Travellog : Taman Rekreasi Gunung Lang , Ipoh Perak

by - May 08, 2018

Assallamualaikum...

Banyak kali jugak mummy mematahkan hasrat ke Taman Rekreasi Gunung Lang ini. Almaklum la hasil pembacaan mummy diblog, ramai yang kata kat sini tak best.. Takde apa pun.. Boring...!!

Adoii buntu mummy , nak bawak parents ke sini. Tapi disebabkan trip ke Ipoh kali ini , hanya suka-suka dan tidak mengejar masa. Apalagi singgahlah mummy. Lagipun tak jauh pun dari highway Ipoh tu. Sekejap je dah sampai. 

Dari jauh sudah kelihatan Air Terjun Gunung Lang ini. Air Terjun asli namun airnya perlu dipam bagi memberi impak air terjun yang menarik. 

Tengok dari jauh dah rasa seronok, macamana orang kata tempat ni tak best..! Hish tak patut... tak patut..!

Memandangkan waktu operasi bot ke seberang sana hampir tamat , apalagi deraslah mummy and the geng membeli tiket. Harga tiket takdelah mahal sangat , RM 3 untuk dewasa dan kanak-kanak/ warga emas adalah RM 1.50  sahaja. Berbaloi lah bagi pengalaman menaiki bot ni , lagipun minyak kan mahal la ni....

Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh Perak


Harga Tiket Bot 

Dewasa : RM 3.00
Kanak-Kanak : RM 1.50
Warga Emas : RM 1.50

Waktu Operasi 

Isnin- Khamis : 8.30 pagi- 6.00 petang
Jumaat : 8.30 Pagi - 11.20 Tengahari / 3.00 petang - 6.00 Petang
Sabtu/ Ahad : 8.30 pagi - 6.00 petang



Sementara menunggu bot, kitaorang lepaklah tepi jeti, adoii kat tepi tasik ni kelihatan ikan yang berwarna-warni dan saiznya yang cukup besar. Dan diselang selika. Dengan seekor dua kura-kura sebagai penyeri.. hahaha  Nak bagi makan roti pun boleh . Kat food court tepi tu, ada je menjual makanan untuk ikan dan kura-kura. Kitaorang tak sempat nak kasi, kasi makan perut yang kebulur dulu makan. Hahaha 🤣 


Ikan gemoks..

Waktu menunggu kitaorang cuci mata tengok ikan..

Tempat menunggu akan ketibaan bot..


Setelah beberapa ketika menunggu bot, akhirnya sampailah kitaorang ke seberang sana. Hero-hero nak sewa basikal , tapi sebab waktu operasi dah habis ... tak sempat lah nak sewa. Tapi mummy pujuk, punya pujuk., hero-hero dapatlah naik basikal tanpa dikenakan sebarang bayaran dengan tempoh 10 minit sahaja.  Abah mummy pulak hanya sempat posing disisi basikal.. keh keh keh..


Hero kecik posing tak pandang kamera, hero besaq macam biasa dok sengih sokmo

Abah kena paksa posing ngan mummy..keh keh keh


Syok jugak ambil angin petang kat situ, nyaman je.. Disitu juga terdapat Ostrich, kuda, pelanduk , lembu dan juga monyet sebagai hiburan sampingan disitu.. 


Team gegirl!

Mak Usu.. Budak anti social, 24 jam pegang phone ja..

Rusa anak beranak

Acah-acah je dari kejauhan... Nampak Ostrich ni macam lapaq ja, habis semua pagar tu dia gigit..



Setelah beberapa ketika , posing dan juga meronda disitu apalagi masa untuk balik ke daratan pulak. Tu pun setelah pengumuman dibuat.. hehee yelah nak senja dah kan.. 

Sampai je kitaorang anaka beranak meronda digerai-gerai food court yang terdapat situ. Opcoz la Ice Cream menjadi agenda utama walaupun cuaca sejuk nak hujan.  Kemudian kitaorang lepak pula di tepi air terjun , posing-posing  dan melayan perasaan sebentar.. hahhaa .. 



Tapi sekejap je la.. hujan dah mulai turun dengan rancaknya. So berlari-lari mummy ke kereta .. ala-ala cerita senetron.. hahaha 🤣 



Team boboi..

Beransurlah kitaorang pulang ke next destinasi iaitu Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung.... Anw sorry guys.. kebuluq , so sekeping gambar pun takdan nak amik. So takde entry.. keh keh keh.. 

Thanks For Reading! Wassallam


You May Also Like

6 Comments

  1. best jgk..orang Perak pun belum pegi lagi..

    ReplyDelete
  2. pernah sampai sekali tapi da lewat petang sangat kami naik boat je.. tak turun pun kat kawasan air terjun tu. sronok kasi ikan makan sebab banyak. geli pun ada jugak tengok merenyut hehe..

    ReplyDelete
  3. pernah smpi sekali.. tp tak naik bot pun sebab time tu tiba2 ramai pulak pelancong china mai.

    ReplyDelete
  4. Xde chalet ke untuk tido sana

    ReplyDelete
  5. harga ticket oku?
    boleh bawa makanan ringan?

    ReplyDelete