Travellog : Menara Condong Teluk Intan Perak

by - May 03, 2018

Assallamualaikum...

Dah lama tak menjejakkan kaki ke negeri kelahiran mummy iaitu Pekan Teluk Anson atau nama barunya kini Teluk Intan . Kalau setakat balik kampung kat Seberang Perak tu, memang setiap tahun kecuali ada hal lain ,  kitaorang balik walaupun Tok dan Wan sebelah mama dan abah mummy dah takde. Tapi sedara mara masih ramai yang menetap dinegeri ini. 

Kali ni mummy balik kampung kerana menghadiri kenduri kahwin sepupu mummy . Seronok betui jumpa sedaa mara yang ramai tu.. waktu macam nilah dapat berkumpul.. 

Dah alang-alang balik kampung ni, apalagi merondalah mummy ke Pekan Teluk Intan... Rasa macam dah lama tak kesini. Naik Menara Condong Teluk Intan? Ermmm rasa macam tak pernah naik... hahaa... Shopping kat area sekeliling tu adalah.. hahhaa..Dasar anak jati lupa diri .. ginilah! Gaggagagaa 😝

Penangan dari Rancangan TV "Hala 3" yang dihoskan oleh Remy Ishak telah menarik-narik hati mummy ni ke sini. Seronok melihat dia menjelajah ke setiap negeri mencari sejarah tempatan. Syokkk! Bukan sebab hos dia hokay..


Menara Condong Teluk Intan Perak

Waktu Lawatan 

Isnin- Jumaat : 8.00 pagi- 5.00 Petang
Sabtu-Ahad/ Cuti Am : 9.00 pagi -6.00 petang


Keunikkan menara condong Teluk Intan atau nama asalnya Jam Tinggi  ini memang tak dapat disangkal keunikkkannya .  Condong tapi tak mencecah bumi dan mampu bertahan sekian lamanya sejak 1885.  Malahan ianya merupakan salah satu tarikan utama pelancong ke sini. 


Mula-mula melangkah ke menara condong ni korang kenalah tinggalkan jejak ye.. Senang dorang nak record jumlah pelawat yang melawat tempat ni.

Ni ground floor.. Berlantaikan kayu.

Di ground floor juga terdapat gambar-gambar lama Menara Condong  yang boleh dijadikan rujukan bersama.

Dibina oleh seorang kontraktor yang bernama Leong Choon Chong yang pada asalnya bertujuan untuk membina tangki air yang boleh digunakan  pada musim kemarau atau sekiranya berlaku kebakaran. 


Mummy rasa ni la sambungan tangki air yang pernah diperkatakan dulu. Mummy agak je sebab tak kelihatan write-up mahupun caption yang menerangkan bagi setiap tingkat.

Bagi korang yang suka meninggalkan jejak , bolehlah menulis nama di buku pelawat hang disediakan di pintu masuk utama. Mummy bagi can kat hero kecik yang menulis..

Tinggi menara ni adalah setinggi 25 meter dan mempunyai 110 anak tangga.  Konsepnya pula lebih cenderung kepada senibina pagoda dan kelihatan dari luar mempunyai 8 tingkat, walau hakikatnya ianya hanya 3 tingkat. Kalau 8 tingkat mau cunggap mummy naik . 


Tangga melingkar yang membuatkan mummy gerun sikit nak naik. Ngan baju kurung lagi..adoii seksa baqhang..

Menaiki anak tangga yang melengkung ini , membuatkan mummy agak cuak. Dengan keadaan bangunan yang sengget lagi , adoii jangan ada yang tersentuh. Sentap kejapan mummy! Hehe.. Biasalah gayat.. Tangga tu pulak tinggi. Waktu menaiki anak tangga tu, bukan boleh naik berdua-dua tapi kena naik sorang-sorang disebabkan oleh kelebarannya yang tak berapa nak lebar.  

Dari tingkat atas , mummy boleh melihat pemandangan dari atas pekan Teluk Intan ini. Walaupun takdelah sesibuk KL, mummy masih enjoy dengan pemandangannya. 

Kalau korang nak tau, disebabkan oleh ketinggian menara condong ni.. menara ini pernah dijadikan sebagai tempat kawalan memerhatikan musuh. Dan sekiranya musuh datang menyerang , menara kawalan inilah menjadi sasaran utama mereka. Selain itu juga menara ini juga dijadikan sebagai penanda waktu dan petunjuk kapal ke Pelabuhan Teluk Anson suatu ketika dulu bagi pedagang yang berlabuh dipelabuhan itu. 

Atas sekali tulah yang menempatkan jam besar tu. Tapi takleh naik, ada pagar berkunci. Kalo dapat naik pun macam tak berapa nak sesuai.. mau taknya kejap-kejap waktu bertukaq mengikut pelawat yang hadir. Kejap pagi, kejap malam, kejap subuh..hahhaha Almaklum la takde orang jaga kan..

Jam ini berusia 127 tahun ini buatan Firma J.W Benson dari London ini sebenarnya tidak lagi menggunakan kuasa bateri , tetapi perlu menetapkannya secara manual bagi mengekalkan fungsi dan pergerakkan waktu. Jam ini akan berdenting setiap 15 minit dan sekerap itulah wayar besi pemberat yang bersambung ke jam tersebut akan jatuh sedikit demi sedikit. Setelah genap seminggu , wayar besi pemberat tersebut perlu dinaikkan semula sebagai cara menguncikan jam tersebut bagi membolehkan ianya bergerak seperti biasa. 

View dari tingkat atas ni pun cun.

Hero kecik posing sakan.. Bila mummy nak posing semua gambaq senget.. adoilah anak..

Kenapa Menara ini Condong?

Menara ini condong bukan disebabkan oleh senibinanya namun ianya disebabkan oleh faktor geografi yang pada asalnya ianya tidak condong. Ia mulai condong disebabkan oleh binaan asasnya yang lemah dan juga disebabkan oleh bebanan tangki yang berisi air pada masa tersebut. 


So buat sapa-sapa yang belum pernah menjejakkan kaki ke Menara Condong ni boleh lah kesana. Merasai salah satu keunikkan yang terdapat di Malaysia.. 


Thanks for Reading! Wassallam.. 

You May Also Like

2 Comments

  1. Siqah teringin nak pergi sini. Nak merasa kecondongan menara :D

    Mommy, jemput join giveaway di blog Siqah jika ada kelapangan ye 😊🙈

    LETTER OF HAPPINESS GIVEAWAY BY BLOG SIQAHIQA

    ReplyDelete
  2. baik baik Mummy condong tu jaga jaga hehe.. kecik2 je rasa penah sampai Teluk Intan sebab mak dulu ngaja sana. lepas tu tak pergi dah. tapi katanya ada kedai udang galah famous situ.. benarkah Mummy ?

    ReplyDelete