MILO @ Malaysia Breakfast Day

by - April 03, 2016

Assallamualaikum....

Abang! Adik bangun! dah pukul berapa ni..?  nanti lambat pergi ke sekolah... Jerit aku suatu pagi hati yang indah itu.. Tulah rutin aku.. lepas masak untuk bekal Adam ke sekolah,  baru aku kejutkan dorang bangun tido... saja nak bagi rest lebih sikit sebab masing-masing ada aktiviti kat sekolah sampai petang. Confirm penat ! almaklum sewaktu kita tidur , kita kehilangan sebanyak 80% energy hokay. So please take NOTE !

Sambil terpisat-pisat dan menggosok mata... Adam dengan lemah longlainya pun bangun sambil berkata " Mummy .. Adam nak Milo , mummy buatkan ea.." Ok sayang.. Adik mandi dulu ok.. lepas mandi dan solat adik minum ok... spontan aku mengarahkan Adam. Usai mandi dan solat, Adam pantas je minum MILO , apalagi bertambah cergaslah dia. Sampai Mukhriz siap komplen.. adik minum MILO banyak sangat , kita minum sikit je.. hahahaha.. Tu la rutin hero-hero aku. Penuh gaduh-gaduh dan gurau-gurau manja hingga adakalanya mengganggu ketenteraman hening subuh jiran tetangga. Takpe.. bertabahlah wahai jiran tetangga, sejam dua je pun.. anggap jelah kitaorang alarm subuh korang! hahha :p



MILO sama dengan (=) breakfast dah memang cukup sinonim kannnn..! Ahad 27 Mac 2016 bertempat di Padang Dataran Pahlawan Melaka aritu sempat juga mummy memunculkan diri untuk program Milo Breakfast Day  yang diperkenalkan oleh MILO untuk mendidik masyarakat kita khususnya , yang semakin leka akan betapa pentingnya mengambil breakfast dipagi hari sebelum segala aktiviti harian dijalankan. Tapi sayangnya program MILO ni tak dapat disertai oleh hero-hero mummy memandangkan dorang ada Birthday Party ngan daddy dia kat KL, so inilah masa mummy tuk enjoy!!! ehhh..hahahahaa :P


Aktiviti dimulakan seawal pagi dengan aktiviti Zumba, sebelum aktiviti mula wajiblah untuk me'register'kan diri bagi mendapatkan Kupon Breakfast sebab kalo lambat register takut melepas..hehhee


Yeahhh! pulon dek non pulon oiii...Kenyang MILO sungguh aihh hari tu... :D


Pastu mummy dan Kak Fa  try pulakk Bijirin MILO..perghh terbaekkk! sedap yoo...

Ada MILO panas, MILO sejuk, Sandwich Tuna dan Telur, Mee Hoon Singapore , Pisang dan juga Muffin, Errrkk Kenyang! Alhamdullilah

Pas settle makan jangan lupa cari port tuk lepak. Pihak penaja ada juga menyediakan Payung tuk pengunjung berteduh.. :D

Kenapa MILO ?

Kanak-kanak yang menikmati  minuman Malt seperti MILO yang mempunyai pengambilan mikro (Nutrien yang lebih tinggi khususnya kalsium dan vitamin B - Hampir 20% daripada pengambilan harian)

Apakah akan terjadi sekiranya
kita tidak bersarapan pagi?

42% kanak-kanak yang tidak bersarapan pagi,  mereka akan kurang aktif jika nak dibandingkan dengan kanak-kanak yang mengambil sarapan  pagi iaitu 32.5%. Malahan kanak-kanak yang tidak bersarapan pagi adalah 1.34 kali lebih cenderung untuk obes atau gemuk .

Ingat! Dengan mengambil secawan MILO sebagai breakfast yang mengandungi " New Activ Go" gabungan bersama Protomalt mampu mengembalikan tenaga yang telah hilang disebabkan oleh tidur yang panjang , mengurangkan  kepenatan, menyokong dan mengimbangi fungsi tubuh dengan sempurna kembali bagi aktiviti harian kita. 

Piramid Makanan. Penting ni, takdelahh kita hentam je makan, tanpa mengetahui apa yang perlu dan tak perlu bagi sistem pemakanan harian kita. 

Terdapat pelbagai aktiviti yang diadakan antara zumba , bola sepak ala-ala manja, games imbangan badan, belon air dan yang paling penting terdapat banyak booth-booth  yang menyediakan pelbagai jenis-jenis breakfast yang sihat seperti muffin oat, bee hoon goreng Singapore, Sandwich penuh serat, bijirin MILO dan yang paling penting booth minuman MILO , bole minum sampai lebam ok..  ! Kembung pewott  mummy minum MILO pada pagi tu. hahahhaha. Terima Kasih MILO!


Actually banyak sesi Zumba..antara larat ngan tak larat je follow..hehhee 
Cer tengok.. cer tengok..ada muka korang kenai tak..hahahah :P


Sesi imbangan badan.Lepas main games jangan lupa redeem kupon cabutan bertuah


Ni pula sesi Energy Challange


Wow! terror tak mummy..jangan main-main tau! hahaha :P
Ni kalau Malek Noor ka, Sazali ka.. mau menangis tengok mummy...ahahahaha 


Hula-hula hoop. Dah lama sungguh tak main benda alah ni. 
Teringat waktu PJ kat sekolah dulu.. jenuh nak gelek, tetiba pasan ramping! ehhh... jangan termuntah pink hokay..hahhaa :P


Tengah syok -syok main games tetiba....
.
.
.
Nama mummy dipanggil dari pentas utama bagi Pemenang Bertuah Selfie MILO (Instagram) - #mbd2016.
Waweee syokkk oooo... 


Kelihatan anak-anak tak cukup sedang melompat keriangan..
Alamak mummy termiss la pulokk..


Dapat Goodies Bag pulok dari KEVIN , PR Milo  dan Team MILO..

Macehh MILO!!

Hadiah Goodies dan Pemenang Selifie..
Cukup stok MILO sebulan mummy.. So kalau kat tempat koranng ada event MILO jangan lupa datang tau. Macam-macam ada..!
Korang yang tak dapat hadir untuk MILO breakfast Day di Melaka ni jangan risau -risau okay sebab.... MILO akan membuat Tour ke seluruh Malaysia . Antaranya :-

Taman Gelora Kuantan Pahang 

Taman Awan Teluk Likas , Kota Kinabalu Sabah  

Padang Perbadanan Pasir Gudang 

USM Penang 

Padang Merdeka Kuching Sarawak 

Kompleks Perbadanan Putrajaya , Precint 3, Putrajaya  

Untuk maklumat lanjut bole terus ke Laman Rasmi MILO

Thanks for reading! Wassallam


You May Also Like

32 Comments

  1. syoknya Mummy..saya pun suka bijirin milo tu..sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe.. bab makan memang syokk Sal.. hehehehe Aaa Bijirin MILO memang sedap..! yum yummmm..

      Delete
  2. Best ni! Bolot habis semua milo haritu haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hhahhahha.. Sapa yg bolot sakan aritu hah... yelahh rezeki nak buat kek MILO kan.. hehhee :D

      Delete
  3. Ok... i terus ltk dlm reminder 29 mei...

    Ha ha ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak gi Huda?kalau kte pun pergi nanti kte wasap..hehe

      Delete
    2. Sal ... nak g ke? jom register jom...

      family ber4 jom/

      hihihihi

      Delete
    3. tudiaa plan terus.. habis tak nak whatsApp mummy jugak ker.. heheheh :D

      nak jugak nyibuk..keh keh keh :P

      Delete
  4. Mummy ... mcm pelik tgk mummy berbaju ijo... ha ha ha ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn ... mummy yg pakai pun rasa pelik..kikiki :P kenapalah takde MILO warna pink..ehhh?!

      Delete
    2. tu kena join venture ngna datuk vida...

      ha ha ha

      Delete
    3. hahhahaha.. Qu Puteh Qu Puteh barulah Puteh..kikiki :D

      Delete
  5. Replies
    1. Best bangat sbb dpt makan free..hehehe

      Delete
    2. yang betul free sangat best hihihihi

      Delete
  6. Bestnya event depa... Zumal kalau minum milo pun dah boleh tahan kenyang sampai tengah hari betapa bertenaga kalau kita minum milo.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo mummy kena 10 cawan baru bole bertahan sampai tengahari.. hehehe

      Delete
  7. hamboi besntye mummy..teringt dulu sek.ada van milo dtg..sedapnya milo sejuk hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. best UA.. aaa dulu kalo van MILO mai ja semua dok pulon nak minum MILO.. terasa meriahnya siap beratur panjang lagi.. hehehe

      Delete
  8. Wahh...bestnya mummy....siapa tak suka MILO memang rugi lah kan mummy.....hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kan kan... Minum MILO anda jadi sihat dan kuat..hehehe :D

      Delete
  9. Tak ada kat sandakan lah mummy....ada kat Taman Awan Teluk Likas , Kota Kinabalu Sabah ..... sayang jauh dari tempat MD.... kalau tak boleh juga join...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai ciannya dia.. takpe mummy dah belanja gambo dulu na.

      Takpe tahun depan bole request kat MILO buat kat Sandakan pulak ea..

      Delete
  10. Minum milo anda jadi sihat dan kuat... he he he...

    ReplyDelete
  11. SS nak tanya satu soklan... Kenapa milo Malaysia lebih banyak keladak berbanding milo di negara lain?

    ReplyDelete
    Replies
    1. okay soklan akan di usulkan pada MILO nanti...

      tapi mummy rasa sebab keladak tu lahh sbbnya jadi sihat dan kuat!

      Delete
  12. alahai mummy. awat tak habaq kat aida?
    rugi nyer x gi :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehhh Aida dok Melaka ea...

      Tu la ada apa2 event mummy rajin, mummy update kat sini ea.. hehehee :D so sorry..!

      Delete