Made In Penang Interactive Museum

by - December 06, 2013

Assallamualaikum....


Oklah kali ni aku nak citer serba sedikit pasal Museum baru ni. " Made In Penang Interactive Museum". Ianya merupakan salah satu produk pelancongan terbaru di Penang. Merupakan sebuah 3D muzium seperti Art Trick Museum yang terletak di Georgetown Pulau Pinang. Muzium ini ditempatkan didalam sebuah bangunan lama tiga tingkat yang  telah dibaik pulih dan disinar baru dibandingan dengan Art Trick Museum yang ditempatkan didalam sebuah bangunan rumah kedai baru dua tingkat. Telah dibuka kepada orang awam pada 1 November 2013.

Ianya merupakan muzium interactive 3D yang memaparkan mural dan photography untuk dijadikan satu bahan untuk bergambar dengan pelbagai kreativiti  kita yang pasti akan menarik minat tak kira golongan muda atau tua. Mural-mural yang dihasilkan juga merupakan gaya hidup masyarakat yang terdapat di Penang seperti makanan, tradisi, kehidupan jalanan dan lain-lain lagi.

Actually waktu aku datang  harga tiket tengah promosi so dapatlah diskaun.. Untuk aku dan fyda hanya RM 15 ( seorang ) , Nadia dan Adam hanya RM 5 (seorang) ..promosi tuk children dan student la.So Total RM 40 semuanya.


Dibuka setiap hari  9.00 pagi hingga 6.00 petang. Beralamat di No.3 , Pengkalan Weld, George Town, Pulau Pinang.

Bayaran masuk :
 Student/kanak-kanak : RM 10 
(with ID Card)

Dewasa  : RM 15
(with Mycard holder)
RM  30
(without Mycard holder)




Lukisan -lukisan mural ini terdapat dibahadapan muzium sebelum sampai ke entrance bayaran tiket. Lukisan-lukisannya menarik dan disertakan props untuk berposing .


 Mural ni pulak terdapat dihadapan cafe muzium dan bersebelahan kaunter tiket.

 

 
Kawasan ini pula.. kelihatan diorama-diorama kisah-kisah zaman penjajah dulu kala. Selain itu juga terdapat arca-arca comel yang diletakkan didalam showcase. Mana ntah gambar..cari tak jumpa lak.. Kalo jumpa nanti aku upload na..hehehe



Kiosk-kiosk interactive juga terdapat didalam muzium ini seperti gambar aku ni la ... bila aku dekat je , automatic rupa aku bertukar seperti gambar diatas. hehehehehe mcm sweet je kan..hahahahahah pasan!
Actually terdapat kamera kecik yang dipasang di screen ini bagi membolekan  ia men"detact" wajah yang ada didepan screen. 

Disebelah Mask screen tu terdapat lak ruang teater yang memaparkan cerita-cerita tentang , sejarah , masyarakat dan cara hidup masyarakat di Pulau Pinang. Dan ianya lebih berkonsep santai gitu-gitu je... Takde la kerusi empuk dan air cond yang power. Sekadar ruang menambah ilmu didada..

Kemudian kitaorang pergi ke satu level dimana tiket yang kita beli tu haruslah disuakan dihadapan screen (seperti gambar Adam diatas) . Kat tiket Adam tu ada gambar bangunan lama di Penang ni, tapi bila disuakan dihapadan screen gambar tu bertukar menjadi bentuk 3D seperti diatas. Unik dan amat menarikkan  terutama bagi kanak-kanak seperti Adam yang sentiasa dalam sibuk nak tau itu dan ini..Sabooo je la..

Pastu ditingkat tiga, terdapat berbagai-bagai lukisan untuk korang berposing dengan cara yang paling kreatif sekali. Tapi aku tak pandai la sangat posing.. So aku bagi can kat depan posing dan aku amik gambar. Actually lukisan-lukisan macam diprint atas material tarpolin so lukisan-lukisan tu warnanya agak suram sedikit la. hehheehehe.. So korang layan gambaq dulu na... ( Sori gambaq Adam paling banyak sebab dia yang paling excited amik gambaq..hahahahaha) ishh anak sapo la tu...




 Disini jugak terdapat signage yang memudahkan kita mengambil gambar. Ianya dapat memberikan panduan agar gambar yang dihasilkan lebih menarik dan  ada umphh la..





 Ehhh..ada gak terselit gambaq aku yang tak reti berposing ni..hehheehe


 Adam dah berangan dah..hahaha



 Eh..Anak sapo la yang sesat berkaki ayam ni... kikikiki









Ok lah tu je yang aku nak citer serba sedikit pasal Made In Penang Interactive Museum ni... Korang datanglah sini dan berposing la ikut kreativiti masing-masing na... hehhehe.. Sekian Wassallam.. Thanks sebab sudi membaca....


You May Also Like

0 Comments