Hari Sukan Adam 2017
Assalammualaikum....
Hari berlalu begitu pantas sampai mummy lupa nak update hari sukan hero kecik.. Sorry adik, mummy busy sangat packing barang nak pindah. Pindah mana? jeng jeng jeng.. Haru biru hidup mummy sekarang ni sampai lupa nak update kisah sukan hero kecik ni sampai lupa tarikh laa .. Adoiii lupa ingatan sungguh. Tapi yang pastinya sebelum UPSR la kan.. hehhee Waktu ni , dia tengah bertarung dengan paper last UPSR ( Bahasa Cina) Doakan hero kecik berjaya menjawab semua soalan dengan tenang walaupun dia seolah-olah dah mengalah sebelum berjuang..sobsss Susah katanya.. ! Takpelah dik, mummy dah usaha hantar macam-macam kelas.. Dapat jawab atau tidak belakang kira .Yang penting dah usaha.tak gitewww. Kalau ada rezeki adik, adalah.. kalo takde nak buat camana kan. Lagipun UPSR bukan penamat kepada sebuah kehidupan kann...
Hari sukan sekolah hero kecik ni diadakan pada sebelah petang, hari persekolahan biasa. Bukan hari cuti ye. So mummy terpaksalah amik half day sebab rasanya tahun ni mummy dah banyak amik cuti memandangkan kesihatan mummy yang tak berapa nak baik. Kalo tak boleh mummy jadi pom pom girl tuk hero kecik dari pagi sampai petang. kikiki Pakai lak skirt tutu warna pink! oh no ! mummy cannot imagine hokay..hahaa :p
Tengok! tengok betapa bersemangatnya hero kecik nak bersukan. Dah la tahun ni, tahun terakhir sebelum melangkah ke alam remaja gitewww.. Dah la pakai basuh lusuh tahun bila, sabaq ja la.. Dah besaq ni ikut suka dia je nak pakai baju apa..
Hero kecik ni rumah merah. Rumah kesayangan mummy sebab dari sekolah rendah mummy pun rumah merah tak pun rumah kuning. Dua rumah ni kerap sangat menjadi juara. hahaa Siapa rumah merah kita geng! hahaha #sekuturumahmerah
Game belum start. Mummy ni dok ulang alik la temankan dia.Dia buat dunno je ngan mummy. Nak nak dah jumpa geng.Hampeh tull arrr.. hhaa :p
Budak-budak yang belum start games semua melepak kat khemah tengah padang.
Nak suruh amik ganbaq punyalah susah. Tapi hasil gambar suka lah pulak.. adoii pitam mummy!
Mummy ajak posing lagi. hahhaa
Games pertama hero kecik. Games apa nama ntah.
Games gostan belakang.Juara yooo!!
Second games . Tarik Tali.
Tak adil sungguh . Rumah merah halus-halus je pemain dia, rumah kuning ! Ya ampun bessaq yakmat!
Dah la hero kecik kang belakang sekali. Adoii besar-besar dia takdelah sebesar
Cian anak mummy.. dok belakang sekali..
Tarik dik tarik... U can do it!
Gigih sangat tau!
Tukang support ramai nau.. Mummy pun tukang support jugak. Dok kalut-kalut jerit disebalik warna-warna..ada pulak si gelap gelemat tukang jerit.hahahha mummy lerr tu..
Dapat Naib Juara tuk games Tarik Tali..Tahniah adik!
Rumah Merah vs Rumah Kuning
Juara Games Gostan!
Jadilah dapat rangkul dua pingat tuk tahun terakhir sekolah kebangsaan. Lagipun hero kecik masuk dua games je kali ni. Dua-dua dapat pingat! Tahniah adik..Mummy proud of u..So jangan ingat orang debab takleh bersukan.. hahaha Yang penting semangat mesti kuat. Tak gitewww... Tahniah sekali lagi..Muahhhsss.. Kita jumpa kat sekolah baru tahun depan. Apa khaborr lah pulak kan..hehhe
Thanks for Reading! Wassallam..
12 Comments
Wah dapat 2 pingat. Tahniah adam
ReplyDeleteThanks Mama.. :D
Deletetahniah Adam. meriah betul
ReplyDeleteteringat zaman sekolah, Cici memang melarikan diri dari hari sukan. dahlah Cici debab , so orang selalu ejek terkedek kedek bila berlari =.=
tulah tak semua budak2 suka hari sukan ni..Anak mummy sorang aktif apa je yg ada kat sekolah, yg sorang selalu lak mengasingkan dengan aktiviti sekolah walaupun badan agak fit.. hehhee
DeleteDebab?! Serius bak mai gambaq sekeping. Ada cam Maira tak..Mesti comel kan..ahahaha :D
Seronoknya...teringat time kita sekolah dulu, hehe...
ReplyDeleteKannn... Dah tua2 ni bila pulak opis nak buat suka ikut color2 cam ni kan..hihihi
Deletewahhh tahniah tahniah
ReplyDeleteSama-sama bagi pihak hero kecik//:D
Deletehari sukan ni saya rasa elok dibuat pada hari cuti. sabtu ke. parents boleh hadir.
ReplyDeletemy ten cents idea.
Dulu ada gak sekali dua buat waktu cuti tapi bila dah tukar pengetua hari biasa jugak jadi pilihan nak adakan Hari Sukan..Kesian mak pak yang naik join serta tapi tak dapt sebab keje..huhu
Deletelama tak tinggal jejak sini hihihi... kenal lagi ke ekin sory lama tak singgah.. loni baru nak start balik boom blog...besar nak sama tinggi hero kecik.. tahniah dapat dua pingat tu
ReplyDeletetakpa la Ekin..Mummy pun dah lama tak bertandang kat sana.. busy sokmo. Aaaa dah sama besaq ngan mummy ... Sama2 Auntie Ekin bagi pihak hero kecik..hehhe muahhsss
Delete