"Resepi Tradisi Sajian Ala Bandar" Tema Bazaar Ramadhan di Hotel Seri Malaysia Melaka
Assallamualaikum...
Hotel Seri Malaysia memang sudah cukup terkenal di Malaysia dengan mempunyai rangkaian hotel di setiap negeri kecuali Sabah dan Kelantan yang kesemuanya berjumlah 21 hotel dengan bilangan bilik lebih kurang 2000 bilik kesemuanya. Disamping itu juga hotel ini menyediakan wifi, astro (tv satelit) , bilik mesyuarat dan juga kolam renang yang bakal menarik minat pelancong dan dalam negeri menginap disitu.
Sempena bulan ramadhan yang bakal tiba, Hotel Seri Malaysia di Melaka telah melancarkan " Bazaar Ramadhan" yang telah dirasmikan oleh YB Datuk Wira Roslan Bin Ibrahim selaku Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka . Malahan ianya juga telah dihadiri oleh YBhg Datuk Haji Murad Bin Haji Husin iaitu Yang Dipertua MPHTJ , pelajar-pelajar Madrasah As Solihin Merlimau Melaka serta kakitangan hotel itu sendiri bagi merasai kemeriahan berbuka .
Menarik di Bazaar Ramadhan yang dianjurkan oleh pihak hotel Seri Malaysia Melaka , ianya menyediakan pelbagai juadah tradisional secara buffet dan juga secara warung kiosk yang berkonsepkan "Resepi Tradisi Sajian Ala Bandar" . Terdapat hampir 140 jenis juadah istimewa yang dihidangkan disini antaranya Kambing Golek, Gulai Kawah , Char Kueh Teow Special dan pelbagai lagi juadah .
Selain keistimewaan juadah yang dihidangkan, pihak Hotel Seri Malaysia juga sentiasa memastikan sumbangan CSR iaitu Corporate Social Responsibilities hotel dapat memberi peluang kepada peniaga-peniaga kecil diluar sana berniaga secara PERCUMA diruang legar (Lobby) hotel sepanjang bulan ramadhan ini. Anak-anak yang dijemput juga akan menerima sumbangan dalam bentuk " Sumbangan Pelajar Cemerlang" bagi setiap kali menjelang ramadhan.
Harga pakej yang ditawarkan juga oleh pihak hotel juga masih ditahap sederhana bagi para tetamu dan sambutan yang diterima setakat ini cukup menggalakkan.
Hotel Seri Malaysia memang sudah cukup terkenal di Malaysia dengan mempunyai rangkaian hotel di setiap negeri kecuali Sabah dan Kelantan yang kesemuanya berjumlah 21 hotel dengan bilangan bilik lebih kurang 2000 bilik kesemuanya. Disamping itu juga hotel ini menyediakan wifi, astro (tv satelit) , bilik mesyuarat dan juga kolam renang yang bakal menarik minat pelancong dan dalam negeri menginap disitu.
Hotel Seri Malaysia Melaka
Lot PT 12332 Lebuh Ayer Keroh ,
75760 Ayer Keroh , Melaka
Telefon : 06 -232 8460
Fax : 06-232 8470
Facebook : Seri Malaysia Melaka
Instagram : SeriMalaysiaMelakaHotel
Menarik di Bazaar Ramadhan yang dianjurkan oleh pihak hotel Seri Malaysia Melaka , ianya menyediakan pelbagai juadah tradisional secara buffet dan juga secara warung kiosk yang berkonsepkan "Resepi Tradisi Sajian Ala Bandar" . Terdapat hampir 140 jenis juadah istimewa yang dihidangkan disini antaranya Kambing Golek, Gulai Kawah , Char Kueh Teow Special dan pelbagai lagi juadah .
Antara menu yang dihidangkan
Pelbagai jenis kuih muih
Char Kueh Teow Special
Harga pakej yang ditawarkan juga oleh pihak hotel juga masih ditahap sederhana bagi para tetamu dan sambutan yang diterima setakat ini cukup menggalakkan.
Harga Pakej Berbuka Puasa di Hotel Seri Malaysia Melaka
Dewasa ; RM 58.00
Kanak-kanak ; RM 28.00
Selain itu juga Hotel Seri Malaysia Melaka turut menyediakan pakej-pakej istimewa sepanjang bulan ramadhan ini bersesuaian bagi individu , keluarga mahupun Pakej Secara Berkumpulan ( Group Package) . Untuk sebarang pertanyaan / tempahan dan sebagainya boleh menghubungi :
Email: hsmm_marketing@yahoo.com
Thanks for Reading! Wassallam..
1 Comments
time ramadhan ni memang buffet hotel antara yang menjadi pilihan kan.. menu hidangan melayu jugak jadi pilihan =)
ReplyDelete