Hotel Menarik di Langkawi

by - November 07, 2018

Assallamualaikum..
Pentingnya tempat tidur kalau kita nak ke sesuatu tempat. Tak kisah dalam kereta atau di atas katil yang empuk, janji kita dapat rehatkan mata dengan tenang. Jadi pada kali ini mummy akan kongsikan tentang beberapa Langkawi Hotels yang boleh dijadikan rujukan/pilihan sebagai tempat penginapan atau tempat berehat sekiranya korang travel ke Langkawi . Its important so that korang akan rasa lebih enjoy dengan penginapan yang cukup selesa.

1. The Danna Langkawi 



The Danna Langkawi adalah salah satu hotel yang dapat rating yang tinggi dari kalangan user Traveloka. Boleh dikatakan hotel ni cukup ada segalanya untuk sebuah hotel. Sesuai dengan harganya yang berkualiti, so tempat dan bilik pon mestilah berkualiti. Daripada front desk hinggalah ke room service, service yang diberikan staff hotel top habis. Dengan senyuman diorang tak lekang korang pasti tak dapat lupakan experience bila duk kat hotel ni. Ada swimming pool kat sini, ada juga spa so korang boleh chill and relax while your stay here.

2. Ambong Pool Villas 

Kalau korang ada budget yang lebih korang boleh try Ambong Pool Villas, kat sini ada villa individual, yang dikelilingi dengan alam semulajadi dan ada view yang sangat menyamankan. Setiap villa ada nama yang agak interesting dan ada pool tersendiri. So memang ada privasi tersendiri. Staff kat sini pun friendly and sudi tolong just in case korang nak sewa kereta atau nak tour guide. Ada satu lagi hotel nama pun dekat-dekat iaitu Ambong-Ambong Langkawi. Lokasi yang best jauh dari kesibukkan kota, korang boleh jalan-jalan menikmati alam semulajadi dengan ada bunyi burung-burung yang rare. Untuk korang yang suka baca buku sambil dengar bunyi hutan yang menyenangkan, kat sini dari balcony korang boleh buat camtu. Great experience, very relaxing.

 3. Casa Del Mar Langkawi

Next pula, Casa del Mar Langkawi. Kat sini harganya eksklusif so servicenya berkualiti juga. Dengan bilik yang mempunyai view yang awesome, dan bila nak masuk malam jer, speechless bila kita tengok pemandangan. Di hotel ni juga ada roti canai dan nasi lemak yang sedap. Pool yang privasi dan dekat dengan beach untuk korang berjalan-jalan. Sesuai dengan honeymoon untuk orang yang dah berkahwin. Pengalaman bercuti romantik sangat sesuai di hotel ni. Lepas tu korang boleh juga try find out pasal Villa Molek. Kat sini ada bilik yang selesa, katil yang agak besar, ada free wifi, dan airconnya tiada masalah.

 4. The Andaman, A Luxury Resort

The Andaman, A Luxury Collection Resort, lokasinya yang strategic, dekat dengan pantai supaya korang senang nak beraktiviti. Resort ni dikelilingi dengan alam semulajadi yang sangat awesome pemandangannya dengan dapat hirup udara yang segar dari ladang. Kat sini juga korang dapat tengok binatang-binatang liar seperti monyet dan burung-burung yang rare. Jangan risau binatang ni bukan jenis yang gigit orang punya. Kalau korang bawak kids mesti diorang suka. 

           5. The Four Seasons Hotel

Kalau Four Seasons hotel di Langkawi ni mesti korang selalu dengar kan. Disebabkan reputasinya yang tiada cacat tu, korang leh expect that the services there is top notch. Dengan pemandangan pantai semasa sunset boleh timbulkan perasaan yang indah dan tenang dapat lupakan segala masalah di dalam kepala. Sini juga sesuai kalau korang ada plan nak memancing, korang leh sewa speedboat untuk aktiviti memancing di laut.
So far kat atas ni a few of hotels yang korang  boleh stay while in Langkawi. Based on your budget too. But actually ada banyak lagi hotel yang ada, korang can find out about them by buka web or apps Traveloka. Type langkawi di search hotels dan nanti akan keluar list of hotels yang ada di Traveloka. From there korang can sort ikut harga or reviews. Depending on your budget mummy surely hope that korang can find the right place suit to your needs. And finally korang can book the hotel melalui Traveloka too. How convenient kan. Have fun!!!
Thanks for Reading! Wassallam
Sumber Gambar : Mr Google

You May Also Like

2 Comments