Tips Mencari Pusat Tuisyen Untuk Anak Anda
Assallamualaikum...
Bila dah naik sekolah ni, macam -macam benda nak fikir kan. Dulu waktu cuti sekolah sekolah sibuk nak susun aktiviti dorang, bila naik sekolah pulak sibuk nak fikir nak masuk sekolah mana dan sibuk bayar yuran itu dan yuran ini kan ( buku, PIBG dan lain-lain) especially buat anak-anak yang baru nak masuk tahun 1 dan juga tingkatan satu.
Mummy pulak , sekarang sibuk pulak mencari pusat tuisyen yang sesuai untuk hero-hero . Dulu waktu hero kecik bersekolah "Sekolah Jenis Cina" agak mudah bagi mummy mencari pusat tuisyen yang sesuai. Sebab terdapat pelbagai pilihan pusat tuisyen (cina) yang menawarkan tuisyen yang disekalikan dengan Transit, Homework dan Tuisyen especially kat area rumah mummy. So mummy tak perlu risau mengenai homework dan juga tuisyen. Harganya pula pun berpatutan .
Mummy pulak , sekarang sibuk pulak mencari pusat tuisyen yang sesuai untuk hero-hero . Dulu waktu hero kecik bersekolah "Sekolah Jenis Cina" agak mudah bagi mummy mencari pusat tuisyen yang sesuai. Sebab terdapat pelbagai pilihan pusat tuisyen (cina) yang menawarkan tuisyen yang disekalikan dengan Transit, Homework dan Tuisyen especially kat area rumah mummy. So mummy tak perlu risau mengenai homework dan juga tuisyen. Harganya pula pun berpatutan .
Tuisyen dan transit pun bermula selepas balik sekolah . Mummy hanya perlu menyediakan makanan tengahari dan juga pakaian dorang . Yang lain semua cikgu tuisyen yang uruskan. Menariknya lagi semua subjek/ matapelajaran dia cover, kecuali Pendidikan Islam. Harga lebih kurang RM 170- RM 220 sebulan. Itu kisah hero kecik yang mengambil UPSR 2017 . Mummy dah start hantar hero kecik ke tuisyen sejak tadika hingga darjah 6 bagi memudahkannya menguasai bahasa cina dengan mudah.
Sebenarnya lebih kurang sama je dengan pakej kat pusat-pusat tuisyen biasa dengan home tuisyen setelah mummy kaji , tambah dan tolak. Dan kebanyakkan pusat-pusat tuisyen ini menawarkan pakej tuisyen yang lebih kepada hujung minggu. Sedangkan budak-budak sekarang bukannya boleh gabungkan semua subjek sekali gus dalam satu-satu masa. Nak nak sekarang zaman pembelajaran menggunakan teknik KBAT. Pening dorang . Melainkan anak korang yang memang -memang lahir dah genius boleh adapt semua subjek sekaligus. Takpun korang mampu mengajar sendiri dirumah. Hokay itu lain. Ni mummy sharekan beberapa tips yang boleh korang manfaatkan dalam pencarian pusat tuisyen yang sesuai untuk anak korang.
Tips Mencari Pusat Tuisyen
Jenis Tuisyen
Zaman sekarang ni pelbagai jenis pusat tuisyen yang mummy jumpa. Antaranya
Zaman sekarang ni pelbagai jenis pusat tuisyen yang mummy jumpa. Antaranya
- Tuisyen secara online seperti SKOR A . Ini lebih sesuai untuk anak korang yang mampu belajar sendiri tanpa pengawasan. Harga pun lebih berpatutan sekitar RM 100 keatas. Guru online juga disedikan pada hujung minggu.
- Tuisyen dalam skala kecil ( 5 atau 8 orang dalam satu kelas) . Selalunya untuk kelas 5 orang ni diajar pada setiap hari dan 8 orang untuk hujung minggu. Yuran untuk 4 subjek lebih kurang RM 280-RM 340 sebulan.
- Home Tuisyen ( Guru datang ke rumah dan mengajar anak kita sahaja) . Ok yang ini banyak sebenarnya ramai yang salah faham. Ada sesetengah Home Tuisyen ini , guru yang datang ke rumah bukan sekadar mengajar untuk seorang sahaja sejam tetapi boleh mengajar untuk 2-3 orang anak kita sekaligus (cth Ting 1dan Ting 3) so dia boleh ajar sekali. ( depend dengan cikgu itu jugak kot). Harga RM 30-RM80 sejam mengikut subjek. Menariknya ianya memudahkan anak kita yang kurang penumpuan, pemalu dan lain-lain lagi sekiranya dia di dalam kelas disekolah. Malahan ianya juga mampu mengurangkan kos pengangkutan dan lebih menjimatkan masa.
- Tuisyen yang disekalikan dengan transit school ( Bagi anak-anak yang bersekolah cina). Kebanyakan jenis pusat tuisyen transit ini ditawarkan kepada anak-anak korang yang bersekolah cina . Merangkumi semua subjek dan diberikan tempoh masa yang lama seperti lepas balik sekolah sehingga pukul 5 atau 6 petang.
- Pusat Tuisyen Biasa. Selalunya ianya ditawarkan bagi kelas hujung minggu dan jadual diberi mengikut pakej yang ditawarkan. Harga selalunya RM 25 keatas mengikut subjek yang dipilih.
Keperluan Subjek.
Terdapat pelbagai subjek dan pakej yang ditawarkan oleh pusat-pusat tuisyen yang terdapat dipasaran. Kaji kelemahan anak anda mengikut subjek.. Selalunya subjek yang menjadi pilihan tentulah subjek-subjek teras seperti Matematik, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan juga Sains. Namun subjek-subjek lain boleh juga dijadikan pilihan sekiranya anak kita lemah dalam sesuatu subjek. Yang penting ibu bapa jangan mudah terpengaruh dengan pakej yang ditawarkan . Tanya anak anda mana subjek yang dia target dan lemah di sekolah.
Jarak Perjalanan Rumah ke Pusat Tuisyen.
Jarak Pusat Tuisyen dari Rumah atau sekolah juga memainkan peranan penting dalam pemilihan pusat tuisyen. Sekiranya Pusat Tuisyen merupakan laluan utama dari sekolah, rumah atau tempat kerja anda, maka itu adalah yang terbaik. Namun sekarang terdapat pelbagai pusat tuiysen yang menawarkan khidmat pengangkutan dari sekolah ke pusat tuisyen bagi memudahkan ibu bapa dan juga pelajar. Cuma ada sedikit penambahan harga bagi kos pengangkutan seperti RM 25 keatas untuk sebulan.
Branding dan Kredibiliti.
Dalam pemilihan pusat tuisyen juga mummy juga mengambil kira ini dalam setiap pemilihan pusat tuisyen untuk anak mummy. Pastikan ianya mempunyai lesen yang di perolehi daripada Jabatan Pendidikan dan juga Kementerian Pendidikan Malaysia. Malahan korang juga boleh survey dengan ibu bapa yang pernah menghantar anak dorang kesitu seperti teknik dan gaya pembelajaran.
Dalam pemilihan pusat tuisyen juga mummy juga mengambil kira ini dalam setiap pemilihan pusat tuisyen untuk anak mummy. Pastikan ianya mempunyai lesen yang di perolehi daripada Jabatan Pendidikan dan juga Kementerian Pendidikan Malaysia. Malahan korang juga boleh survey dengan ibu bapa yang pernah menghantar anak dorang kesitu seperti teknik dan gaya pembelajaran.
Kapasiti Kelas
Ada pusat Tuisyen yang menyediakan kelas yang kecil. Kelas yang kecil mampu membantu lebih pemahaman kepada anak anda. Ini kerana anak anda akan mendapat perhatian yang diperlukan. Malahan guru-guru yang mengajar juga akan lebih memberi perhatian pada pembelajaran anak anda dengan lebih baik.
Waktu pembelajaran juga amat penting dalam pemilihan kelas tuisyen kerana setiap sekolah jadualnya berbeza-beza. Contohnya untuk sekolah Menengah , hari Rabu merupakan hari Ko-korikulum dan pelajar sekolah cina dari darjah 4-6 pula, sekolah ada menyediakan kelas tambahan setiap hari sehingga jam 4 petang kecuali hari jumaat sehingga jam 1.20 ptg (boleh mintak balik awal untuk solat jumaat) . Untuk anak-anak yang bersekolah agama pula, mereka memerlukan masa yang sesuai agar selari dengan kelas agama. So ibu bapa boleh memilih jadual yang tidak bertindan dengan aktiviti dorang. So untuk memudahkannya korang boleh memilih tuisyen di sebelah malam.
Budget atau Anggaran Perbelanjaan Tuisyen
Budget ini merupakan perkara terpenting dalam pemilihan kelas tuisyen untuk anak korang, sekiranya korang dapat memilih pusat tuisyen yang tip top tapi tak mampu nak bayar pun tak guna jugakkan. So buat beberapa perbandingan yang selalu dilakukan oleh mummy. Bandingkan pakej , jadual , kos pergi dan balik dan sebagainya mengikut kemampuan . Kalau rasa agak mahal , pilih subjek mana yang lebih penting. Buat perbandingan dengan tusiyen online, home tuisyen dan lain-lain jenis tuisyen kerana ianya mampu dalam merancang perbelanjaan dan perjimatan yang lebih baik.
Apa-apa pun semuanya bergantung kepada korang " Tepuk Dada tanya Selera" . Tapi mummy cadangkan sekiranya korang mampu mengajar sendiri, lebih baik mengajar sendiri bagi mengurangkan kos tuisyen yang semakin tinggi kini. Mummy ni sebab dah tak tahu macamana nak susun jadual mummy as single parent, otak pun tak brilliant sangat ..hahaha . Lagipun pembelajaran sekarang pun tak macam zaman mummy sekolah. Sekarang dah canggih manggih sangat. Dengan KBAT bagai. So mummy amat memerlukan tuisyen bagi memudahkan jadual mummy. So mummy mengambil subjek yang mudah sedikit untuk diajar kepada hero-hero pada hujung minggu. So hari-hari biasa mummy menggunakan khidmat tuisyen bagi subjek-subjek teras dan wajib lulus untuk hero-hero mummy. Moga perkongsian ini mampu membantu korang .
Thanks for Reading! Wassallam.
5 Comments
bdk2 skarang rmi parent antar tuition...ni pn ingt nk antar juga ..tp nk kena survey2 la mn yg ok kn
ReplyDeletekannn... Busy nak mengajar kat rumah. Hantar tuition senang sikit..hehhe
DeleteSalam owner blog Nota Chenta Mummy. Mohon update Blog List akak dengan blog saya. Saya dah masukkan blog Nota Chenta Mummy kat blog list Rahsia Melancong.
ReplyDeleteWslm done add to my blog list.. Tq
DeleteMahal jgk kos tu ikut subjek so jadilah buatlah pilihan bijak mcm mummy 😬
ReplyDelete