Balik Kampung ...Yeah!

by - April 25, 2018

Assallamualaikum..

Alang-alang hero-hero ada cuti peristiwa jumaat aritu, pastu isnin cuti ganti Melaka Bandaraya Bersejarah dan mummy pulak claim cuti ganti.. apalagi laju je langkah ni ke utara hasil hasutan hero kecik yang kalut nak jumpa sepupu kecik dia tu. Lagipun hujung minggu tu, sepupu mummy kahwin kat Perak . Apalagi berdesuplah .. padahal cuti 4 hari je.. hahahaha Cuti atas jalan katanya..hahah :p

Perjalanan mummy and the gang bermula jam 10 pagi.. yelah waktu tulah nak pi breakfast, nak kemas baju, bangun lambat disebabkan mummy tido lambat siapkan kerja sebelum bercuti. Lagipun hero kecik kata ala, buat apa nak sampai awal-awal. Lambat-lambat pun sampai jugakkan. Aaa memang sampai tapi mummy hang ni , ingat mata terang sokmo ja ka .. Kadang-kadang layu jugak.. hish gedebish sekali baru tau! Kang ada keta jalan sendiri kang.. :P

Perjalanan santai-santai je. Niat hati nak singgah Ipoh pekena Nasi Vanggey kat Yong Suan.. tapi dah petang. Takut tinggal belangga je dia hidang .. hahaha baik kitaorang pi RTC Perak nyopping kat Mydin.. hahhaa Mydin tengah offer apalagi 3,4 helai jugak t-shirt tuk hero-hero mummy rembat.. kempis poket.. hahaa..

Kitaorang sampai Penang lebih kurang jam 5,6 petang giteww..  Hujan pulak.. so aktiviti merewang dibatalkan dan lepak kat rumah layan bunyi hujan yang nyaman. Pastu makan dari hasil tapau kedai mama. Ikan Keli  bakaq weiii..!

Kedai Family mummy kat Penang.Kalo ampa mai Penang jangan lupa singgah ...macam-macam ada..hehhee 

Esoknya lepas-lepas kemas rumah , kitaorang meronda kat shopping mall area umah mummy tu.. Biasalah melayan tekak dan mata.. hahaa balik singgah kedai mama dan makan makan dan makan. Balik tu lebih kurang jam 4,5 petang giteww kitaorang bergerak pula ke Teluk Intan Perak. Sebab esok kan kenduri. 

Anak dan anak buah mummy.. Ni yang hero-hero dok rindu sokmo..

Awal pagi mummy dah mangkit... syokk betui tidoq kat kampung ni.. nyaman je udara dia. Bunyi ayam, itik dan jadi radio cabuk dipagi hari. Plan pagi tu.. ingat nak meronda Pekan Nat Changkat Lada.. Syokkk betui tengok hasil tani orang kampung.. tapi sebelum bergerak bonet dah penut dengan pelbagai buah tangan dari mak dan pak menakan. Adoii macamana nak shopping lagi ni.. hahaha #pitam

Pagi di kampung mummy.. Nyaman kannn..

Sebelum bergerak pi kenduri dan meronda kita posing dulu.. Ni rumah Arwah Tok Wan Abah mummy...Dedulu kalo tidoq sini , mesti tidoq dalam kelambu... Jakun jugaklah hero-hero mummy... La ni takdak dah...

Sementara menunggu tengahari sempatlah mummy dan family meronda ke sebuah dua rumah mak menakan mummy bertanya khabar.  Dari kejauhan wajah-wajah mak-mak menakan kelihatan seronok melihat mummy .... Yelah sapa tak rindu mulut becok ni kan.. hahhaa .. Adik mummy siap sentap lagi.. " Mak mak menakan jumpa Along semua riuh rendah.. Tapi bila jumpa Nadia ... semua krik krik.. keh keh keh " ala sekali sekala je Nadia oiii.. Bagi canlah kat Along hang ni oiii.. hehhe 


Ni kat depan rumah Mak Lang mummy.. ada traktor padi.. posing la sat..Tayar dia ja dah menyamai ketinggian mummy..keh keh keh.. Sori lupakanlah hasrat nak memanjat kat tempat drebar tu..hehe

Lepas meronda ke rumah Mak Lang , Mak Ngah dan Wa... kitaorang menyerbu pulak Pekan Nat Changkat Lada..mana la tau ada ayam color2 hat comey-comey tu.. Boleh bawak balik Melaka..Keh keh keh #berangan puihhh... Sori takdak gambaq..Tangan penuh dok borong barang.. Mempelam , sayur-sayuran dan pelbagai lagi.. hehhee Murah weeiii...!

Settle meronda mummy dan family bergerak ke rumah Pak Teh mummy.. Sepupu mummy yang kawin.. Meriah kenduri kampung ni.. Orang mai tak putus-putus. Pastu dapat jumpa sepupu sepapat yang raya pun susah nak jumpa.. Mau tak syokkk..

Mummy dan adik-adik..eh! hahaha :p

Mummy dan sepupu sepapat belah mama mummy... Apa-apapun mummy nak ucapkan Selamat Pengantin Baru buat Ija dan Syafiq.. Moga kekal bahagia till jannah..Amin..Nak tau lepas kenduri mummy pi mana..tunggguuuuu.. hehhe

Thanks for Reading! Wassallam..

You May Also Like

2 Comments

  1. mummy ank tokey restoren la ye..mesti pandai masak ni

    ReplyDelete
  2. bestnyaa kawasan kampung. Tok pun ada sawah gitu tapi kami dari kecik tak boleh pegi sana. tataulah kenapa nak main2 kat sawah bendang meamng tak dapat.

    ReplyDelete