Resort Agrofarmstay @ Skill Tech, Durian Tunggal Melaka

by - January 04, 2016

Assallamualaikum...

Pertama kali menjejaki ke Resort Agrofarmstay @Skill Tech ni.. Terdetik dalam hati, Alahai bestnya..! Damai sangat....! Jauh dari kebisingan hiruk pikuk serta kesibukan kota yang penuh dengan asap kepuk- kepuk yang menyesakkan dada. Nak nak bila musim sekolah tiba. lagiilahh. Hadoiii pengsan oooo.. So mummy ada satu tempat best tuk koranng..  Dekat je... !

Damai tak mata..? Damaikan...Belum lagi datang kat sini. Bayangkann lah korang ada kat tempat mummy ni..perghhh marvellous! hahahhahha... Makan Beehoon  Goreng menghadap kolam..hurmmmmm ( sebut macam Haji Bakhil dalam citer Labu Labi...hahhahaa )

Jarak dari Tol Ayer Keroh ke Agrofarm ni takdelah jauh mana lebih kurang 15 km je. Sekiranya keluar dari tol Ayer Keroh, jalan terus kemudian akan terpapar papan tanda ke laluan alternatif ke Bandar Melaka,  belok kiri terus je lagi sehinggalah jumpa traffic light ke dua ( Simpang ke Durian Tunggal ) belok kiri , terus je.. dalam 11 km, sebelah kanan akan nampak signage Agrofarm.. Senang sangat. Confirm tak sesat! Tak percaya cubalahh... Tak nyosal baqhang...

Pintu masuk ke Resort Agrofarmstay @Skill Tech .
Pic ikhlas dari http://saidila.com/

Resort Agrofarmstay @Skill Tech ni merupakan kawasan percutian inap desa untuk pencinta  alam semulajadi . Memang sesuai sangatlahh dengan mummy kan.. Kikiki. Agrofarmstay ni terletak dikawasan pertanian seluas 30 ekar. Disekelilingi oleh kawasan pertanian yang menjanjikan ketenangan.

Lokasi 

RESORT AGROFARMSTAY@SKILL-TECH,
Lot 453, Batu 13,
Jalan Tebong/ Machap,
76100 Durian Tunggal,
Melaka

HOTLINE :016-209 8623 / 012-2118246
WEBSITE : www.agrofarmstay.my



Jenis-jenis penginapan
1. Villa
Terdapat pelbagai jenis penginapan yang terdapat di Agrofarm ni . So amat  sesuai sangat untuk aktiviti bersama keluarga yang besar , family day, seminar, kem motivasi dan lain-lain lagi. Salah satu penginapan yang ada kat Agrofarmstay ni adalah Villa Agrofarmstay. Villa yang terletak diatas bukit ini mempunyai 7 bilik tidur ( 14 pack)  yang dilengkapi aircond dan juga water heater,  2 ruang tamu (atas dan bawah) , ruang makan, ruang dapur (lengkap dengan peralatan untuk memasak dan juga Ruang Tamu (TV dilengkapi Astro). Ianya juga dilengkapi  dengan kemasan perabut jati yang bermutu tinggi yang sesuai sangat untuk pelbagai bentuk acara.

 Villa atas bukit yang tersergam indah. 

 Bilik Tidur. Selesa sangat.. katil pun empuk.. tu je yang mummy  tau..almaklum la kuat tido..hahahah :P

 Ruang Dapur yang luas serta dilengkapi pelbagai kemudahan memasak.

 Ruang makan.

 Ruang Tamu. Boleh main lari-lari hokay! luas bangat..

 Pemandangan dari tingkat atas.. Penuh dengan kehijauan.

2. Chalet 
Buat mereka yang sukakan suasana yang lebih adventures pihak agrofarm ada menyediakan kemudahan chalet . Chalet yang berwarna-warni ini mampu memuatkan  10 orang belia atau pelajar. Malahan pelbagai aktiviti seperti latihan jasmani serta  jatidiri boleh dilaksanakan di kawasan ini.



Mummy dihadapan chalet berwarna oren selepas penat menjana peluh. Sepadan sangatkan baju oren chalet oren. Hahahha. So over tau!

Chalet warna -warni yang menarik perhatian mata.  Kalo nak buat Majlis perkahwinan kat area sini pun menarik jugak kan. Suatu kelainan giteww..!

 Bahagian dalam chalet. 

Ada chalet purple, ada pink, ada kuning... lahaiiii rasa macam nak tukar-tukar baju je nak berposing. hahahhaaha over tau mummy ni! kiki :p

Selain Villa dan juga Chalet , terdapat juga bilik-bilik  dorm yang menghadap tasik, kolam, taman yang akan menyejukkan mata korang. Nak tengok lebih detail , harga dan lain-lain boleh la  skodeng website dia na... www.agrofarmstay.my

Fasiliti Mesyuarat

Kemudahan untuk aktiviti korporat juga turut disediakan di Agrofarmstay . Antaranya Bilik Mesyuarat Eksekutif ( 12 pax), bussiness centre, bilik seminar (23 pack), Dewan tertutup Lily (80 pack) dan juga dewan terbuka Palma (150 pack). Bagi pihak urusetia pula mereka ada menyediakan  segala kemudahan termasuklah kemudahan wi-fi.Selain itu juga pihak Agrofarmstay juga sedia menerima tempahan bagi Majlis Perkahwinan.



 "Bussiness Centre"

 Bilik Mesyuarat

 Bilik Seminar 




Dewan Lily

 Dewan Palma

Kemudahan Aktiviti Santai

Untuk aktiviti santai pula pengunjung  boleh menggunakan kolam renang , bilik karaoke, "pool lounge", dewan makan, "pet house", surau teratai, padang permainan dan kolam memancing. So dengan adanya pelbagai kemudahan ni , pastinya pelbagai aktiviti dapat dijalankan dengan jayanya. Baik untuk aktiviti kekeluargaan , santai, korporat dan juga belia. 

Didalam keluasaan 30 ekar ni, di Agrofarm terdapat juga Dusun durian, limau, durian belanda, pohon tamar, gaharu dan juga taman herba yang mempunyai pelbagai penawar yang mempunyai rahsia turun temurun yang tak dapat disangkal lagi  akan kemujarabannya. 
 
  Kolam renang.. lahaiii nasib baik mummy tak bawak baju, ehh bukan baju tu la , baju mandi la.hehhee . kalau tak confirm mummy dah terjun kuak lentang. erkkkk :p Pengsan!!

 Karaoke Lounge dalam Kasut Merah. Unik sangat

Pintu masuk ke Karaoke Lounge. I like..! dikelilingi lanskap yang cukup menarik . Seolah-olah menarik tangan mummy untuk join menyanyi sekali. Nasib baik mummy ni, sora macam buluh betong.. kalau tak sampai pagi la mummy menyanyi syok sendiri. kikiiki

Bahagian dalam Karaoke Lounge. Macam nyanyi dalam gua. hahahahah sesuai sangatlahh untuk korang yang suaranya merdu bak buloh betong tu.. ehh bukan buluh perindu.kikiki :p

 Surau Teratai tepi tasik.

Eh lupa nak cakap.. Nanti sampai sana jangan lupa posing ngan Ujang tau... Eh eh bukan Bujang....! Bujang ni memang kaki selfie. Keh keh keh.. Tapi kalo kena tendang jangan marah tau.. Dia selfie ikut mood. Keh keh keh. 


Nilahh Bujang. Seekor kuda yang gagah perkasa. Kikiki.  Hah?! Banyakkan aktiviti boleh buat kat sini.. Bahkan terdapat juga haiwan-haiwan lain yang ditempatkan di pet house. Antaranya arnab, burung merak dan pelbagai lagi yang bakal menambahkan keseronokkan bercuti di Agrofarm. 

Thanks for reading..! Wassallam

You May Also Like

46 Comments

  1. Replies
    1. aaa memang cantik sangat Shehan.. Cozy jeee.. :D

      Delete
  2. Replies
    1. terlebih best Ben .. sampai bangun tido pun lambat org tu..hahahhaa :P

      Delete
  3. fuhhh i like the tasik tu....damai jer rasanya...suasana pun nampak segar dan sangat sesuai untuk terapi diri....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn.. Julia pun suka tepi tasik tu.. nyaman je.. View pagi dan petang memang marvellous..

      Delete
  4. Suka la suasana ala ala kampung. Tenang je berada di situ

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Memang cantik Ash.. nanti mai Melaka bole la datang sini.

      Delete
    2. insyaAllah nanti mai melaka ada tempat dah rumah kakak... hihihi... dia duduk kat durian tunggal gak tempat tu

      Delete
  6. macam nak pi lagi.. sesuai sangat tmpat bercuti keluaraga di sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn... Julia pun rasa yang sama. Bawak family mesti best kan..

      Delete
  7. Dlm vila tu nmpk best... home sweet home sgt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaa memamg best... dia punya luas bole main lari2 lagi.hehehee

      Delete
  8. Mummy... segala pokok buah2an tu kita blh mkn buah2an tu sesuka hati ke kna byr ke mcm mn?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mummy rasa kalo ada buah -buahan mintak je permission dari owner Agrofarm.. rasa bole je kot kalau dalam kuantiti yg sikit tuk free makan. :D

      Delete
  9. Mummy... segala pokok buah2an tu kita blh mkn buah2an tu sesuka hati ke kna byr ke mcm mn?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mummy rasa kalo ada buah -buahan mintak je permission dari owner Agrofarm.. rasa bole je kot kalau dalam kuantiti yg sikit tuk free makan. :D

      Delete
  10. Challet kaler2 tu cantik tertarik menarik kau mmg da bomb lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn.. tapi dok chalet tu kena pakai baju sama color ngan chalet.. hehehe baru kebaboom!

      Delete
  11. Replies
    1. i pun rindu dengan u jugakk my room mate!!..

      Delete
  12. Suka gambar pertama tu tau...hi salam kenal...julia juga ni...tapi julia johari from KBBA team too...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Julia.. Eh nama kita sama la. Thanks sbb sudi singgah. Tu la macam familiar kat whatsApp group KBBA.. :)

      Delete
  13. selesa sungguh tido kat dalam Villa, fasiliti semua lengkap..... rasa nak pi lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn.. selesa sungguh.. katil pun empuk je! lain kali pi nak main masak2 la pulak..hehhee :D

      Delete
  14. cantik laa gambar aaakakkkk....
    terima kasih.done follow back ^_^

    ReplyDelete
  15. Tengok dalam Villa tu macam nak pergi juga...nak rasa macam mana duduk dalam sebuah villa....hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergilahh Diana.. Villa dia siap bole main kejar2 lagi.. Luas sgt.. Syokkk!

      Delete
  16. lawaaa gambar2 MummyJ amek =)
    tempat macam ni sesuai team building ke.. course ke kan..
    bawak family duduk n rasa suasana kg pun best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru nak cakap benda yang sama
      memang cantik gambo mummy ambik

      Delete
    2. Best Siti.. Macam2 aktiviti bole buat kat sini tau.. Envoirement pun tip top hokay... Nyaman je kat sini.

      Delete
  17. best nampaknya tempat ni
    pemandangan pun cantik aje

    ReplyDelete
  18. Tumpang tanya..bas boleh masuk ke dlm x? Dari lobby nak ke villa tu jauh x?

    ReplyDelete
  19. karaoke tu kena bayar atau dah termasuk dalam harga bilik .?

    ReplyDelete