3 Tips Travel Penting Wajib Korang Tahu!

by - November 26, 2019

Assallamualaikum..

Hari demi hari, semakin ramai dikalangan kita menjadikan melancong tak kiralah menggunakan bag sandang mahupun trolley beg sebagai hobi bagi mengisi lapang . Yelah dengan melancong ke sesebuah negara orang yang asing , kita mampu mempelajari budaya, makanan, cara hidup dan pelbagai lagi pastinya akan memberikan pengalaman yang cukup berharga untuk dibawa pulang. Namun percaya atau tidak, bila kita dah sampai tempat orang yang kita pernah agung-agungkan, baru kita tersedar dan bersyukur dilahirkan dan menetap di Malaysia dan bukannya dekat sana. Sebab tu ada pepatah ada menyebut " Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri", tempat kita tetap terbaik walaupun tempat orang lebih indah. Okay sini mummy nak share 3 tips penting yang wajib korang tahu sebelum travel :

 Image result for backpacker
Kredit Photo : Mr Google
Tiket flight

Benda yang paling penting kalau travel ni pastikan duit cukup. Baru kita boleh enjoy betul-betul nanti. Kalau kita plan untuk travel luar negara, sebenarnya banyak je airlines yang boleh kita pilih bersesuaian dengan tempat, harga dan keselesaan yang ditawarkan. Ini tak, kalau travel je kita asyik fikir Airasia dan Malaysia Airlines je. Sedangkan banyak lagi flight yang selesa dan harganya masih berpatutan untuk kita cuba. Antara yang boleh kita try beli adalah Qatar Airways online promo kerana ia menyediakan servis yang sangat tiptop dan selesa. Namun cadangan mummy, kalau kita plan nak naik Qatar Airways ni biarlah untuk perjalanan yang jauh melebihi 4 jam supaya kita sendiri rasa berbaloi dengan harga yang kita bayar. Dan kalau nak beli tu, cuba bandingkan harga dekat Traveloka. Selain itu, kalau plan nak beli flights to Bangkok online promo, boleh cuba usha Traveloka juga sebab kadang-kadang kita rasa Airasia tu dah murah tetapi sebenarnya bila tambah luggage dan meal ada airlines yang boleh tawarkan dengan harga yang lagi murah. Senang cerita, apa-apa bandingkan dulu harga tiket sebelum kita beli dan Traveloka merupakan salah satu medium yang sesuai untuk kita guna.

Image result for qatar airways
Kredit Photo : Mr Google

Image result for qatar airways
Kredit Photo : Mr Google
Penginapan

Selain tiket flight, penginapan juga benda yang paling penting kalau nak travel. Yelah takkan kita nak tidur dekat kaki lima pula kan. Terdapat banyak pilihan penginapan yang boleh kita cuba. Antaranya hotel, apartment, hostel dan Airbnb. Kalau yang jenis backpackers, mummy sangat suggest kan untuk stay dekat hostel-hostel yang ada. Hal ini disebabkan, harganya yang lebih murah dan masih selesa untuk backpack travellers. Kebanyakan hostel ini dijaga dengan bersih dan menyediakan sarapan ringan seperti roti dan sebagainya untuk pelanggannya. Jadi tak salah sesekali kita tukar anginkan. Bagi mereka yang jenis backpack juga tetapi memerlukan kemudahan yang selesa, mummy cadangkan korang cuba Airbnb ataupun homestay. Kebanyakan Airbnb ni akan menyediakan kemudahan memasak, mesin basuh dan juga iron. So, ia sangat membantu kita untuk menjimatkan ruang beg sebab kita boleh bawa baju sikit dan boleh basuh. 

Image result for hostel airbnb
 Hostel Airnb
Kredit Photo : Mr Google

Image result for airbnb
Kredit Photo : Mr Google
Backup

Kenapa mummy letakkan backup ni sebagai salah satu tip ketika travel? Sebab apa yang mummy tengok kebanyakan travellers selalu tak buat backup plan untuk sesuatu perkara. Dengan kata lain, setiap kali travel pastikan kita kena ada backup aktiviti kalau plan A kita tak dapat dilakukan terutama atas factor cuaca dan keadaan sekeliling. Sebenarnya backup ni tak dikhusukan dengan aktiviti je, financial kita pun kena sediakan backup kalau kita nak travel jauh ni. Supaya kita tak gelabah kalau tetiba tak cukup duit atau apa yang dirancang tak berjalan dengan baik. Financial backup ni pastikan kita dah aktif kan kad bank kita untuk kegunaan international incase kalau cash tak cukup. Dan kalau bawa cash yang banyak juga, pastikan kita letak secara berasingan untuk mengelakkan perkara yang tak diingini berlaku. Kenapa nak letak asing? Kalau kita kena ragut ke kena curi ke sekurang-kurangnya kita takkan total lost, kita masih ada duit untuk survive sementara settlekan hal berkenaan.


Banyak lagi sebenarnya tips yang mummy nak share, tetapi buat masa ni cukup korang pegang pada 3 benda ni. Mummy yakin kalau 3 benda asas ni pun kita dapat pegang dengan baik, tip-tip lain tu just untuk topup bagi perjalanan kita lebih mudah dan efficient. 

Thanks for Reading! Wassallam

You May Also Like

2 Comments

  1. setuju sangat, penting kena amek tau segala tips sebelum travel :D

    ReplyDelete
  2. Ketiga tiga ni memang sangat penting dan memudahkan perjalanan urusan travel. Bila semuanya berjalan dengan lancar of course akan lebih enjoy. Tq for the tips kak :)

    ReplyDelete