7 Jenis Tanaman Yang Sesuai Diletakkan didalam Rumah

by - April 19, 2018

Assallamualaikum..

Hah! comel tak pokok yang mummy tanam dalam bilik opis mummy ni. Mummy DIY je bekas air botol bergas yang mummy dapat dari goodies bag MAMEE ..Mula-mula mummy tebuk/potong bahagian tengah dia dan jadikan lubang. Pastu mummy bubuhlah air dan sumbatkan je pokok Money Plant atau nama asalnya SIRIH GADING ni..Kemudian mummy biarkan air tu dalam seminggu biar dia serasi dengan pokok, barulah mummy letak ikan guppy bersama-sama rumpai laut bagi mengelakkan pembiakkan jentik-jentik. Nanti mummy hanya top up air je. Eh! takde oksigen ker? Takyah pokok tu dah memberi oksigen pada ikan guppy .. Sekali sekala mummy bagilah makan makanan ikan yang halus-halus tu takut dia lapooo.

Tengok ikan guppy tu berenang-renang dan kehijauan pokok ni seolah-olah memberikan ketenangan dalam bilik mummy ni. Apa yang memeriahkan lagi, ramai pulak klik-klik opis dok keluar masuk sebab seronok tengok ikan dan pokok ni.. hahhahaa Nampak..nampak... pokok ni bukan sekadar mampu memberikan oksigen malahan memberi keceriaan penghuni disekelilingnya.. 


Jom kita lihat tanaman penapis udara yang bukan sahaja cantik, tetapi bertindak meningkatkan kualiti udara di sekeliling. Udara kotor yang mengandungi benzena, formaldehyde, ammonia dan sebagainya memberikan impak buruk kepada kesihatan.

Tapi perlu diketahui ada sesetengahnya BERTOKSIK! Bagi mama dan papa yang ingin menanamnya, pastikan ia diletakkan pada tempat yang jauh dari capaian si kecil. Misalnya tempat yang tinggi seperti di atas almari, meja atau kabinet dapur. Kebanyakan tumbuhan ini mudah dijaga walau pun anda memiliki jadual yang sangat padat!

Perkongsian dari :Facebook Pa&Ma


 MONSTERA DELICIOSA

Monstera deliciosa mampu memperbaiki kualiti dengan mererap karbon dioksida dan menghasilkan oksigen pada waktu malam. Ia juga mampu menyerap formaldehyde dalam udara.

 SIRIH GADING

Tumbuhan yang turut dikenali dengan nama Devil’s Ivy ini sangat cantik ditanam dalam pasu kecil yang digantung. Ia menyerap formaldehyde dan toksin-toksin berbahaya lain.

 SPIDER PLANT

Salah satu kelebihan spider plant ialah ia memiliki daya serap yang sangat tinggi terhadap racun-racun di udara. Dalam masa dua hari, tanaman ini mampu menyerap racun di udara sehingga 90%.


 DRACAENA

Spesies dracaena (sanderiana dan marginata) menjadi penapis kepada udara yang bekuap. Bagi anda yang tidak berpeluang membuka tingkap dengan kerap, memiliki dracaena di dalam rumah boleh membantu menyegarkan udara dalam rumah.


 ALOE VERA 

Tumbuhan yang turut dikenali dengan nama lidah buaya ini mampu membunuh kimia berbahaya di udara seperti benzena dan formaldehyde. Elok ditanam dalam pasu kecil dan diletakkan pada sudut-sudut bilik.

 PAKIS BOSTON

Spesies ini mampu membersihkan dan melembapkan udara. Sesuai diletakkan di dalam kamar tidur agar kulit tidak kering.

LIDAH MERTUA

Walau pun namanya agak unik, ia memberikan manfaat yang sangat baik dengan menyerap racun dalam udara. Ia mampu menyerap racun dan menyegarkan udara.


Thanks For Reading! Wassallam

You May Also Like

4 Comments

  1. cantik..nmpk fresh dgn daun2 hijau...lidah mertua, ingatkan lidah buaya..

    ReplyDelete
  2. yes. aida dgr pasal ni semua.
    bos lama, ada pokok yg 1st dan yg last dlm entri Ju ni.
    sepatutnya dlm opis, eksa, mana boleh ada pokok, kan.
    sebab dia bos :) ha ha ha ha

    ReplyDelete
  3. tanaman utk org mls money plant tu

    ReplyDelete
  4. ehehehe cantik tapi tak raaaaaajin nak jaga. macam mana ni Mummy..

    ReplyDelete