Konvensyen Tahun 6 /2017 Sekolah Adam

by - January 17, 2018

Assallamualaikum

22 November 2017 / Rabu

Hari ini konvokesyen hero kecik . Hari penuh drama. Hero kecik tak nak pergi sekolah tau! Ko rasa...?! Ni semua gara-gara mummy meronda naik basikal semalam petang dengan hero kecik. Tengah-tengah kayuh,  rantai basikal hero kecik putus. Dia jatuh , kaki bengkak dan terseliuh. Semalam dia dah mesej mummy kata tak larat nak pi sekolah takleh jalan. Tapi mummy....


Nampak tak bandage tu..bengkak dah susut bila jumpa kengkawan, hebat betui bengkak ni kan.. hahha :P

Buat tak endah jee... Mummy paksa jugak dia ke sekolah. Even bertongkat pun mummy akan paksa jugak. hahaha #mummykejam.. berotan bagailah pagi ni. Yelah mummy nak dia kutip semua moment-moment indah waktu dia sekolah rendah. Masa  kan cepat berlalu, nanti dia dah besar memori-memori ini lah yang akan dia simpan dan jadikan kenangan indah bila dah besar nanti. Tak gitewww..!

Dengan berstokin sebelah sebab kaki sebelah bengkak tak muat nak masuk. Melangkah jugaklah dia ke  sekolah. (muka masam, salam pun tak nak..) Hahaha.. Mummy ni kejam kan. Dah la kelas di tingkat 3.. Bukannya apa, mummy ni paham sangat peel anak-anak mummy. Confirm kalau pergi sekolah terus baik hokay..tak caya?! meh sambung baca ..

Tepat 9.30 pagi mummy dah terpacak kat sekolah. Aksi dia?! ala-ala terkejut, kununnya! Hahaha.. kaki dah baik hokay. Dia memang macam tu.. Bila sakit macamana pun bila jumpa kengkawan terus baik. Lagipun dia ni memang suka pi sekolah. Peel dari dulu. Melainkan demam dan cerry bery sahaja dia akan weak habis. Ok itu mummy akan kasi kelonggaran. Kalo setakat terseliuh ni,  kejap je dia boleh berlari bila jumpa kengkawan. 

Seronok jumpa kengkawan. Pastu songlap phone mummy main games. Pandai sangatkan anak mummy..hahaha

Berbaju jubah cina berwarna kuning.. dari jauh mummy dah nampak. #merelit! dan Kacak anak mummy.. hahaha pujilah sikit kan. Hahaaha kang merajuk lagi.  Tengok dia berarak kat carpet berwarna merah. Mummy dah berlinang air mata. #mummykememe Haiiilah hati sayu je rasa hati  Hahahah 😝😂 Dah besar anak mummy. Kejap je kan. Tu belum lagi konvo universiti. Lagilah.... mau berbaldi-baldi tahan ayaq mata . hahahah #poyosgilosss .. tu kalau hero kecik  belajar pandai la . Yelah anak mummy ni bukannya pandai nau, adakalanya macam paku dengan pahat. Tak ketuk tak jalan. Bukan anak saintis , profeser atau doktor yang dah bijak pandai gennya. Hahaha Mummy nya hanya pereka cabuk je. hehehe yang gajinya  bukan berangka-angka kosongnya.. hehehe...


 
Tak lama kemudian , perarakan oleh barisan guru-guru dan pelajar tahun 6 pun bermula...
Parents pulak kena duduk belakang sebab kat sekolah hero kecik, pelajar didahulukan dulu, baru ibu bapa.  Baju Merah tu Guru Besar Hero kecik. Very friendly  dan baik ! 



Kengkawan Hero kecik tahun 5 dan pelajar-pelajar sekolah memberikan tepukan gemuruh kepada barisan guru dan pelajar tahun 6.

Nampak tak hero kecik? ala baju kuning Maharaja cina tu..meleret-leret kain. Bersih la dewan aritu..haha

Selepas perarakan guru-guru dan pelajar tahun 6 pelbagai acara dimulakan seperti penyampaian hadiah dan lain-lain lagi. Ada nyanyi-nyanyi, ada sesi throwback . Yang sesi throwback ni kelakar.. semua gambar hero kecik dan kengkawan dia semua ditayangkan semua. Waktu dia gigi ronggak pun ada, waktu dia tengah joget oppa gangnam style pun ada.. senyum lebarlah mummy. hehehehe... 

Gambar kat atas ni dorang tengah nyanyi lagu perpisahan dalam bahasa cina. Hero kecik lak tak hafal sebab apatah (mummy lupa) , so nampak dia sebut ayat-ayat akhir je. Selesai nyanyi dorang semua turun ke pentas mengucapkan "selamat dan good bye" kepada guru-guru yang pernah banyak berjasa mengajar dorang. Macam-macam stylelah ada..menangis, melolong dan macam-macam lagi lah. Tersentuh jugalah rasa hati ni. Menariknya lagi setiap lagu yang dikumandangan, seisi sekolah turut menyanyi bersama tak kiralah darjah berapa, nyanyi bersama tanpa disuruh. Budak-budak ni memang sporting. Bukan menyanyi dihujung bibir tapi menyanyi dengan penuh semangat. Para Guru  kelas pulak tidak duduk sebaris dibahagian dengan pengetua semua di hadapan dewan. Tetapi diaorang duduk bersama-sama pelajar mengikut kelas. Mudah  memantau pelajar agaknya. Nampak tersusun dan kemas sekali.


Ni waktu sesi throwback


Yang perempuan baju hitam tu,  Cikgu Kelas Hero Kecik  , tapi bukan untuk tahun 6 je,  waktu darjah 1,2,3 pun masih cikgu yang sama .Tak silap mummy la .

Hero kecik malu-malu nak amik gambar, tapi kawan-kawan dia yang lain sporting terus dia nak join sekali. Pastu bila dah balik, sibuk nak tengok gambar. cisss


Nampak tak? budak lelaki lagi kecik dari budak perempuan. Hero kecik cakap kita bagi can kat budak perempuan membesar sekarang , nanti dah masuk sekolah menengah diorang punya turn pulak. hahaha Waktu tu budak perempuan tak besar-besar lagi dah..hahaha :p 


Selesai konvokesyen hero kecik mummy yang manja kat umah, brutal kat sekolah. Ni dengan kawan baik dia.. Saufi. Sorang brutal dan sorang lagi lemah lembut. Dua-dua ulat buku, tapi ulat buku komik. hehhee Baju maharaja dah dipulangkan semula kat cikgu ,tak sempat pulak mummy nak suruh dia posing lebih-lebih. Baju sekolah pulak nak butang sampai leher. Takde butang , katanya tak kacak. Sabooo je la.. hehhe. Oh ! Lupa pulak  nak bgtau , kawan hero kecik ni Si Saufi merupakan  seorang pembaca setia blog mummy tau . Macehh ye Saufi baca blog auntie .  Syok baca peel hero kecik gamaknya kot.hehehe  Oklah sampai sini saja , nanti mummy update story lain pulak ye.. 

Thanks for Reading! Wassallam..

You May Also Like

9 Comments

  1. Amboi konvo secara besar-besaran yek

    ReplyDelete
  2. Kat hotel ke tuh?? betul kn..ms ni lah nk cipta memory kn..boleh tgk gambar2 dah tua nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taklah makk.. Dewan sekolah je tu... Dorang kalau buat even kat Dewan sekolah atau restoran je makk... Mana mampu nak buat kat hotel..hehehe

      Kannnn... Memori yg tak dapat diulang kembali.. :D

      Delete
  3. Brutal? Tgk cara duduk pun dah tahu eheeh

    ReplyDelete
  4. amboii baju diaorang..mcm jepun punya baju

    ReplyDelete
  5. best nye bleh attend.
    skola nurin tak bleh attend.
    takde bajet kata nyer.
    kesudahan nya, gambo pun sekeping ajer.
    hadoi lah!

    ReplyDelete