk menghalang pertumbuhan sel kanser di dalam badan. Selain daripada menghalang sel kanser secara lansung, NLGP juga mampu untuk mengawal sel imunisasi yang terdapat di sekitar sel kanser dan di dalam darah. Keadaan ini akan melambatkan pertumbuhan tumor dan seterusnya membantu dalam merawat pesakit kanser yang sedang menjalani sesi rawatan chemotheraphy.

4. MELEGAKAN JANGKITAN PADA LUKA

Sekiranya anda mengalami cedera ringan pada kulit, kadangkala keadaan persekitaran boleh menyebabkan bakteria mudah merebak sehingga terkena jangkitan kulat atau ‘fungal’. Namun, kandungan ‘nimbidol’ dan ‘gedunin’ yang terkandung dalam pokok ‘neem’ bertindak sebagai anti-kulat dan mampu untuk membunuh kulat yang tumbuh pada kulit. Sebagai alternatif, amalan penggunaan daun ‘neem’ pada kulit juga dapat menyembuh dan mencegah jangkitan kulat pada badan anda.

5. MEMBUNUH KUTU DI KEPALA

Daun ‘neem’ sangat dikenali sebagai agen anti-bakteria dan anti-mikrob yang kuat. Namun, ramai yang tidak tahu bahawa minyak yang dihasilkan daripada daun ‘neem’ boleh digunakan untuk membunuh dan mencegah kutu yang tumbuh di kepala. Jadi, sekiranya anda atau mana-mana kenalan anda yang mempunyai masalah kutu di kepala dan tidak mahu menggunakan produk berasaskan kimia, cuba gunakan penawar semulajadi ini untuk kesan yang efektif.

6. BOLEH MENGHALAU NYAMUK

Masalah nyamuk ini sering menghantui kita semua, terutamanya pada waktu malam sehingga tidak cukup tidur. Selain menjadi penawar kepada pelbagai penyakit, ‘neem’ juga digunakan sejak turun-temurun untuk menghalau nyamuk. Menurut kajian yang pernah dijalankan, minyak daripada daun ‘neem’ juga bertindak sebagai agen ‘anti-protozoal’ yang memberi bau unik pada kulit anda, dan pada masa yang sama mencegah nyamuk daripada mendekati anda. Cara ini sebenarnya lebih berkesan dan mesra alam berbanding penggunaan aerosol atau asap.

7. PENAWAR SEGALA MASALAH KULIT MUKA

Masalah kulit muka seperti jerawat, kedutan, pigmentasi, ‘blackhead’, kulit kering dan sebagainya, percaya atau tidak daun ‘neem’ merupakan penawar terbaik untuk anda menangani apa jua masalah kulit muka. Dengan sifat seperti anti-bakteria, anti-kulat dan anti-virus, daun ‘neem’ mampu untuk melegakan keradangan dan kerengsaan kulit muka yang bermasalah. Selain mampu untuk mengurangkan parut jerawat pada muka, daun ‘neem’ juga bertindak sebagai pelembap semulajadi dan ‘toner’ kulit yang efektif.

8. MEMBANTU MERAWAT HEPATITIS

Oleh kerana sifat tidakbalas anti-virusnya yang kuat, daun ‘neem’ juga digunakan untuk membantu merawat pesakit hepatitis di seluruh dunia. Ia berfungsi menghapuskan toksin merbahaya dalam badan dan seterusnya mengurangkan kandungan toksik di dalam hati. Selain itu, dengan bertindak memperbaiki sistem imunisasi di dalam badan, pesakit hepatitis dapat mempercepatkan proses pemulihan mereka dengan lebih berkesan dan semulajadi.

9. MENCEGAH MASALAH MULUT, GIGI DAN GUSI

Di kebanyakan kawasan luar bandar khususnya di India, ranting pokok ‘neem’ masih lagi digunakan untuk memberus gigi dengan cara ‘bersugi’ seperti sunnah yang diamalkan oleh kebanyakan umat Islam di seluruh dunia. Sifat-sifat anti-mikrob dan anti-kulat neem memainkan peranan penting dalam pencegahan penyakit gusi, sakit gigi, nafas berbau, ulser mulut dan banyak lagi. Selain itu, ia juga dapat bertindak sebagai ubat semuladi untuk membuatkan gigi anda jadi putih!

10. MENCEGAH PENYAKIT ‘AMOEBASIS’

‘Amoebasis’ merupakan infeksi usus besar dan kadangkala boleh menyebabkan infeksi hati oleh kerana parasit yang dipanggil ‘Entamoeba histolytica’. Daun ‘neem’ bertindak sebagai ubat semulajadi yang sangat berkesan oleh kerana sifat antibiotiknya yang tinggi. Apabila digunakan di bahagian perut, daun ‘neem’ akan mengurangkan keradangan usus atau kekejangan berpanjangan yang seringkali dialami oleh pesakit yang menghidap ‘amoebasis’.

So selepas ini sesiapa yang ingin menggunakan cara tradisional (herba 100%) bolehlah menggunakan produk Himalaya atau apa jua produk yang berasaskan "Neem" atau Pokok Semambu yang telah lama diamalkan oleh Masyarakat India dalam teknik perubatan Ayurveda. Produk-produk ini juga boleh didapati/ dijual di farmasi-farmasi yang berhampiran dan juga dijual didalam laman-laman web seperti Lazada , Shoppee dan juga lain-lain lagi. Selamat Mencuba! Lagipun dalam zaman yang serba moden ini, kita seringkali bergantung kepada ubat-ubatan berunsur kimia yang kadangkala diragui keberkesanannya serta kesan berpanjangan kepada tubuh badan kita. Pernahkah anda terfikir, semua penyakit di muka bumi ini ada penawarnya yang wujud secara semulajadi?

Thanks for Reading! Wassallam..

You May Also Like

13 Comments

  1. Selalu pokok ni terkenal untuk chicken pox jer. Padahal banyak lagi manfaatnya yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah mummy pun baru tau selepas dok godek2 en google.. Byk khasiat rupanya. Hehe

      Delete
  2. banyak manfaatnya juga eh
    nice sharing
    baru tau banyak kelebihannya

    ReplyDelete
  3. SS cuma tahu fungsi daun ni utk sakit kulit jek... Tak sangka banyak khasiat lain jugak ek...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaa mummy pun ingat benda yg sama.. dah google baru tau byk khasiat rupanya.. Tu yg share kat sini.. :)

      Delete
  4. Oh.. banyak sungguh manfaatnya. Nice sharing.Nanti jemput singgah blog sis ye... www.aniemohamed.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Daun neem ni mmg byk tau kelebihan..JM pernah guna ubat gigi daun neem

    ReplyDelete