Menyingkap Rahsia disebalik tirai besi I Muzium Penjara Banda Hilir Melaka

by - April 13, 2016

Assallamualaikum... Hi dari tirai besi!

Rasanya ni dah masuk kali ke tiga mummy bercerita tentang Muzium Penjara ni kan.. Yelahh benda best wajiblah dishare bersama-samakan.. tak giteww..!

Entry sebelum ini :-

Kisah pengembaran pertama mummy bersama-sama dengan Persatuan Sahabat Muzium Melaka . Cukup mengujakan dan memberikan pengalaman yang best buat semua ahlinya..

Dah seronok-seronok berkongsi pengalaman di Muzium Penjara dengan kawan-kawan inilah masanya mengembara pula dengan hero-hero mummy. Nampaknya mereka begitu teruja walaupun ini bukanlah lawatan pertama untuk hero kecik sebab rombongan sekolah dah membawanya menjelajah dulu. Tapi serius dengan mummy feel dia lain la sikit . Kitaorang dapat tour guide special iaitu Tuan Rahmat..  Orang yang banyak pengalaman  di Muzium Penjara ini.. Banyak rahsia korang boleh korek tau! hehehehe


Opsss lupa lak nak bagitau.. 23 dan 24 April ni akan ada satu pocket Show. Apa itu Pocket Show? Ianya merupakan sebuah lakonan semula warden-warden penjara ini sebagai banduan dalam tahanan.. Macamana banduan-banduan ini meneruskan kehidupan didalam penjara bertahun-tahun lamanya.. So sapa yang nak pergi please save the date okay.. Rugi tak pi tau!

Lokasi 

Muzium Penjara Malaysia
Jalan Parameswara ,
75000 Melaka

Tel No : +606 2813548
Fax No : +606 281 4079

Facebook 
Muzium Penjara Malaysia

Harga Tiket With Mycard 

Dewasa : RM 3.00 ( Masuk Muzium ) RM 6.00 (Pocket Show)
Kanak-Kanak : RM 1.00 ( Masuk Muzium) RM 3.00 (Pocket Show)

Harga Tiket Without Mycard

Dewasa : RM 9.00
Kanak-Kanak : RM 6.00

Pandangan Hadapan Muzium Penjara. 
Kalau daripada Banda Hilir, ianya terletak di sebelah kanan korang. 

Parking?
  1. Selepas melepasi Bangunan Muzium Penjara ni, belok kanan.. dalam 200 meter akan nampak  flat lama polis.. belok kanan lagi dan parking kat dalam tu. Pastu nak ke muzium silalah menapak sikit ea.. hehehe (Parking FREE)
  2.  Sebelum sampai Bangunan Muzium Penjara ni ada simpang belah kanan ke Jalan Pasar , bole parking dibahu-bahu jalan. Tapi tak pasti kena kupon atau pun tak. Dulu mummy parking ok hehhee Ikut nasib katanya.. heheh :P


Kalau datang Melaka korang memang wajib ke Muzium Penjara ni.. Menariknya kalah rumah hantu okay.... hahahah gurau je lahh.. Takkan tu pun takut kot! bluekk .. Serius ianya lebih daripada berbaloi dengan harga tiket yang korang bayar. Setiap langkah untuk penggembaraan korang pasti akan dibayangi dengan banduan yang pernah menghuni  penjara ini. Langkah demi langkah, bilik demi bilik.. ditemani cahaya lampu yang suram.. pasti korang akan tertanya -tanya apakah pameran seterusnya. Apakah cerita dan kesudahan untuk perjalanan seorang banduan.

Tapi korang jangan risau, setiap tiket yang dibayar  akan ditemani oleh Tour Guide yang berpengalaman iaitu daripada Warden-Warden Penjara itu sendiri. Bercerita dari pengalaman pasti akan buat korang terpana mendengar.  Tak kisahlah dalam skala yang kecil atau yang besar. Pasti akan teruja! mummy ni dah masuk berkali-kali pun masih teruja setiap kali melangkah.

Sebenarnya banyak benda-benda best yang korang akan alami dalam ni. Kalau korang sungguh-sungguh membaca dan menikmati auranya mau lebih dua [2] jam la korang boleh layan di setiap sudut pameran.

Gambar kat atas ni adalah sel banduan yang menempatkan lebih kurang 4-6 orang banduan. (Kalau tak silap la.. ) Dengan berlantaikan simen, berbumbung dan berdindingkan tembok.. bayangkan banduan ini perlu tinggal disini dalam tempoh yang lama.. bukan sebulan dua hokay.. bertahun! sila bayang dan terus membayangkan..  

Di Sel ini juga tidak dibekalkan dengan toilet ye.. hanya 2 [dua]  baldi, berus gigi jari (sauk je kat jari) , dan juga sabun. Satu baldi tuk buang air besar satu lagi untuk air bersih.. hurmmmm.. tiada tembok memisahkan dengan banduan lain ketika membuang ye. Argghhh ngeri.. so jangan buat jahat okay!


Di Ruang Pelawat.. Call call tak dapat.. ermmm.... 
sunyi dan sepi.. memang terbayang! 

Penerangan daripada Pegawai Penjara iaitu En. Asmadi. Kusyuk nampaknya Kak Fa http://blog.farahdafri.com/ ] dan Abang Fizi [ http://hafizihamsan.com/ ]  mendengar pengalaman mengenai jenis-jenis bahan terlarang yang selalu dimasukkan kedalam kemaluan dorang untuk diseludup kedalam penjara . Ada sesetengahnya bahan terlarang seperti dadah tu , yup ! kadang-kadang ianya boleh pecah dan  menyebabkan kematian bagi  banduan yang terlibat. 

Kantin dalam penjara. Antara bahan-bahan masakan yang selalu digunakan didalam penjara. 

Jenis-Jenis hukuman sebatan dan hasilnya. Kalau 25 sebatan jawabnya 25 sebatanlah yang diterima dalam satu-satu masa sekaligus. Tapi hukuman sebatan ni hanya untuk lelaki dan bergantung kepada jenis-jenis kesalahan seperti merogol dan lain-lain lagi . Wanita pula hanya dibahagian belakang badan sahaja dibenarnya. Tengok gambar je dah senak jiwa.. huaaa..


Keunikkan pintu Sel. Pintu sel 360 darjah. Banduan tak perlu buka pintu untuk melihat apa yang banduan sedang lakukan dalam sel, sebab pintu besi ni melengkung .. hanya perlu melangkah setapak dan pusing keliling.  Semuanya dicipta untuk keselamatan pegawai-pegawai penjara. 

Tingkap Sel. Halus je.. 

Antara tali gantung yang dipamerkan.

Sel terakhir sebelum ke tali gantung. Hukuman gantung hanya dilakukan pada hari Jumaat sahaja bagi mereka yang beragama Islam  dan  lain-lain bangsa mummy lupa pulak hari apa. Hari khamis pula adalah hari senyap sunyi... Hari menanti banduan ke tali gantung. huuuhu T_T


Merasai sendiri pengalaman berada didalam sel.. Baru 5 [Lima ] Orang dah sempit.. baru duduk sekejap.. belum lagi bertahun. Tu yang adanya kes banduan bunuh diri dalam sel. Nak rasa pengalamannya datanglah sendiri.. nak tau sesak nafas ke idak ye.. 


Posing sebagai kenang-kenangan bersama Tuan Asmadi didalam penjara.

Replika Feri Pulau Jerejak di Pulau Pinang dulu kala. Feri yang membawa banduan ke dalam Penjara Tahanan di Pulau Pinang. Sekarang takde lagi dah.. sekarang dah jadi hotel. hehehe


Di penghujung pameran akan ada satu sudut Mural, gambar-gambar penjara yang terdapat di Malaysia. So bole posing sakan na.. (sila abaikan muka berlemuih mummy ) hehehe

Antara mural penjara yang ada disitu.  So enjoy berposing okay!

Thanks for Reading! Wassalam...

You May Also Like

35 Comments

  1. selpie stick, camera semua di pegang serentak! blogger memang camtu kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehehe.. aaaa fenomena blogger dan kamera berpisah tiada makk..hehhehe :D

      Delete
    2. Itu namanya family planning.... Ehhhh... Ha ha ha...

      Delete
    3. ooo family planning namanya.. baru mummy tau..hahaha :p

      Delete
  2. Entrance muzium takde ke? ni yg dekat bandar hilir tu kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makkk... mummy dah tempek pic entrance dan bangunan Muzium Penjara ni balik . Tambah lagi tempat parking. Aaaa kat Banda Hilir tu, jalan nak pegi Semabok dan Ujong Pasir..hehhee

      Delete
    2. Next time mak kena ulang baca... Kah kah kah

      Delete
  3. Perghhhh Mummy, memang dapat pengalaman paling best la serious. Tengok gambar yang patung perempuan tu serious menakutkan. ==' Allahuuuu, sebak dada tengok gambar sebatan tu. Sedih amat. (!_!) Tapi nak buat camner, kesalahan telah dibuat maka setimpal lah dengan apa yang diorang dapat kan. Andddd tengok kesempitan penjara tu, dengan disediakan hanya 2 baldi. Ma Shaa Allah sayu hati.

    Kampung abah dekat Melaka, nanti balik kampung boleh la datang sini. Hehe ! Macam syiok pulak. ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaa best Ain... tau takpe.. mummy yg selalu pegi ni still terkejut je manjang. hehhee

      Kadang2 dorang ada buat demo sebatan tu lagi best!

      Jangan lupa pi tau bila balik kampung, lihat gambo denngan rasa sendiri feel dia lain..lagi best! hehehe

      Delete
    2. Okay Mummy. In Shaa Allah. Agak-agak kan kalau bawak budak kecik masuk, sesuai x erk? Sebab penjara niy mcm peninggalan zaman dulu punya.

      Delete
    3. Tak pasti lak.. kalo ramai2 ok je kot.. Tak better takyah la. nanti nangis non-stop pun masalah jugak kan..

      Delete
  4. mummyyyy..seronok ye pngalaman mcam ni,kalu penjara je sy fikir hantu,
    penakut sungguh aihhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hamboii Zie .. dia lg advance .. mummy kalo fikir penjara teringat banduan..dia terus teringat hantu pulak...hahhahaa :P

      Delete
  5. bagus pengalaman camni, memang mengerikanlah penjara ni. semoga kita dan generasi kita dijauhkan daripada hal2 seperti ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulahh harap dapat pengalaman melihat bukan merasai atau tinggal terus kat situ sudah... Insya Allah mudah mudahan.. Amin

      Delete
  6. memang menarik pengalaman mummy..tapi saya x pernah pergi.lemah semangat satu hal, claustrophobic satu hal lagi..patut budak-budak nakal dibawa melawat ke sini.keluar tu terus insaf

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehhee Sal pun boleh merasai pengalaman yg sama.. ooo lemah semangat.. takpe 23,24 ni pocket showw pi ramai2 kurang sikit takutnya tu nanti.. :) mai la

      Delete
    2. Yup toilet dia bg kita memang menginsafkan.. tapi buat buat banduan yg suka kluaq masuk jel tu best kot!..hahahaha :P

      Delete
  7. alaa tengok gambar je dah seram T_T and and seriously macam tu je cara dorang buang air. alamak aihhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaa ada la seram suam2 kuku..hehhehee Mummy pun dah banyak kali masuk still nak berteman...hehhee

      Aaa begitulah gayanya dorang buang air.. huhuhu

      Delete
  8. Honestly... SS mmg x boleh pegi tmpt gini... Kalu balik nti... Ada yg x kena... Keras tmpt2 gini ni mummy...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala.. tak syok la.. aaa memang keras pun , konkrit katakan..hehheeehe

      Delete
  9. uihhh.... macam seram lak nak pi. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala ramai2 tak seram lagi dah.. Seram sekali sekala je.. pengalaman tu yg penting..hehehee :D

      Delete
  10. Tengok semua tu, takut la jadi jahat. Tak nak, tak nak!!!

    ReplyDelete
  11. Mummy.. cantik la benda yg tersangkut kat bahu kaler ITAM tuhhhhhhh..
    - tgk bontot berbirat.. kut x insaf lg.. x tau la.

    ReplyDelete
  12. Bayangkan masa guna telefon tu , dibuatnya ada yang menjawab .

    ReplyDelete
  13. Muzium prnjara..dah lima nam kali pergi Melaka tak penah lagi pegi muzium ni...mungkin lain kali blh pergi..thanks mommy..sudi kongsi tempat2 menarik.

    ReplyDelete
  14. Hukuman sebatan di Malaysia adalah yg paling bodoh. Wanita Dikecualikan. Btol2 tidak adil. Diskrimanisi gender. Yg pompuan kena belakang badan tu sebatan Syariah. Sebatan yg sangat perlahan. Btol2 tindas lelaki hukuman sivil ini

    ReplyDelete