"Lukisan itu Menangis" Kata Abang Drebar

by - January 18, 2018

Assallamualaikum...

Disaat  seluruh pelusuk dunia seakan kagum ataupun memang kagum akan lukisan "Monalisa" yang telah dilukis oleh  Leonardo Da Vinci pelukis tersohor yang cukup dikenali seantero dunia , dimana lukisan "Monalisa" yang dilukisnya seolah-olah mampu melihat kembali kepada sesiapa yang melihatnya tak kira dipenjuru manapun korang berdiri. Namun di Malaysia pun tak kurangnya , sebuah lukisan yang telah dilukis oleh Pelukis wanita OKU yang telah menjadi spekulusi dikalangan kengkawan mummy dimana lukisan itu telah menangis sewaktu didalam penghantaran pulang kepada pemiliknya asalnya (pelukis) didalam lori.


Jarang-jarang juga kita mendengar lukisan oleh pelukis-pelukis di Malaysia yang "hidup", tapi lukisan ini mempunyai ceritanya yang tersendiri. Lukisan ini seolah-olah tidak mahu pulang kepada pemilik asalnya  dan menangis sewaktu didalam perjalanan yang mula disangkakan terbawak kucing didalam lori. Setelah disiasat tiada apa yang pelik namun bukan sekadar itu sahaja, pemandu lori yang membawa lukisan itu juga telah sesat dan berpusing-pusing  dilokasi yang sama sehingga kehabisan minyak dan tersadai ditepi jalan. Pemandu lori itu juga memberitahu  ini merupakan pengalaman pertama setelah bertahun-tahun berkhidmat sebagai pemandu lori. Walhal kenderaan itu telah diperiksanya sebelum bertolak .

Keunikkan lukisan itu juga tidak berakhir disitu ,  sewaktu ianya dipamerkan diruangan pameran, ramai pengunjung yang kagum dan begitu berminat akan lukisan ini , seolah ianya mampu melihat kembali pengunjung yang melihatnya . Hah! ni lah lukisannya ... 


Lukisan ini bertajuk "Senja Satu Persinggahan" yang telah dilukis oleh Seorang Pelukis Wanita yang bernama Zulaiha Zulkapli yang telah dilukis pada tahun 2012. Lukisan ini juga  dipamerkan dipelbagai tempat dan bernilai RM 25 000 yang menggunakan teknik Oil On Canvas.

Sebenarnya kemisterian lukisan itu masih mummy masih tak pasti lagi akan kebenarannya kerana bukan mummy yang mendengarnya dan mengalaminya sendiri. Hanya pelukis dan drebar lori sahaja yang mampu merungkaikan segala misteri yang berlaku. Apa-apapun lukisan ini memang cantik dan Air kat tangan perempuan dalam gambar tu memang nampak seolah-olah sedang mengalir. So kalau ada pemeran sedang berlangsung kat tempat korang , jangan lupa melawat. Saksikan sendiri akan keunikkannya.

Thanks for Reading! Wassallam.

You May Also Like

20 Comments

  1. seram pulak baca ni..hehee..nak tengok lukisan tu lama2 pun seram..

    ReplyDelete
  2. amazing la...
    tapi tu la. aida ni tak reti tgk lukisan hu hu hu :)
    segan plak nak gi pameran gini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala mummy pun sama.. bukan nya pandai sgt... Kalo pergi pun just main2 kagum je ngan artwork orang..hahhaa

      Delete
  3. Tak nampak macam lukisan... macam photo...

    ReplyDelete
  4. Macam tak boleh percaya lukisan tu menangis.. Tapi lukisan ni cantik. Nampak real.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah ramai yg cakap lukisan ni nampak real sgt/..

      Delete
  5. Replies
    1. Baca je belum scary lagi, jadi drebar lori tu baru rasa scary...hehehe

      Delete
  6. Alamak, dah le baca mlm2. Apapun mama sukantgk lukisan ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehhhhehe... Mummy lak tak sanggup lukisan tu lama2, takut dia pandang kita balik.hehehe

      Delete
  7. perghhhh cantik lukisan
    tapi bila baca jadi seram lak..hahaha

    ReplyDelete
  8. lukisan tu nampak 'hidup' la mummy

    ReplyDelete
  9. wajah siapa yang di lukis tu ehh...pelik tu mcm mana dorang tahu dia menangis dgn alasan tak nak pulang ke pemilik asal..

    ReplyDelete
  10. Itu lukisan saya,sepanjang tempoh saya menjaganya xpernah ada perkara ganjil berlaku. Wallahualam

    ReplyDelete