Lunch Date di Cendol Kampung Hulu @ Makan Avenue

by - November 29, 2020

Assallamualaikum..


Selalunya mummy pakai delivery food panda atau grabfood  ja untuk menikmati cendol Kampung Hulu ni, takpun kirim kawan. Yelah mau taknya, asal lalu je bersusun orang beratoq. So bila musim- musim PKP ni lah peluang nak ronda-ronda tempat sendiri kan. Habis PKP nanti mereput la kita order pakai delivery . 


Cendol Kampung Hulu

@ Makan Avenue

No.26, Jalan Kampung Hulu,

Melaka

Waktu Operasi : 

11 pagi- 9 malam ( Isnin-Khamis)

11 pagi- 10 malam ( Jumaat- Ahad)



Kebetulan hari ini mumy ada COD Kek Coklat Mini kat Fazil Group.. alang-alang lunch date teruih la. Tu ja yang paling dekat dengan area opis mummy. Serius parking senang, beratoq takyah, meja tak sesak, nak makan sambil hadap Sungai Melaka.. perghh no hal lah.


Ini Nabila, muka ada iras-iras Kila Fairy ya...  lunch date mummy untuk hari ini. Single and available. Ops terpromote pulak..hhahaha :P

Kali ni mummy berpeluanglah meronda semua stall cuma tak sempat ke tingkat atas ja. sebab lunch hour sejam je kan, kang ronda semua dapat makan angin ja. Banyak stall rupanya , baik dari western food sehingga local food. Harga normal ja la, nak kata murah pun tak, nak kata  pun tak jugak. Okaylah! 

Ayam Gepuk Sambal Brengset.

Kali ni mummy order Ayam Gepuk Sambal Brengset.. RM 12.90 kot.. lupa dah aih, pastu ayaq mineral RM 2.00, kawan mummy lak order nasi ayam kukus. harga tak tau sebab bayaq sendiri kat kaunter air tu. Rasa oklah. Tapi menu ni memang brengset habih... PEDAS YARABBI.. Hantu pedas cam mummy pun tak tahan.. Habih ayaq hidung semua kluaq! Nak pedas sangat kan. hamikk! Cuma ayam dia keras sikit lah.. sbb bila goreng garing then sejuk.. apalagi mau tercabutlah gigi pelesu mummy.  

Nasi Kukus 



Hah! Tengok boleh makan hadap Sungai Melaka bila musim PKP ni,  kalo tak.. memang taklah. Even kalau mummy jogging tepi sungai ni malam-malam habis kena hon mulut mohon laluan untuk berlari. Jenuh tau. So kalau korang teringin nak lepak dan makan kat sini, mummy suggest pi lah waktu hari biasa. Lebih selesa. Lepas makan-makan teringin pulak nak makan cendol .. yelah nak hilangkan pedas Si Ayam Brengset tu.. tapi hampa.. ramai pulak dok beratoq untuk order dan membuat pembayaran. Next time la ea nak makan cendol tu. Next time yang tak tau bila.hahaha :P

Okay Happy Reading Uols! Wassallam..

You May Also Like

0 Comments