Panduan Pendaftaran Tahun 1 Sesi (2019/2020) secara manual dan online
Assallamualaikum..
Pendaftaran tahun satu (1) bagi sesi 2019/2020 kini akan dibuka mulai 1 Mac 2018 sehingga 30 April 2018 . Ianya akan dibuka secara online bagi Semenanjung Malaysia dan juga secara Walk-In disekolah bagi Sabah dan juga Sarawak.
Siapa Yang Layak Mendaftar
Pendaftaran Tahun 1 (2019/ 2020)
Kanak-kanak yang layak didaftarkan adalah
warganegara Malaysia yang mempunyai tarikh lahir seperti berikut :
- 2 Januari 2012 sehingga 1 Januari 2013 (Sesi persekolahan tahun 2019)
- 2 Januari 2013 sehingga 1 Januari 2014 (Sesi persekolahan tahun 2020)
Cara Buat Pendaftaran Murid Tahun 1
Online (public.moe.gov.my)
- Kawasan : Negeri Di Semenanjung Malaysia
- Tarikh Buka Permohonan : 1 Mac 2018 Hingga 30 April 2018
- Applikasi Permohonan : https://public.moe.gov.my/
- Pengguna SPATKPM yang baru, anda perlu mendaftar terlebih dahulu di PENGGUNA BARU
- Panduan permohonan online : Klik Panduan dan FAQ
Tindakan/ Langkah Selepas Mendaftar
Online
Ibu bapa atau penjaga yang telah berjaya
membuat pendaftaran online perlu membuat tindakan berikut bagi
melengkapkan permohonan pendaftaran :-
Mencetak bukti permohonan dan seterusnya
selepas tempoh 14 hari permohonan, mereka perlu hadir ke pejabat sekolah
yang dimohon untuk perakuan permohonan dan penghantaran dokumen
Ianya perlu dibuat dalam
tempoh pendaftaran dibuka iaitu dari 1 Mac sehingga 30 April 2018.
Berikut adalah dokumen-dokumen berkaitan (secara umum) yang diperlukan semasa penghantaran dokumen. Ianya bergantung kepada pentadbiran sekolah negeri yang dipohon.
- Sijil lahir kanak-kanak berkenaan (Salinan asal beserta 1 satu salinan)
- Kad pengenalan ibu bapa / penjaga (Salinan asal beserta 1 satu salinan KP ibu dan bapa)
- Surat nikah / surat cerai (Salinan asal dan 1 salinan)
- Salinan bil elektrik, bil air, cukai pintu untuk bukti tempat tinggal
- Sampul surat bersaiz standard dan setem (saiz sampul surat dan harga setem adalah ditentukan oleh pengurusan sekolah negeri dipohon)
- Laporan kesihatan doktor dan kad OKU (jika berkaitan)
Sumber :
5 Comments
siapa yang ada anak umur 6 tahun skrg kena alert la kan..buat reminder takut terlupa..sebulan jek masa
ReplyDeletedulu zaman mak ayah kita mana ada nak daftar online2 ni..x reti nk guna komputer pun kan..zaman dah semakin berubah..ibu bapa kena lebih educated..kan mummy
ReplyDeleteWah, awal dah boleh daftar yer
ReplyDeleteSekarang senang,..semua dah online
ReplyDeleteizzat's time.
ReplyDeleteda daftar dah offline.
and last year dah daftar online jugak.
hmmm 1 mac nanti nak kena cek.