Kerana Sushi King ku Apply Cuti
Assallamualaikum..
Hari tu aku tanya kat hero kecik.
"Adik debab-debab hat susah senyum ni.. sebelum puasa, adik nak makan apa? Mekdi , Kepci, Ikan bakaq.. Manalah tau cemuih dok makan apa mummy hang dok masak hari-hari.. Kann…
So dia habaq la..
"Sushi King! Balas hero kecik.."
Wahhh.. Selera hangg…
Pastu mummy hang ni pun pi la check Apps Sushi king.. Todia!
Last makan 2019 daaa..
Lama aih. Nampak nau mummy hang ni budget kan...
Kebetulan weyhh.. Ada Sushi King Bonanza. Semua plate, purple ka, merah ka, pink ka, semua color harga RM 3.50. Harga pukul rata. Eh! Bukan dulu RM 3.00 ka? ka mummy yang dah lupa ingatan. Biaq pi la.. 3,4 tahun sekali kan.
Hero besaq.. ?!
Dia takmau.. penat ayaq lioq ja ajak. Dia tarakmau aih.. Dia hantu kepci dan mekdi ja. Kalo bawak pi sushi rugi mummy. Balik balik makan sushi Tuna ja, lain dia tak boleh nak berapa nak telan. Pastu makan pakai tangan. hahaha okay ni lawak. eh! tak baik tau ampa ni membawang pasai hero besaq mummy .. 🤪😝😜
Nama dia unagi padia tau.. Tau telan ja..
So setelah segala perancangan, planning dan semua mak nenek la.. So mummy cakap la ngan hero kecil, okay rabu ni kita pi. Bonanza start 13 hingga 16 Mac 2023 ni.. So yg agak-agak free rabu ja. Okay adik sayang mummy apply cuti hokay. Lepas ni lagi 5 tahun kita makan sushi okay. hahhha
Bukan apa, mummy apply cuti bukan takat nak makan sushi ja, tapi saja nak bonding dengan hero kecik ni. Asyik dok umah ja. Kesian pulak nengoknya. (Baik kan mummy sambil mata bling-bling juling keataih) Lagipun takmau la rushing-rushing bab makan ni. Kena relax dan menikmatinya.Takut pi waktu orang balik keja jenuh beratoq, kalo malam.. ala malas nak keluaq malam... Lagipun masih awai tahun, so apply ja la cuti tu.
Hari kejadian
Mangkit pagi.. Masak breakfast dan urus mana yang patut. Jam 10.30 pagi baru start bersiap-siap. Hah! Ampa tak tau mummy ngan hero orang pertama masuk na. Kami pilih Sushi King kat Aeon Jaya Jusco Bandaraya. Gigih dak?! Ampa mana tau. Setelah habis 13 plate.. Okay mummy surrender.! Hero kecik takyah cakap.. Lagi awai surrender. Pastu siap tanya.. eh mummy nak lagi ka? ye lah.. mummy punya peberet suka hati mummy hang la. hahaha.. Sekali sekala kan.
Partner teman mummy makan sushi. Orang lain semua takleh masuk bab sushi ni. Dia ja ikut tekak mummy.
Rasa kurang sikit umph dari dulu.. Dulu lagi puas makan dan banyak variety .. Plate purple (paling mahai) dh makan kurang pilihan.. Tapi okay ja. Mummy dan hero kecik ngap ja.! Tapi kalo korang nak pi makan la paling kurang 15 plate sebab berpeluang join contest "Eat More, Spin More & Win more!" yang ada kat dalam apps tu. Macam-macam hadiah ada okay..
Nampak tak perbezaan muka mummy dengan hero kecik? Even dah penuhi hajat dia, tapi muka memang jenis tarakmau senyum.. cengih sokmo! Dah tak larat nak adjust melainkan pakai app/filter kat instagram tu. Dia habaq senyum dia mahai nooooo !.. pigidah..
So setakat itulah cerita poyos dok makan sushi yang kalut nak tulis kat blog. Kata blogger kan. Mestilah kena tulis Setelah makan sushi kitaorang meronda segala ceruk shops yang ada kat Aeon aka Jaya Jusco tu. Habis tu tak balik teruih na. Pi Tesco lak.. Sebab Aeon tak cukup besaq buat kami nak meronda.. hahhaha :P
Okay tu ja nak habaq. Ada masa mummy bebel lagi okay., Adios. Wassalam.
0 Comments