Celebrate World Animal Day At Sunway Lagoon 2019

by - October 13, 2019

Assallamualaikum..


World Animal Day ini merupakan acara tahunan bagi setiap 4 oktober pada setiap tahun dimana ianya telah bermula seawal tahun 1925 dan berjaya membentuk International Animal Welfare yang bergerak sebagai  penguatkuasa  khas sedunia bagi menggerakkan kuasa global untuk menjadikan dunia ini sebagai tempat yang selamat untuk semua haiwan.

Mummy bertemankan hero kecik aritu, hero besar tetiba demam panas. Angah tak dapat join last minit sebab kena kerja, sib baik Siti dan Soffy ada. Kalau tak suramlah hari tu. 

Di Sunway Lagoon Wildlife Park - Zoo berteraskan pendidikan yang menempatkan 140 spesis hidupan liar,  haiwan eksotik, hidupan liar serta  pelbagai spesis burung, hidupan laut,  haiwan reptilia dan  mamalia di seluruh dunia. Kempen ini bertujuan untuk memupuk minat dan menjadikan tugas memelihara haiwan juga sebagai tanggungjawab kita bersama. Usaha ini mampu membantu menyokong dua matlamat utama iaitu Sustainable Development Goal (SDG) yang ditetapkan oleh United Nation (UN) yang mensasarkan 17 matlamat utama dan  diharap dapat dilaksanakan menjelang tahun 2030.

Sunway Lagoon Wildlife Park  memberi komitmen penuh menyokong dua matlamat mereka iaitu Responsible Consumption and Production (goal#12) yang bertujuan mengimbangi corak had penggunaan agar tidak melebihi pengeluaran secara menyeluruh.  Life On Land (goal #15) bertujuan untuk mempertahankan , mengembalikan semula  dan mencadangkan sumber yang ada untuk mengimbangkan ecosistem muka bumi, menjaga keseimbangan hutan, memerangi kemusnahan hutan, menyekat dan memelihara semula tanah yang musnah dan menyekat kemusnahan kepelbagaian sumber semulajadi bumi.
Beni, Maskot bagi Wildlife Park
Pengurus Besar Sunway iaitu Mr.Sean Choo Lagoon berkata bersempena Hari Haiwan Sedunia pada kali ini, diharap ianya dapat menwujudkan suatu pengalaman baru di mana semua pengunjung tanpa mengira lapisan usia dapat merasai keseronokan  yang terdapat Wildlife Park disamping belajar dengan lebih mendalam bagaimana peranan kita didalam memainkan usaha memelihara alam sekitar disamping berhibur dengan persembahan yang dihidangkan di Wildlife Park . Terutamanya bagi generasi muda masa kini. 

 " Tujuan utama persatuan adalah mengembalikan semula populasi kura-kura liar yang semakin terancam dan sebagai contoh kura-kura sungai yang dijadikan sebagai bahan rujukan kami. Berdasarkan matlamat dan minat yang sama, kami sangat berbesar hati dan teruja untuk bersama berganding bahu dengan pihak Wildlife Park Sunway Lagoon untuk projek kali ini," kata Dr Chen Pelf Nyok, merangkap pengasas bersama Persatuan Pemeliharaan Kura-Kura Sungai Malaysia atau lebih dikenali sebagai Nek Tung Tung oleh Masyarakat setempat.

Teringat kenangan mandi sungai depan rumah Tok Wan yang seringkali Tung Tung ( Spesis Kura-kura sungai) muncul dengan kepala halusnya mula mengamit memori. Arwah tok wan selalu kata, kalau mandi lama-lama nanti nanti Tung Tung  makan ampa.. hhaha apalagi pulonlah sepupu sepapat lari menyelamatkan diri dimakan tung tung. Hahha.. Padahal Tung Tung ni saiz dia kecik je.. Mulut dia pun tak mampu nak ngap kita, tokak (gigit) manja-manja mungkinlah boleh .. hahaha ... Namun kini zaman dah berubah.. Sungai depan umah arwah dah ditimbus dengan tanah dengan projek perparitan baru. So dengan adanya Celebration World Animal Day ni ianyalah amatlah bagus bagi meningkatkan kesedaran tentang perlindungan haiwan-haiwan yang semakin pupus ini.

Sempena meraikan Hari Haiwan Sedunia ini pada 5 Oktober 2019, Sabtu , pihak Sunway Lagooon telah mengadakan pelbagai aktiviti  sejajar bagi meraikan hari tersebut dengan meriah disamping memberi pendidikan dan juga kesedaran dengan pelbagai aktiviti menarik yang menyeronokan.

Berpeluh sakan jugak nak menghabiskan aktiviti yang disediakan. Kena pulak waktu starting aktiviti mummy yang satu kumpulan dengan Kak Limah boleh pulak sesat tak jumpa jalan ke Wildlife Theater... hahhaa Kelam kabutlah kejap. Okaylah berbalik kepada aktiviti yang diadakan, kitaorang telah diberi task yang dinamakan Sunway Lagoon Wildlife Park Jumanji  Challange . Nama pun dah mencabar sangatkan..hahhaa :p Selepas itukitaorang dibahagikan denngan beberapa kumpulan . Mummy dan Kak Limah satu kumpulan dan telah diberi nama  "Porcupine" ( Landak) . Aktiviti ini melibatkan kitaorang perlu explore 7 stesen yang terdapat di Wildlife Park dan perlu menghabiskan semua aktiviti di setiap stesen dengan jaganya dan perlu mengumpulkan semua bahan yang diberi dan mengumpulkan semula di Wildlife Theater.


Antara stesen tersebut adalah :
Tiger ( Harimau)
Panther : Leopard, Jaguar, Cheetah
Aviary
Jungle Trail
Rimba
Pet Village
Wildlife Theater

Task Pertama : Tiger Stesen

5.5m ialah jarak lompatan yang paling jauh bagi seekor harimau dalam satu lompatan. So tasknya adalah, kitaorang perlu menyusun segala barang yang ada bagi mencukupkan 5.5 meter jarak lompatan tiger tu. Sib baik semua barang yang ada cukup. Kalau tak mau melompat kitaorang macam kena ligan tiger ..hahha :P

Task Kedua: Panther ; Cheetah, Jaguar dan Leopard.
Task untuk stesen ni, kitaorang perlu mengenali corak yang terdapat pada badan Cheetah, Jaguar dan juga Leopard. Setelah itu, kitaorang kena melukis pada wajah ahli semua corak-corak tersebut . Part melukis macam biasalah mummy yang take over. Sib baik lukis corak je, kalau kena lukis panther tu sendiri mau jadi kucing gamaknya..hhaha :P


Task Ketiga : Taman Burung (Aviary) 
Task yang ketiga ni agak mencabar sikit walaupun hakikatnya nampak macam kacang jer...Eh! Tasknya adalah bagi setiap penjaga zoo, mereka wajib tahu..makanan ini untuk sapa, yang tu untuk sapa dan sebagainya. So didalam aquarium kecil yang berisi ulat, kitaorang perlu mencari gambar yang terdapat didalam ulat itu.. siapakah pemakan ulat itu? Fuhhh...Geli hokay! Rasa macam join Fear Factor pun ada..hahhaa :P  Mummy ni nampak je berani. Baru nak sentuh automatik  jerit! Hahaha gilo aih.. boleh kena heart attack tau..  Nasib baik Kak Limah dan Adam ni spesis berani jugak. Harap mummy sampai esok tak settle task.. 


Task Keempat : Jungle Trail
Flamigo terkenal dengan kebolehan berdiri mengimbang badan menggunakan sebelah kaki dan cara ini merupakan cara dorang merehatkan diri setelah penat dengan aktiviti seharian. Jadi task kami kena tiru gaya Flamingo, berposing bagai ikut gaya yang diberikan. Bukan flamingo sahaja, ada lagi banyak lagi haiwan yang merehatkan diri dengan pelbagai cara. So kitaorang perlu mencabut gambar didalam box dan meniru gaya/aksi tersebut. So banyaklah gaya ala-ala yoga version haiwan comel dan kitaorang perlu meniru aksi tersebut. Sib baik kacang je..hahhaa #poyolagi

Task Kelima : Pet Village.

Task seterusnya kitaorang perlu memasukkan sisa plastik ke dalam botol sampai padat agar ianya dapat digunakan semula dan dijadikan ecobrick seperti kerusi, meja dan sebagainya. Ini berikutan pembuangan sisa plastik merupakan masalah sedunia. Dan Malaysia merupakan antara penyumbang kepada sisa plastik dengan anggaran 1 juta tan pada tahun 2018. Task kini dapat membantu bagi membuat ecobrick pembinaan kandang kambing daripada bahan kitar semula seperti plastik botol minuman. Pihak SUnway Lagoon juga mensasarkan penghasilan 1000 biji batu ecobrick. 
Sebelum menunggu giliran membuat ecobrick, sempat jugaklah mummy ligan ayam kaki gemoks ni.. Geram weyy.. Dah la jarang jumpa ayam macam ni.. Adeh teruja rasa macam nak bela sekoq, pastu buat aktiviti ligan ayam Fuhh mau kuruih mummy..hahha :P

Task Keenam : Rimba.
Menyiapkan puzzle juga merupakan salah satu task yang perlu kitaorang lakukan di Stesen Rimba ini. Rimba merupakan tempat hidupan liar seperti White Lion yang ada di Wildlife Park. Kitaorang perlu menyiapkan dua task, Satu mummy dan Kak Limah, yang satu lagi Adam dan Soffy.. Nak kata senang tak jugak, nak kata susah pun tak jugak...hahha :P

Task Ketujuh : The Take Home Garden
Setiap team ditugaskan untuk lakukan sendiri bercucuk tanam dan berkebun dengan menggunakan barangan kitar semula seperti bekas tempat letak telur yang telah sedia dipotong kemudian letak tanah, biji benih yang disediakan dan tag nama biji benih yang kita pilih sendiri. Sebelum tu kitaorang perlu mewarnakan bekas telur dahulu kemudian barulah kerja-kerja semaian dilakukan. Antaranya benih  sunflower seed,pumpkin dan lain-lain lagi. 
 

Tempat Berkumpul : Wildlife Theater
Fuh... finally berjaya kitaorang, walaupun dah tak vouge ngan bau peluh, namun berjaya jugak. Ni jenuh jugak bertanya kat staff Sunway. Yelah kalau tak tanya kang sesat jalan.. Semua bahan--bahan yang kitaorang kumpul di setiap stesen perlu dibuka dan kitaorang perlu menggunakan semua bahan tersebut secara kreatif sebagai tempat makanan bagi Landak. Antara bahan yang terkumpul itu adalah tempurung kelapa (3 set) tali putih, tali kapal , lobak merah dan juga kacang panjang. Walaupun antara yang terakhir yang menyiapkan task, we 're proud dengan diri-sendiri jugak. Yelah dengan gabungan dua group seramai 5 orang ahli termasuk sikecil Siti, kitaorang siap jugak task. ;) Sib baik Siti jenis tak meragam dalam panas-panas. Terboek Siti. 
"Be An Earth Warrior and make a difference for a more sustainable  World"

Segala task yang diberi apalagi masa untuk enjoy! Thanks buat Sunway Lagoon yang memberi peluang untuk kitaorang sekeluarga menikmati suasana keseronokan yang terdapat di Sunway Lagoon ini.  So korang kalau nak bawak family dengan pelbagai aktiviti riadah, Sunway Lagoon adalah pilihan yang tepat. Semua ada!

More Infomation / ticket price


Water Theme Park


Night of Fright 7 (NOF7) .. Sampai 5 Oktober je tau..



Bawak budak comel ni punyalah happy.. Mula-mula mengantuk, nampak air je terus segar. Siap gelongsor badan masuk balik dalam air lagi. So semua peringkat usia memang enjoy datang ke sini.. ;)

Thanks for Reading! Wassallam

You May Also Like

1 Comments