Showroom T-shirt Jenama Bvrret Kini Telah di Buka di Klebang Melaka

by - April 09, 2018

Assallamualaikum..

T-shirt merupakan salah satu pakaian yang cukup sinonim sebagai  pakaian harian kita. Memiliki t-shirt yang selesa, berkualiti , design yang menarik dan boleh didapati dengan harga yang berpatutan adalah suatu keperluan wajib bagi  pemakainya.

Dengan itu semakin banyak T-shirt keluaran tempatan yang  memeriahkan industri clothing pada masa kini . Dengan cara ini peminat-peminat diluar sana  dapat memilih t-shirt mengikut citarasa masing-masing. Ada suka corak yang simple dan ada juga yang suka dengan corak yang sarat memenuhi disegenap ceruk t-shirt.  Salah satu jenama yang semakin mendapat tempat dihati peminat t-shirt adalah dari jenama Bvrret . Ini kerana kualiti kain , design dan harganya yang mampu dimiliki oleh orang ramai diluar sana. Malahan design yang dikeluarkan dari setiap t-shirt mempunyai kelainannya yang tersendiri daripada jenama t-shirt lain yang kian rancak berada dipasaran.





Baru-baru ini Pemilik Jenama Bvrret  ini telah merasmikan Showroom Bvrret yang terletak di Klebang Melaka. Ini bertujuan  bagi memudahkan peminat Jenama Bvrret ini sendiri ,  melihat kualiti dan juga memilih t-shirt didalam pelbagai variasi design . Bukan itu sahaja T-shirt ini juga boleh didapati secara online  bagi memudahkan mereka yang berada diluar negeri Melaka.

Bvrret 


Website 

Lokasi Bvrret Clothing

15-1 Jalan KU 2, Taman Klebang Utama, Melaka
( Sebaris dengan Asam Pedas Claypot)

No.Telefon/WhatsApp
 +6010 306 2756 

Waktu Operasi Bvrret Malaysia HQ 
(Klebang , Melaka)
4.30 petang-10.30 malam ( Weekdays)
2.30 petang - 10.30 malam ( Weekend)
Isnin (CLOSE)


 

Selain itu juga para peminat Jenama Bvrret boleh memiliki pelbagai akssesori lain seperti topi, landyard, beg dan pelbagai lagi akssesori lain dibawah jenama Bvrret.

 Di Showroom ini juga disediakan fitting room bagi para pengunjung mencuba T-shirt Bvrret itu sendiri bagi memastikan saiz yang bersesuaian .

 Antara design yang terdapat Showroom Bvrret




 Design T-shirt yang ringkas namun menarik.

 T-shirt yang dijual juga didatangkan dari pelbagai material seperti cotton, Dryfit , Lacoste yang cukup sesuai digunakan didalam pelbagai aktiviti.





 Ada juga T-shirt yang dijual dalam harga promosi sempena majlis pembukaan showroom Bvrret dalam tempoh masa yang terhad.

 Topi

 Selain itu juga Bvrret juga terlibat didalam aktiviti sukan Paintball, Cycling dan juga e-sport DOTA2.

So sesiapa yang suka akan koleksi T-shirt yang dijual oleh jenama Bvrret ini bolehlah mendapatkannya secara online mahupun secara walk in di showroomnya yang terletak di Klebang, Melaka ini. Selain itu Bvrret Dance Studio akan mula beroperasi mulai 20 April 2018 ini dan Bvrret Kitchen by Chef Fauzi dijangka akan mula beroperasi mulai 1 Jun 2018.  Bukan itu saja bvrret juga mengeluarkan seluar zumba yanng cun sebagai koleksi korang. Cepat dapatkannya ! Sapa cepat dia dapat sebelum kehabisan stok...



Thanks for Reading! Wassallam.

You May Also Like

3 Comments

  1. Menarik dan sangat cantik koleksi dorang...

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kepada pemilik BVRRET ni, EN RASHDAN RASHLI kerana byk membantu pasukan kami, SPEEDBULL BVRRET dalam menceburi sukan Paintball di Malaysia ini.
    Jasa beliau akan kami kenang sampai bila-bila.
    Semoga perniagaan beliau semakin maju kelak.
    Aamiin.

    ReplyDelete