Pembukaan Cawangan ke 25 MBH Skin Expert di Sungai Udang Melaka

by - October 07, 2019

Assallamualaikum.. 

“Untuk nampak lawa , I pergi MBH”  lalallaa Sesuai dengan lagu tema MBH , baru-baru ini telah berlangsungnya Majlis Perasmian Cawangan terbaru yang ke 25  iaitu MBH Medispa di Sungai Udang Melaka. 


MBH SKIN EXPERT
SUNGAI UDANG MELAKA
No.34, Jalan DTS 1,
Pusat Niaga Desa Taming Sari,
76300 Sungai Udang, Melaka

No Tel : 
018-6659838

Waktu Operasi :
 11 pagi - 8 malam (Selasa- Ahad)

Jom kita kenali serba sedikit mengenai MBH Medispa Mempunyai lebih dari 10 tahun pengalaman di dalam bidang spa dan estetik ianya merupakan pusat rawatan kecantikan bumiputera yang cukup dikenali di Malaysia.  “Maya Beauty House” merupakan singkatan  kepada MBH  yang merupakan gabungan rawatan berunsurkan moden dan juga tradisional yang cukup sesuai bagi semua peringkat usia  bagi melakukan rawatan kecantikan dari hujung rambut sehingga hujung kaki.  MBH juga telah didaftarkan pada  tahun 2008  yang bernaung dibawah syarikat MOHA Group Sdn Bhd yang diasaskan oleh Puan Yaya Mohamad.  Semua perkhidmatan yang disediakan memberi tumpuan kepada aspek-aspek rawatan kecantikan wajah dengan pengunaan mesin yang moden dan yang paling penting semua produk yang digunakan adalah HALAL .  So sesuai sangatlah dengan tagline MBH Medispa itu sendiri iaitu “ Beauty In Loving Hands”




Menggunakan produk sendiri yang dijamij halal, selamat dan berkesan merupakan satu keistimewaan yang terdapat di MBH Medispa ini . Kesemua produknya juga telah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan dan didaftarkan dibawah jenama MBH Dermacare dimana semua produknya bersifat organik dan tidak berbahaya kepada pengguna.  Selain itu kesemua produk MBH samada Dermacare mahupun Nutricare , ianya telah dikeluarkan oleh kilang OEM nya sendiri iaitu Kilang MOHA Biotech Manufacturing yang bertapak di Kulai , Johor. Manakala mesin rawatannya pula di import dari Jerman dan Korea bagi memastikan rawatan di MBH menggunakan teknologi terkini dan terbaik di pasaran. 

Penerangan mengenai produk-produk kecantikan wajah yang terdapat di MBH Skin Expert Sungai Udang Melaka

Penerangan mengenai mesin LED oleh Cik Ekin.

Antara rawatan wajah yang terdapat di MBH Medispa Sungai Udang Melaka adalah :

  1. MBH Signature Facial
  2. MBH Cinderella Facial
  3. MBH Glossy Facial
  4. Clinical Acne Treatment
  5. Luminous Skin Treatment 
  6. Oleous Skin Treatment
  7. Oxydermal Hydrating Treatment
  8. Mudnetic Detox Facial
  9. MBH Carbon Snow
  10. Instant Crystal Glow
  11. MBH Royal Gold Reverse Age Treatment
  12. MBH Dermapen Collagen Induction
  13. MBH SGF Scar Solution ( Coming Soon)
  14. MBH Pigmentation Laser
  15. Salmon DNA Skin Booster
  16. Exfoliation Extreme 
  17. Pinkish Cheek Pop
  18. Vitamin C Whitening Infusion 
  19. Aqua Peel Vitamin Insfusion
Sekitar majlis perasmian pembukaan MBH Skin Expert Sungai Udang Melaka yang dirasmikan oleh En. Khalid dan juga Ibu kepada Puan Yaya Mohamad, Pengasas MBH Medispa. 

Puan Yaya dan En.Khalid memberikan ucapan sempena majlis perasmian MBH.

Antara pengunjung yang hadir pada majlis perasmian tersebut.

Sempena pembukaan cawangan yang ke 25 di Sungai Udang Melaka ini, sebanyak 90%-50% diskaun telah diberikan kepada pelanggan terawal yang hadir . Dimaklumkan juga ada yang hadir seawal 5.00 pagi dan beratur panjang dihadapan MBH Medispa Sungai Udang Melaka. Tahniah diucapkan kepada MBH Medispa diatas pembukaan yang ke 25 . Semoga terus maju jaya dari kami pihak admin juliaali.blogspot.com.


Thanks for Reading! Wassallam..

You May Also Like

3 Comments

  1. Wah... Tahniah MBH medispa. . Atas pembukaan cawangan ke 25...

    ReplyDelete
  2. Wah dah ada 25 cawangan..Tahniah untuk mereka... makin cantiklah mummy nanti yer

    ReplyDelete