Baba Nyonya Cuisine I Estadia Hotel Melaka
Assallammualaikum...
Tahu tak korang mengenai Baba Nyonya ni? Kebaya Nyonya? hah! itulah pakaian Tradisional masyarakat Baba Nyonya yang cukup popular di Melaka ni.
Melaka sememangnya terkenal dengan kepelbagaian masyarakatnya. Selain daripada Melayu, Cina, India , di Melaka terdapat masyarakat yang lain seperti Chetti, Portugis dan juga Baba.
Apa itu Baba?
Mereka
memanggil diri mereka sebagai " Baba" atau "Peranakan". Kebudayaan mereka
berasal daripada warisan tradisi Cina tetapi mempunyai unsur-unsur pengaruh
kebudayaan Melayu.
Selain itu juga masakan Baba juga berasal daripada jenis-jenis masakan Cina tetapi disesuaikan dengan selera Baba yang lebih gemar kepada masakan pedas dan berempah. Walau bagaimanapun terdapat juga masakan-masakan Baba yang serupa dengan masakan Melayu tetapi telah disesuaikan dengan kandungan ramuan yang digunakan dan diberikan nama-nama yang berlainan.
Masakan Peranakan Baba Nyonya Melaka
Setelah melalui beberapa zaman, jenis-jenis masakan ini telah dibahagikan mengikut tradisi dan kemampuan pendapatan. Malahan ada juga restoran dan hotel-hotel di Melaka yang menghidangkan makanan masyarakat baba ni sebagai hidangan utama seperti di Estadia Hotel Melaka ini .
Jalan menuju ke Estadia Hotel Melaka
Pintu Masuk Estadia Hotel ( Tingkat 3)
Estadia Hotel
Alamat :
Jalan Merdeka , Banda Hilir, 75000 Melaka
Tel No : 06-227 9600
Fax : 06-227 9611
Website : www.estadiahotel.com
Makan Nyonya Restaurant
A-ala Carte Menu
Operasi : 11.00 pagi- 11.00 malam
Sebenarnya nak ke Estadia Hotel ni , mummy jalan kaki je. Masuk melalui Dataran Pahlawan Melaka tu.. terus ke GSC kat situ tapi tak naik sampai atas la, terus naik sampai level 3. Lalu dekat Nyonya Memoirs Muzium, jalan lagi sampai kat Teddy Bear Cafe.. belok kiri terus je.. then sampailah ESTADIA HOTEL. hah! gigih kan mummy ceritakan. kikiki
Tapi kalau drive masuk je simpang selepas Mahkota Medical Centre tu , sebelah kiri nanti boleh nampak Estadia Hotel ( Parking kat Hatten Hotel ) naik level 3.. taraaa sampailah korang kat Estadia Hotel ni. Agak susah nak cari, tapi bila sampai korang mesti terpesona dengan konsep decoration dia. Cantekk! Semua berkonsepkan baba nyonya. I like!
Entrance Restaurant " Makan Nyonya " di Estadia Hotel
Di Estadia Hotel ini terdapat pelbagai Peranakan Menu Baba Nyonya yang akan melengkapkan pencarian korang tentang masyarakat Baba Nyonya ini. Malahan " Nyonya Curry Fish Head" adalah salah satu tarikan utama di Makan Nyonya restoran. Selain itu juga terdapat juga menu-menu pembuka selera seperti " Pie Tie"yang bakal menambat hati korang.
dah dah.. jom cuci mata korang pulak ok.. Cuci mulut tak boleh tau! puasa..babab kang!
Young Mango Juice. Ni memang kegemaran mummy la. Diperbuat daripada mangga muda dan dicampur dengan asam boii. ermmm rasa dia masam-masam manis gitew .Tak puas minum rasa macam nak lagi. Tapi malu..keh keh keh :P
Pie Tie.. Ranggup dan lembut je. Serius sedap! ( RM 18++)
Satay Ayam dan Daging ( RM 22++)
Fish Mau Soup ( RM 25++)
Ayam Pongteh ( RM 25++)
Nyonya Fish Head Curry ( Ikan Jenahak).. Menu istimewa yang menjadi pilihan ramai disini
( RM 78++ Whole fish)
Ni peberet mummy! Actually ni 1st time mummy cuba baby crab ni, ranggup. Rasa macam makan pop corn sambil tengok wayang gayanya. Ni menu wajib cuba kalau korang datang ke sini . (RM 32++)
Udang Lemak Nenas (RM 35++)
Roasted Lamb Stuffed with Chinese Bun
(RM 35++)
Pencuci Mulut , Bubur Cha Cha. Bubur yang menjadi trademark masyarakat Melaka.
Corak love love tu mumy yang buat tau. Korang jangan request macam-macam ea.. hehehe :)
Dah dah..jemput tengok ea.. mummy makan dulu ye. hehehe :D
General Manager dan Ketua Chef Estadia hotel bersama barisan orang kuatnya.
Actually buat mummy yang pertama kali merasai menu Peranakan Baba Nyonya ni walaupun dah berpuluh tahun duduk dekat sini, menu-menu ni memang membuka selera mummy. Selera mummylah, selera korang mummy tak pasti pulak. hehhee so kalau ke datang sini. Jangan lupa singgah ok.
Ops hampir terlupa sempena bulan ramadhan ni , Estadia Hotel juga ada menyediakan bufet makan malam mulai 10 Jun sehingga 3 Julai 2016.
Dewasa :RM 65.00
Kanak-kanak : RM 33.00
( Promosi : Beli 5 ,1 FREE )
Thanks for reading! Wassallam.
24 Comments
Mummy. kita baca description pun dah telan air liur tau Young Mango Juice tu. yumm yumm. tak penah makan lagi tapi I assume rasa dia macam Apple Assam Boi lah kan. fuhhh. godaan betoi. hehehe baby crab tu pun macam melambai lambai
ReplyDeleteaaa Young Mango Juice tu memang sedap.. Alamak mak buyonglahh. Nanti mak buyong mintak Ocin cari okay..hehehe Aaa macam Apple asam boi..heheh
DeleteBaby Crab tu pun sedap.. tapi mummy tak pernah lagi jumpa baby crab kat pasar..huhuhu..
cantiknya hotel ni.. first time dengar.. memang suka bangunan heritage..
ReplyDeleteHotel tu hotel baru.. tapi deco dia memang cantek.. Mummy pun suka.. hehe :)
DeleteNyonya Memoirs Muzium and teddy bear cafe tu pun tak penah sampai lagi.. dulu takde.. T_T
ReplyDeletelaa awat tak pi lagi.. Dua-dua tempat ni mummy ada tulis dalam entry search je kalo nak pi ok.. :)
DeleteYoung Mango Juice memang buat kite terkinja-kinja.... hee
ReplyDeleteala jangan la terkinja-kinja .. malu mummy nengokkannya..hahha :P
DeleteAdeihhh Mummy.. meraung perut KSham nengok semua yg kat atas tu..
ReplyDeletekikiki.. meraung tu sama macam berkokok tak kak Sham.. larikkk
DeleteSA suka makanan peranakan....best!!!
ReplyDeleteaaa memang best pun. yummy!
Deletesy suka sgt mkn asam pedas melaka,suka makn bendi dlm assam pedas tu
ReplyDeletehahah
sama la ngan mummy .. kalo masak suka buh bendi banyak2.. sedap!
Deletemummy,baby crab tu mcm cekodok je.
ReplyDeletenmpk ranggup boleh gigit2 tang kaki tu la hai..
tgh type ni pun dh telon ayo liyo tau mummy
aaa memang ranggup. mummy pun 1st time try., memang terbaeklah..
DeleteAaaaa sedapnya mene menu dekat sini :D
ReplyDeleteaaa sedap Nani.. yum yum!
Deleteaduss...tertgk plak tgh hari..puasa..puasa...cepat2 tutup kang terliur huhhu
ReplyDeletehahahhahaha.. haip haip.. :p
DeleteRm65 dewasa..semua menu mcm tu mmg PUAS hati lah..bila nk lanje ;p
ReplyDeletemai la sini.. :)
Deleteterliur wesss tengok
ReplyDeletekeh keh keh :p
Delete