Murahnya Berbelanja Online di nile.com.my
Assallamualaikum...
Rasanya ni kali ke dua mummy membeli barang di www.nile.com.my ni. 1st dulu beli kasut untuk hero-hero. Kali kedua baru baru mummy beli untuk mummy. Saja je nak tengok kualiti barang yang dijual tu macamana , berpatutankah ? berbaloi ker tak ? Oh ni bukan entry berbayar ye.. ni review ikhlas dari hati menggunakan duit titik peluh sendiri..hahah :P
Untuk pembelian kali ke dua ni , mummy beli kasut ala-ala converse untuk hero kecik dan juga sling bag untuk mummy . Almaklumlah dah semua bag warna pink, adakala pitam jugak..susah nak match baju. So mummy beli warna kulit yang cukup menggoda dimata mummy..hahaha
Menariknya di nile.com.my ni , setiap hari website ni ada menawarkan pelbagai harga-harga promosi dalam colum Superdeals. So korang boleh select pantas-pantas dan membuat pembayaran. Selalunya barang-barang yang tersenarai ni mempunyai limit pembelian 1 sehingga 2 barang sahaja bagi setiap pelanggan. So kalau nak beli lebih pandai-pandailah korang membuat akaun lain. hhahaah...#tipsbelibanyak
Selain itu juga di nile.com.my ni terdapat pelbagai bahagian pembelian antaranya Baby and kids, Women's and Men's Fashion, Fashion Acsessories, Muslimah Fashion, Sports, Groceries and House Hold, Health and Beauty, Digital Mobile and Books dan juga bahagian Defect for Clearance. Defect for Clearance ni selalunya merangkumi barang-barang didapati mempunyai masalah seperti colour dekat kasut turun ker, tapak lekang sikit ker... actually boleh je pakai , tak nampak sangat pun kat kaki. Malahan dia akan serta gambar-gambar defect tu sekali bagi memudahkan pahaman pembeli.
Bayaran Pos. Yang menariknya di nile.com.my ni adalah barang yang dibeli perlu membayar sekali sahaja untuk wang pos. Contoh kita beli 5 barang tapi bayar pos untuk semua barang tu hanya RM 6.30 sahaja (pos Laju) atau Gdex ( RM 9.90) berlainan dengan website lain yang memerlukan kita membayar bayaran pos untuk setiap barang yang kita beli.
Tempoh Penerimaan Barang. Ok ni memang paling best. Hari ni beli esok dah sampai. Tak caya cubalah korang beli. Memang best weiii!..
Kualiti. Semua barang yang mummy beli buat masa ni, semua ok. Takde rosak. Selesa je pakai dan tiada masalah. Tapi kalau ada masalah call je customer service dia.
Harga. Serius memang murah giloss dan cukup perpatutan dengan kualiti yang diterima.
Ni kasut yang mummy beli untuk Hero Kecik. Kualiti cun. Brand Sport. Harga RM 13.90 waktu offer kat Superdeals tu. Kena grab cepat-cepat sebab dia laris macam goreng pisang panas. Nak beli tuk hero besar dah sold out pulak.
Sling Bag. Brand tak tertera di bag. Harga RM 12.90. Comel sangat.. Senanglah mummy nak sumbat barang-barang bila berjalan dengan hero kecik yang asyik komplain gaya mummy je. hahahaha . Barang-barang ni kos posnya hanya RM 6.30 sahaja. Memang terbaiklah. Lepas ni korang jangan lupa shopping kat nile.com.my ni. Memang berbaloi-baloi. Lagipun benda best kenalah mummy war warkan... hehe
Thanks for Reading! Wassallam..
16 Comments
Selalu beli lazada but now dah tukar ke shopee..skrg boleh try yg ni plak
ReplyDeleteaaa Sama la ngan mummy , dulu Lazada pastu shopee tapi tak larat tggu barang sampai.. satu2 sampai lambat! la ni pakai nile. sekejap sampai , semua lak tu..hheheh
DeleteBoleh addict ni mummy kalo soping online..malam sblm tido pun masih dok belek brg2 hehe
ReplyDeleteKannn.. Ketagih yang amat. Syok pakai online ni , takyah penat2 tawaf shopping mall..hehehe
Deletedah lama rasaanya tak shopping kat nile.com.. dulu selalu jugak mengila di nile.. hahha
ReplyDeleteSilalah shopping lagi..hehhe
DeleteWah cepatnya, hari ni beli esok dah sampai. Best ni ^-^
ReplyDeleteaaa pantas sangat..!
DeleteBagus2 boleh la try nanti
Deleteuntuk raye ke tuuuu... hiksss
ReplyDeleteWah.. seronoknya dia shopping
ReplyDeleteaaa syok!
DeleteYang bestnya shopping online ni jimat masa dan tenaga utk pusing2 cari barang
ReplyDeleteaaa jimat masa sgt.. ni tengah sibuk tu yg syok shopping online..hehhe..Murah pun murah..
Deleteehehe amboi diorang jadi penasihat fashion Mummy ke hehe.. kemaaahen. tapi kadang2 dengar opinion kanak2 lagi honest dari opinion orang dewasa =)
ReplyDeleteaaa kejenya komplain je.. tu tak kena ni tak kena..ahhahaha tapi bestkan kanak2 ni kan tulus ikhlas..apa dia nampak tu yg dia cakap.org dewasa ni lebih pada jaga hati..hehe
Delete