Cara dan teknik belajar bahasa isyarat mudah dan pantas dengan Siasitok Sign Language AR Flash Card.
Assallamualaikum..
Didalam kehidupan ini ada yang dilahirkan sempurna
dari segi fizikal dan mental serta ada juga yang lahir dalam golongan kelainan
upaya. Namun setiap individu itu pasti memiliki kelebihan dan
kekurangan yang tersendiri. Walaupun adakala ia tampak normal, namun apabila kita memulakan perbualan, mungkin mereka hanya merenung
tanpa membalas dengan tutur bicara.
Disini bahasa isyarat mula memainkan peranan didalam komunikasi di mana dua pihak. Samada ianya bertujuan bagi bertukar maklumat mahupun idea. Hal ini jelas menunjukkan komunikasi bukan sekadar menggunakan bahasa percakapan tetapi boleh juga terjadi melalui gesture (tanda isyarat), gerak badan, eye contact dan ekspresi muka yang sesuai digunakan khas bagi mereka yang mempunyai masalah pendengaran didalam berkomunikasi.
Sekitar Majlis Pelancaran yang telah dirasmikan oleh Wakil dari Pihak TERAJU dan Pengasas Siasitok Sign Language AR Flash Card iaitu En Awang Shahrizan Bin Awang Abu Bakar.
Sehubungan itu, baru-baru ini telah diadakan Majlis Pelancaran Siasitok AR Sign Language AR Flash Card yang bertempat di The Shore Melaka pada 13 Mac 2023. Ianya telah selamat dirasmikan oleh Pihak TERAJU bersama Pengasas Siasitok Sign Language iaitu Encik Awang Shahrizan Bin Awang Abu Bakar.
Siasitok Sign Language AR Flash Card ini menyediakan alat bantuan pembelajaran untuk mengajar dan belajar bahasa isyarat menggunakan kad imbas (flash card). Bukan Flash Card biasa-biasa ye. Ia merupakan produk yang dinamakan Augmented Reality (AR) Sign Language Flashcard.
Sejajar untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang betapa petingnya komunikasi didalam kehidupan seharian bersama mereka yang mempunyai kekurangan ini. Selain itu juga Kad imbas atau flash Card ini pula dilengkapi dengan teknologi AR 3D yang pertama DI DUNIA.
Pada tahun 2022, disasarkan sebanyak 22 modul baru akan dihasilkan. Malahan sebanyak 12 000 modul telah terjual sejak tahun 2017. Terdapat 34 buah sekolah Pendidikan Khas menggunakannya Siasitok Sign Language AR Flash Card sebagai alat bantuan pembelajaran dan Pusat Pendidikan Khas Integrasi dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
Antara Anugerah yang telah diperolehi.
Siasitok Sign Language AR Flash Card
Demonstrasi Penggunaan Siasitok Sign Language AR Flash Card menggunakan Apps.
Cara belajar Siasitok (AR) Sign Language Flashcard ini:-
- Sila ke laman web https://www.siasitok.com/ .
- Muat turun Apps Siasitok Sign language . Senarai Apps.
- Apps hanya terpakai bagi pengguna Google Play. (Akan dikemas kini bagi pengguna Apple Strore)
- Terdapat 22 Modul Pembelajaran seperti Alphabet dan Nombor, Keluarga, bangsa dan agama, Haiwan, Tempat , Makanan dan Minuman, Alam Sekitar, Pekerjaan dan pelbagai lagi.
Salah seorang Team Siasitok Sign Language AR Flash Card yang mengajar Bahasa Isyarat kepada pengunjung The Shore Melaka sebelum Majlis Pelancaran.
Latar Belakang Siasitok.
SIASITOK Sign Language dihasilkan daripada idea Encik Awang Shahrizan Bin Awang Abu Bakar,39 berasal dari Kuching, Sarawak. Di sekitar tahun 2015, beliau bertemu dengan rakannya yang kurang bernasib baik. Salah seorang ahli keluarga rakan tersebut adalah Pekak dan tidak dapat berkomunikasi dengan baik bersama keluarganya. Encik Awang menggunakan gambar-gambar yang menunjukkan pergerakan bahasa isyarat bagi memudahkan pembelajaran keluarga rakannya serta membolehkan mereka berkomunikasi dengan lebih sempurna.
Dengan pengalaman lebih 13 tahun sebagai fasilitator, penggerak, penceramah, sukarelawan, curator, jurulatih, penolong jurulatih, wataniah, program angkasawan, eksekutif konsultan, perancang kewangan, jurugambar, entrepreneur, perancang strategic dan mentor usahawan, Encik Awang memperkenalkan satu produk Augmented Reality (AR) Sign Language Flashcard supaya dapat mempelajari bahasa isyarat dengan lebih mudah, seronok dan berkesan.
Untuk maklumat Lanjut Siasitok Sign Language Card ni korang boleh hubungi :
Website
Facebook / Instagram
SiasitokSignLanguage
Twitter
Siasitok1
Antara blogger yang hadir dalam Majlis Pelancaran Siasitok Sign Language
Dari Kiri Adam Hakimi, Mummy Julia , Cik Lily dan Diyana Azman
Terima kasih ya!
0 Comments