Apa itu Qailulah dan kelebihannya?
Assallamualaikum..
Hari tergerak hati nak tengok status kengkawan dan juga sedara mara. Scroll punya scroll tetiba tengok status adik angkat di Kluang. Beliau seorang guru. Kelihatan gambar yang di post satu kelas anak muridnya sedang tidur jam 12.55 tengahari dengan caption "Qailulah ime every 12.55 pm daily" and mummy tau Tun M juga mengamalkan rutin ini bagi kecergasan minda tapi apa nama amalan mummy tak pasti. So mummy google la.. Okay ni hasil scrool mummy rujukan kita bersama ye. Moga kita sama-sama dapat mengamalkannya mendapat manfaat daripadanya.
Credit Photo : Pintrest
Apa itu Qailulah?
Qailulah merupakan perkataan bahasa Arab yang kata dasarnya ialah قَالَ-يَقِيلُ-قَيلا-قَيلُولَة. Menurut Ibn Manzur, Qailulah membawa maksud tidur pada pertengahan siang.
Maksud Qailulah juga boleh difahami melalui hadis Nabi SAW yang diriwayatkan daripada Ibnu Mas’ud R.A bahawa Nabi SAW bersabda :
مَا لِي وَلِلدُّنْيَا، إِنَّمَا مَثَلِي وَمَثَلُ الدُّنْيَا كَرَاكِبٍ قَالَ فِي ظِلِّ شَجَرَةٍ، ثُمَّ رَاحَ وَتَرَكَهَا
Maksudnya: “Apa dah jadi padaku dan pada dunia. Perumpamaan aku dan dunia seperti seorang penunggang yang mana dia berehat sebentar di bawah pokok, kemudian pergi meninggalkan pokok tersebut.”
- Al-Khatib al-Syarbini menyebut: “Disunatkan bagi orang biasa melakukan solat Tahajjud untuk tidur Qailulah, iaitu tidur sebelum matahari tergelincir. Manfaat tidur Qailulah bagi orang yang biasa melakukan Tahajjud sama seperti manfaat sahur bagi orang yang berpuasa. Ini berdasarkan hadis Nabi SAW: ‘استعينوا بالقيلولة على قيام الليل’ (Minta bantulah kamu dengan tidur qailulah supaya dapat bangun malam.)
Dapat difahami daripada kenyataan beliau di atas, bahawa waktu Qailulah adalah sebelum gelincirnya matahari iaitu sebelum masuk waktu zohor. Dan sunat bagi orang yang melazimi tahajjud untuk tidur sebentar sebelum zohor, sebagai persediaan untuk qiamullail pada malam harinya.Beliau berdalilkan dengan hadis berikut:
اسْتَعِينُوا بِطَعَامِ السَّحَرِ عَلَى صِيَامِ النَّهَارِ ، وَبِالْقَيْلُولَةِ عَلَى قِيَامِ اللَّيْلِ
Maksudnya: “Kuatkan puasa di siang hari dengan makan sahur dan Qailulah untuk bangun malam.”[14]
Manakala pada hari Jumaat, maka waktu terbaik untuk Qailulah adalah selepas melakukan solat Jumaat di masjid. Hal ini bagi mengelakkan daripada ketinggalan untuk mendirikan solat Jumaat.
Kredit bagi website : maktabahalbakri.com
Qailulah @ tidur sekejap waktu tengahari akan memudahkan kita untuk bangun malam dan berqiamulail.
Orang barat memanggil Qailulah sebagai “nap”. Di negara barat biasanya “nap” dilakukan dari pukul 2 - 4 petang. Hasil kajian menunjukan amalan “nap’ waktu tengahari dapat mengelakkan penyakit jantung.
Menurut kajian lagi, manusia perlu berehat setelah 6-8 jam berjaga. Kita orang Islam akan bangun seawal jam 5.30 pagi untuk solat subuh. kalau dikira dari waktu subuh hingga pukul 12 - 1 tengahari, ia sudah cukup 7-8 jam kita berjaga. Jadi Qailulah @ nap ini adalah sangat-sangat berpatutan untuk dilakukan pada masa itu. Ia sangat sesuai denga fitrah badan manusia.
Apakah itu Hailulah, Qailulah dan A’ilulah ?
1- Hailulah ialah tidur selepas solat Subuh (org yg tak bangun solat Subuh juga termasuk) Hailulah menyebabkan rezeki kita terhijab dan menjadi tidak murah rezeki.
2- Qailulah ialah tidur sekejap sebelum solat Zohor sekadar 26 minit, ianya amat bermanfaat (sumber kekuatan solat mlm).
3- A’ilulah ialah tidur selepas solat Asar, ianya mengundang penyakit pd badan dan jiwa serta perasaan gundah gulana, kecewa dan gelisah.
Hantarkan kpd rakan taulan kerana sentiasa memperbaharui ingatan kita dan sebagai peringatan terhadap org yg terlalai.
Kredit : www.kifarahmedia.com
Wassallam..
0 Comments