Oceanarium The Shore ( School Holiday PART 1)

by - December 14, 2014

Assalamualaikum...


Cuti sekolah menjelma lagi.. Yeahhh ..! Ewah ewahh macam aku lak yg cuti... Tahun ni aku xpos hero2 balik umah Tok Wan dan Tok Mama dorang.. Almaklum la abah masih tak berapa sihat lagi so tak naklah bebankan mama ngan abah... So aku jagalah sendiri hero2 aku yg makin bam bam dari hari ke hari ni..Tengoklahh sapa yg jagakan.. Hehhehehe *pasan*

So aku setkan satu date tuk bawak dorang jalan2 kali ni sekitar Melaka ja , almaklum la budget dan ke'busy'an tidak mengizinkan aku keluar berpoya-poya secara berlebihan gitu! Aichewahhh

Ok Destinasi pertama sebagai pelancong dalam Melaka aku terjah dulu Ocenarium The Shore Melaka ni.. Actually The Shore adalah Pusat Membeli Belah terbaru kat Melaka.. Rasanya baru  bukak dalam bulan oktober aritu..The Shore bersebelahan dengan Swiss Hotel serta berhampiran dengan Kampung Morten, Pirate Park  dan juga Shopping Ocean lama yg kat Bus Station Lama tu..( Ikut jalan ke Pirate Park , ianya terletak di sebelah kiri ikut  jambatan baru tu)

OCENARIUM THE SHORE

Harga Tiket : RM 28 dewasa 
Kanak-kanak RM 18
(Dis 20% until 31 disember 2014)

Detail info seperti dibawah


Selepas pembayaran tiket anda akan diberikan tiket dan juga resit ( simpan resit jgn bagi hilang ye) kenapa ? Sebab anda juga akan dibekalkan dengan soalan kuiz  dan juga spec 3D (akan digunaka dibeberapa kiosk 3D didalamnya. Soalan -soalan kuiz hendaklah dijawab dan dicop ditempat yang telah disediakan. Nanti bila dah selesai menjawab pulangkan semula ke kaunter dan anda akan dihadiah/ diberi souveniar hasil berjaya menjawab semua soalan. Jangan lupa isikan nama , no phone dan alamat ( maybe akan digunakan sebagai platform tuk promosi akan datang). Kitaorang redempt dapat rubber keychain, so ikut luck dorang nak kasi apa ( 3 tiket beli- 3 keychain kitaorang dapat..hehehe)


Jangan lupa posing ye ( pic diambil oleh staff Oceanarium ..macehh)


Ni permulaan penjelajahan anak2 kat dalam ni.. touch dan feel gitu.. Pastikan cuci tangan dulu ye , takut ada bakteria cian nanti xpasal2 kita tertransfer kuman dan bakteria jahat kat hidupan laut ni. ( sinki disediakan , toilet xde.. sila ke toilet sebelum masuk ke Oceanarium ni.


Adam dan Mukhriz bergambar bersama tapak sulaiman.. Suka!



Ok sesi mencari jawapan pun bermula. Pening gak bila ada kuiz ni, Adam nak cepat  jawab semua dengan betul. Terkejar-kejar jugak aku nak pastikan dorang tak hilang walaupun Ocenarium ni xde lah besaq mana.
Jangan lupa cop tau kat soalan kuiz tu. Cop berbeza-beza kat setiap section so xboleh main tipu ok! Overoll aku puas hati . Konsep berjalan sambil mencari ilmu. Dapat gak dorang tau serangga ada berapa kaki, apa nama ikan terbisa didunia, hidupan laut apa yang takde tulang dan macam-macam lagi lah.hehehe ehh?? macam aku lak yang over tau! hehehe

Tengok adam tu.. feel cari jawapan je..menci tau!  takdapat feel dok dalam laut!..eh! hahaha

Chakkk...

Ruang berehat juga ada disediakan .. so jangan risau kalau penat.. meh sini meh dok sebelahh ahkak! kikiki

Macam-macam ikan ada... 

Posing sikit... ni jelahh sekeping yang nak posing..yang lain hampehhh nak kejaq jawapan je.. tensi mummy tau!

Ni namanya Stone Fish/ Ikan batu..jangan tak tau ni antara ikan yang paling berbisa didunia..dah lah rupa batu, tak kena naya kalo terlanggar/ tersentuh..huish!

Ni ruang penempatan penyu. Waktu kat kaunter tiket dorang ada maklumkan samaada nak beli atau tak .. takde paksaan .. ada dijual makanan untuk penyu ni .RM 10.00..aku beli sebab Adam nak..Aku layan je kan.. Dapatlah sejemput isi ayam walaupun bole dapat  kat kedai runcit umah aku setengah ekoq ayam  siap potong kecik.hahahahahah  Takpe dapat pahala bagi penyu makan.. :D lagipun dah nama bawak anak2 jalan kan.. Ntah apa la  yang anak aku tengah bincangkan tu.. tak ajak mummy join sekali pun tau...sob sob sob *majuk arr

Last section... Souveniar and gift shop.. Aku cekup fridge magnet berharga RM 10.00 satu, hero2 amik sorang satu recyle paper yang telah dibentuk seperti hidupan laut bersama color berharga RM 4.90 ker 5.90 .. lupa la.. Anw anak-anak enjoy..mummy pun enjoy! Next location..jeng jeng jeng

Wassallam








You May Also Like

0 Comments