Cara Bayar Parking di Melaka Menggunakan Apps/ Aplikasi Terbaru 2023 ( Iphone , Android dan Huaweii)

by - March 27, 2023

Assallamualaikum..

Ramai pula yang bertanya mengenai bayar cara parking di Melaka . Yelah kadang-kadang nasib baik jumpa pondok tiket parking, kadang-kadang bayang pun tak nampak. Ataupun waktu -waktu hal kecemasan  nak cari parking. So bagi memudahkan cara bayar parking mudah dan pantas adalah dengan membayar secara online menggunakan aplikasi terkini. Dibawah ni mummy terangkan nama aplikasi dan cara menggunakan Aplikasi ini.

Cara-caranya :

Download dahulu Aplikasi  SVP SMART PARKING MELAKA

Muat turun sekarang di Play Store , App Store dan App Gallery!

Bagi pengguna yang telah ada aplikasi terdahulu iaitu SVP Melaka dan masih ada baki, aplikasi ini akan auto detact baki tersebut didalam aplikasi yang baru ini. So jangan risau ye baki tu hilang.


Surface bagi aplikasi SVP Smart Parking Melaka. Di paparan pertama akan kelihatan baki didalam aplikasi terdahulu. Kalau agak-agak baki tu tidak mencukup bolehlah reload secara online.


Setiap transaksi akan dikenakan charge sebanyak RM 1.00 bagi setiap reload didalam transaksi secara online.





Kalau  korang nak parking satu hari selama 8 jam boleh lah reload RM 5 + charge RM 1.. So total RM 6.00 . Kemudian masukanlah no kenderaan korang. Tapi kegunaan  bagi  setiap aplikasi valid untuk satu kenderaan sahaja ye bagi satu waktu. Tapi nak masukkan no plate banyak-banyak dalam tu ok je . Takde hal.




Lepaskan tu masukkan berapa lama tempoh parking yang diperlukan. Masa mula parking. Untuk masa tamat tu aplikasi tu akan kirakan. So kalkulator tidak diperlukan untuk tambah dan tolak. :P . Jangan lupa ON kan notification bagi reminder masa akan tamat. Waktu korang perlu tanmah masa je.. Kalau perlulah. Tak perlu it's okay. 

So diharapkan entry akan membantu korang dan memudahkan korang dalam membayar parking secara online.  

Terima kasih dan Wassallam.. Jumpa lagi di next tips!

You May Also Like

0 Comments