10 Cara Kuruskan Badan dengan Mudah dan Sihat Tanpa Sebarang Produk

by - December 05, 2020

Assallamualaikum


Memiliki tubuh yang cantik dan kurus sememangnya menjadi pilihan setiap insan.  Kadang-kadang ianya bukan disebabkan untuk cantik sahaja, tetapi disebabkan oleh faktor untuk memudahkan melakukan kerja-kerja seharian, solat, senang untuk bergerak ke hulu ke hilir malahan ada juga yang disebabkan oleh tak nak membazir. Yelah bila badan dah naik, semua baju tak boleh pakai. So kena beli baju baru. Kan pembaziran namanya. So alasan yang terakhir itulah yang menjadi faktor utama mummy untuk kurus.



Sebagai bekas pesakit hypertyroid.. Untuk menguruskan badan bukanlah sesuatu yang mudah. Ini mungkin disebabkan oleh pengambilan ubat hormon bagi menstabilkan iodin didalam badan dalam tempoh yang agak lama menjadi faktor kenaikan berat badan yang mendadak.. Kesukaran menguruskan berat badan itu amatlah jauh dari nyata. Sian kan mummy. Namun baru-baru ini mummy telah berjaya menurunkan berat badan hampir 10 kg, hampir ja tapi belum cecah lagi lah. Still on going.  Okay ni adalah beberapa tips yang mummy share bagi membantu korang memguruskan berat badan.


  1. Stop makan sebelum kenyang. Kalau rasa-rasa dah 80% kenyang so korang boleh stop makan. Ini bagi mengelakkan perut mengembang dan terus mengembang dengan jayanya. So bila kita nak makan next time takdelah space tu makin besar dan besar. Tu yang rasa nak makan dan makan lagi sebab merasakan banyak lagi space dalam perut.
  2. Minum banyak air kosong . Minum air kosong bagus bagi mengurangkan rasa lapar.  Malahan ianya menambahkan tenaga  dan memudahkan buah pinggang memproses makanan yg kita makan. Nak elok lagi sebelum makan korang minum segelas cawan air kosong bagi mengurangkan rasa lapar dan makan secara berlebihan. 
  3. Makan dengan pinggan yg kecil atau pinggan yang dah siap pembahagian portion. Bila kita makan dalam pinggan kecil kita boleh kurang kuantiti pengambilan makanan. Senang nak kawal pengambilan protein, fiber dan juga karbohidrat. Gunakan formula suku suku setengah. Suku Karbohidrat, suku protein, dan setengah fiber. 
  4. Kurangkan pengambilan Makanan yang kaya dengan sumber karbohidrat. Contoh-contoh makanan karbohidrat adalah seperti nasi putih, roti putih, tepung, pasta dan spagetthi.  Tapi kalau nak ambil juga boleh je ambil dalam suku pinggan makan sebab ada sesetengah orang ni tak boleh hidup tanpa karbohidrat ni.
  5. Stop Minum Air Manis. Air manis ni memang sedap. Lepas minum je terus rasa hyperkan. Contohnya starbucks, tealive, coolblog, boba tea dan pelbagai lagi.   Nasib baiklah mummy bukan peminat minum air manis-manis ni.
  6. Amalkan meminum air green tea. Green Tea ini mampu membantu dalam usaha mengurangkan berat badan, kesihatan tubuh dan juga untuk kecantikan tubuh badan kita.  Malahan ianya juga  sarat dengan antioksida dan nutrien yang baik untuk badan dan minda
  7. Pengambilan Fish Oil.  Minyak ikan ini mempunyai kandungan Omega-3 asid lemak yang paling biasa dipanggil DHA dan EPA yang amat diperlukan oleh badan . So ianya akan membantu didalam diet kita.
  8. Please Have a Cheat Day (Once a week). Haaa ini penting! Kenalah bagi peluang pada perut kita once a week untuk menikmati hidangan yang kita inginkan. Takdelah bila sesekali dapat kita bedal makanan kesukaan tu sampai lupa diri. Tak githew.
  9. Jangan Kerap Timbang berat badan. Ni memang mummy suka buat! Akui okay. Tetapi sebenarnya menimbang badan didalam tempoh yang kerap akan melemahkan semangat kita dalam usaha menurunkan berat badan. Cukup sekadar sekali seminggu. Amalkan kiraan loss inch dari weight loss. Biar slow penurunannya itu, sebab kita nak berat badan yang ideal dan sihat. Takmau la kurus kering tapi nak buat apa-apa kerja pun lemau ja.
  10. Be More Aktif!. Ni penting sebab kadang-kadang kita ni tau diet ja, tapi badan acapkali rasa letih ja .. sampai nak jalan pun tak laratlah. Sebenarnya boleh aje buat yang aktiviti yang ringan-ringan. Contohnya parking kereta jauh sikit dari tempat yg dituju. Kurangkan penggunaan lift dan lebih baik gunakan tangga sebagai alternatif lain ke tempat kerja. Bukan itu sahaja , korang juga boleh melakukan home workout yang simple-simple asalkan berpeluh di rumah. Macam lompat bintang, lari setempat, skipping dan pelbagai lagi lah. 
Thanks for Reading! Wassallam



You May Also Like

0 Comments