Hujung Minggu di Puncak Gunung Datuk

by - November 27, 2018

Assallamualaikum... 

Setelah sekian lama mummy menyepi dari aktiviti-aktiviti lasak sebegini rupa, kini mummy kembali mencabar diri. Rasa dah hampir 2 tahun setengah mummy tak mendaki puncak- gunung ni setelah disahkan mengidap penyakit hypertyroid pada awal Mac 2016. Mula-mula rasa terseksa jugak, tapi lama-lama tu barulah dapat control rasa tak tentu arah yang berpunca dari penyakit hypertyroid tu.  Nak tau mengenai tyroid tu boleh klik kat sini Apa Itu Hypertyroid ?

#artjournalgunungdatuk

Mummy dibalik awan..

Baru-baru ini mummy telah mendaki Gunung Datuk hasil pakatan rahsia bersama klik opis mummy iaitu Tiera. Kenalah rahsia sebab dah lama tak naik , takut pewai.. malulah weyyy..! hahhaah :P Tapi kali ni kami join Team FIGO. Serius mummy tak pernah tau akan kewujudan team FIGO ni... Yang mummy tau panjat pastu menyesal sebab penat kontrol nafas dan penat..hahaha 

Umat manusia yang ramai kat puncak gunung. Walaupun kitaorang naik waktu gelap gulita. Tapi ramai mungkin sebab sabtu malam minggu kot.


Seawal 1.30 pagi mummy dah keluar rumah , amik Tiera dan akhirnya mummy sampai di kaki gunung Datuk jam 2.30 pagi. Tunggu punya tunggu akhirnya setelah mengumpulkan semua peserta pendakian , mummy mula mendaki jam 4.05 pagi dan berjaya berada dipuncak jam 6.30 pagi. 

Memandangkan cuaca masih gelap, kitaorang agak slow mendaki. Ada jugak peserta yang kali pertama mendaki mulai pewai dan ada jugak yang terpaksa berpatah balik kerana tak sanggup untuk meneruskan perjalanan ke puncak gunung yang semakin lama semakin susah dan mencanak tinggi. Salah sorang kawan mummy pulak cramp kakinya sewaktu dipertengahan perjalanan ke puncak gunung . Kena pulak mummy tertinggal yoko-yoko kat rumah, so terpaksalah menahan pendaki lain untuk meminta bantuan berupa ubat /cream cramp.  Risau jugak takut tak sampai puncak. Hahha Dah la lama mengidam nak dok kat puncak ni sambil merenung bintang-bintang dilangit..chewahhhhhh. Mau mummy balik nangis guling-guling kang... hahah Sib baik kawan mummy ni jiwanya kental.. dia berjaya terus ke puncak  dan bila sampai dipuncak dia berposing sakan sehingga habis kodak..adoiii la sabaq ja la mummy ngan Tiera melayan.hahaha :P 




Sebenarnya bila nak mendaki kita bukan setakat perlukan kekuatan fizikal, malahan mental pun kena kental jugak.. especially 100 meter pertama.. memang rasa macam nak patah balik. Confirm hokay! Hahaa kemudian seelok-eloknya korang jogginglah sikit ka, buat squad sikit atau zumba atau sebagainya. Cian kat badan korang tu. Terkejut tak pasal-pasal bila terus mendaki ! Tak pasal-pasal Kejang sana sini , tak pun korang akan jalan kengkang ala badut pada keesokkan paginya. Haha.  Pastu lagi satu mummy nak pesan , bila nak turun gunung tu slow-slowlah sikit. Sayangilah lutut korang. Nak pakai hingga akhir hayat hokay. 



Setibanya mummy dipuncak jam 6.30 pagi.. orang yang ampun dah macam semut hitam yang sedang memghurungi gula .. hahha Nak lepak pun kena selit-selitkan diri dicelah-celah batu. Nak sampai puncak pun dah ada tangga, so agak senang jika nak dibandingkan dengan track terdahulu. Kena selit-selitkan diri  ke dalam batu-batu besar untuk menjejak puncak. No wonderlah umat yang ada kat puncak rasa macam semut.

Dah sampai puncak , kitaorang pilihlah lokasi yang sesuai untuk melepak. Mummy dok kat puncak takdelah lama sangat.. sebab kecut tengok pendaki-pendaki berposing.. ada ker patut dorang posing kat tepi-tepi tebing. Seriau weeyyyyy .. hahaha  #mummygayat  so rasa dalam sejam giteww kitaorang pun turun.





Apa-apa pun setelah 2 tahun tak mendaki, akhirnya hilanglah sudah mengidam mummy. Rasa marvellous and delicious tau..!  Mummy berjaya turun sehingga di kaki gunung lebih kurang jam 9 .00 pagi dengan penuh aktiviti berposing disepanjang jalan. hahha  biasalah pompuan, tak posing tak sah.. 

Ok jumpa di next entry . Agak-agak gunung mana pulak mummy nak serbu lepas ni. Hehhe. Berangan tak padan sakit..hahaha :P 

Thanks for reading! wassallam

You May Also Like

1 Comments

  1. hai mommy, lama tak singgah kan , seronok tengok mommy aktif sana sini, kak ana ni dah tak boleh dah nak jalan jauh pun sakit belakang.. kesan slip disk masih terasa lagi :( selamat tahun baharu mommy :)

    ReplyDelete