Cara Membuat Blog Header Karikatur

by - February 16, 2018

Assallamualaikum...

Selamat Tahun Baru Cina buat semua rakan-rakan blogger , sahabat alam maya di media social dan semua sahabat mummy yang yang bangsa cina. Semoga tahun ini korang akan lebih kaya , bahagia dan dihujani dengan pelbagai "Ong'" (Tuah).

Okay hari ni mummy nak share serba sedikit cara mummy membuat  header blog yang mummy terima dari blogger Abam Korie  yang mahukan blog header yang berkonsepkan karikatur.


Cara-Cara Membuat Header Blog Karikatur

1. Mula-mula lukis karikatur yang ingin edit. Kemudian scan dan save file dalam JPEG. "Level" atau "Brightness" gambar karikatur itu warna hitam putih yang jelas.

  • Klik Image-Level/Brightness-adjust color

2. Copy atau import file karikatur yang telah diadjust tone colournya dalam software Adobe Illustrator (Ai) . Kemudian vectorkan image.
  • Klik Object- Image Trace -Expand
  • Kemudian gunakan "Pen Tool" untuk draw balik muka, mulut dan lain-lain bahagian dan colorkan. Pilihan warna boleh menggunakan pilihan color yang terdapat di "Swatches"
  • Dah siap semua body part  dan colorkannya. Boleh klik "ctrl +A"  dan "ctrl+ G)
  • Dah group copypaste atau import image ke Adobe Photoshop.


3.  Buka Adobe Photoshop. Create satu file header bersize 15.667 inc x 5.889 inc , Resolution 72. Dan klik ok.
  • Di file/Document Header yang telah di create. Copy atau export gambar yang telah diwarnakan di dalam fail Adobe Illustrator (Ai) .
  • Taip nama blog. Kemudian pilih jenis font yang sesuai.
  • Masukkan pelbagai element/vector/gambar yang bersesuaian menerusi google picture dan pelbagai website vector.


4.  Header siap di edit menggunakan software Adobe Photoshop (PSD) dan juga Adobe Illustator (Ai). Masukkan semua element/ gambar dan sebagainya mengikut konsep blog korang. 

  • Save kan fail kedalam dua file. Satu- File PSD  yang membolehkan korang edit semula fail header tersebut sekiranya terdapat perubahan. Kedua- File JPEG (Flatten Image without layer)  kemudian boleh import ke dalam layout blog korang. Siap!



Sekiranya korang rasa agak susah nak buat dan pening nak paham step by step yang mummy terangkan . Korang boleh je tempah header blog ni dengan harga RM 70 sahaja termasuk gambar karikatur dan PERCUMA watermark Karikatur untuk gambar di media sosial dan juga blog. Semua tempahan boleh sahaja email ke julia_yana@yahoo.com.

Mohon sertakan

Tajuk  Email     : TEMPAHAN HEADER BLOG
Nama               :
Nama Blog        :
Konsep/ Jenis   : Contoh : Lifestyle/ Masak-masak dan sebagainya
Tambahan        : Ni untuk special request  
Attachment      : Gambar Close -Up ( Muka sahaja)

Thanks for Reading! Wassallam...

You May Also Like

7 Comments

  1. woaaaah Mummy. lawanya.. tunggu nxt turn CT edit blog boleh pesan kat Mummy la eh. tingin gak ade katun katun muka kita ni =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehheeh... Macehh Siti. boleh mummy tunggu na... hehhe :D

      Delete
  2. Cantik la Mummy! Memang stylo...Untung yg ada bakat melukis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macehhh Mai... Mummy tak lukis mummy edit je ..hahaha :D

      Delete
  3. Wah, nanti nak suruh Mummy buat satu la...

    ReplyDelete